Pendarahan haid atau menstruasi ialah pendarahan daripada lapisan rahim. Masalah haid tak teratur sering merisaukan kerana kitaran haid menentukan tahap kesuburan dan kesihatan para golongan wanita. Mereka mula berasa resah apabila haid tidak datang sebulan. Darah haid yang sedikit dan tidak lancar boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Selalunya masalah lewat datang haid ini sering terjadi pada golongan remaja wanita seawal umur 20 tahun. Lagi merisaukan bagi wanita yang belum berkahwin, boleh menyebabkan mereka berfikiran negative terhadap diri sendiri. Masalah lewat datang bulan ini sebenarnya sangat banyak terjadi, dan kebanyakkanya tidak tahu apa punca sebenar. Pengambilan makanan atau minuman yang tidak berkhasiat seperti minum bergas dan makanan berminyak juga boleh menjadi punca dalaman Wanita bermasalah, lebih-lebih lagi pengambilan minuman bergas. Artikel ini saya tulis bagi tujuan untuk menyebarkan lagi pada para-para Wanita di luar sana tentang punca lewat datang bulan, ini antara punca wanita mengalami kelewatan datang bulan, ketahuinya :
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja. Manakala, jika anda sedang menopaus, anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur iaitu haid sedikit dan sebentar. Ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda. Mempunyai berat badan yang sangat kurang boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur kerana hormon anda tidak berfungsi dengan normal. Di samping itu, kehilangan atau peningkatan berat badan yang melampau menjadi punca haid tidak teratur bagi remaja. Mengamalkan pola pemakanan yang sihat di samping melakukan senaman secara berkala akan dapat mengembalikan berat badan yang normal. Bagi mereka yang menghadapi isu anoreksia atau bulimia, pastikan anda merujuk doktor atau pakar pemakanan sebelum mengamalkan apa-apa diet.
- Tekanan emosi
Jika anda tertekan pada hari tertentu, badan mengubah hormon kitaran haid. Anda mungkin mengalami tempoh haid yang dilangkau atau darah haid yang sedikit. Apabila tekanan emosi sudah pulih, haid anda akan kembali kepada kitaran normal. Sebenarnya, perubahan gaya hidup yang drastik atau lambakan kerja berisiko membuatkan kalian stres, lantas mengganggu kitaran menstruasi. Hormon gonadotropin-releasing (GnRH) kurang dihasilkan apabila stres, bermaksud ia akan menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda. Sekiranya anda fikir stres menjadi penyebab kitaran haid bercelaru, cubalah lakukan perkara yang boleh menenangkan atau mengubah gaya hidup harian.
- Gangguan pemakanan
Anoreksia nervosa dan bulimia adalah jenis gangguan pemakanan yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. Masalah ini boleh menyebabkan berat badan kurang, yang boleh mengubah hormon yang mengawal kitaran haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Sekiranya anda mengalami masalah darah haid keluar sedikit tapi lama, haid yang tidak teratur atau berhenti menstruasi, ia boleh disebabkan oleh PCOS. Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. Perubahan hormon ini juga boleh:
- Menjejaskan berat badan anda dan membawa kepada obesiti
- Menyebabkan jerawat
- Menyebabkan bulu-bulu di muka mula tumbuh
- Membawa kepada ketidaksuburan atau mandul
PCOS boleh didiagnosa melalui penggunaan ultrasound yang boleh mengambarkan sista(cyst) yang terbentuk dalam ovari anda. Sekiranya anda mempunyai PCOS, doktor mungkin mencadangkan anda menurunkan berat badan dan mengambil pil kontraseptif untuk membantu haid anda kembali normal. Doktor juga akan mengesyorkan metformin (Glumetza, Riomet, Glucophage). Ubat ini biasanya diberikan untuk pesakit diabetes jenis 2. Ia membantu mengawal tahap insulin dan boleh membantu meningkatkan ovulasi, yang boleh mengawal kitaran haid anda.
Ini antara punca yang wanita perlu ambiltahu dan harus memandang serius jika haid anda tidak teratur. Asmak juga ada mengeluarkan satu produk khas untuk wanita yang mengalami masalah dalaman seperti haid tidak teratur, keputihan yang banyak, masalah susu ibu tidak banyak. Produk Madu Kurma Merah ini dapat membantu wanita yang mengalami masalah seperti ini. Dengan kandungan Madu yang semua orang tahu khasiat baik untuk kesihatan dan tambahan pula dalam Madu Kurma Merah ini juga mengandungi bahan kandungan seperti Goji Berry yang banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Jika masalah ini berlaku berbulan-bulan anda di sarankan untuk rujuk pada doktor pakar wanita untuk mengetahui masalah atau punca wanita mengalami kelewatan datang bulan yang dihadapi untuk lebih detail.
Kredit :