Skip to main content
search
0

Sumber susu yang paling terbaik untuk bayi ialah susu ibu atau susu badan. Fakta ini memang sukar dinafikan dan secara majoriti, para ibu akan lebih memilih untuk menyusukan bayi dengan susu badan. Namun begitu, segelintir ibu-ibu mungkin tidak berpeluang untuk menyusukan bayi mereka. Ini mungkin disebabkan oleh gaya hidup mereka yang sibuk bekerja atau berada jauh dari si comel mereka. Sebagai alternatif dan penyelesaiannya, ibu-ibu akan cuba mencari susu formula yang terbaik untuk bayi mereka. Jom ketahui tips pemilihan susu formula untuk si kecil anda.

Selain daripada susu formula, susu segar juga merupakan antara sumber susu yang boleh menjadi alternatif kepada susu ibu. Susu segar merupakan sumber susu daripada haiwan organik seperti lembu atau kambing. Namun, kebanyakan pakar beranggapan bahawa susu segar kurang sesuai buat bayi. Oleh itu, mereka akan menyarankan susu formula sebagai alternatif. 

Ekoran terlalu banyak pilihan susu formula di pasaran sekarang, agak sukar untuk ibu bapa mencari susu yang paling bagus untuk bayi mereka, lebih-lebih lagi jika kurangnya pengalaman untuk memilih produk susu formula tersebut. Anda tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa tip untuk memilih susu formula terbaik untuk si comel anda.

Tips Pemilihan Susu FormulaKredit: happyfamilyorganics.com


B
erikut merupakan tip-tip tersebut:

1. Kenali Jenis-jenis Susu Formula

Terdapat beberapa jenis susu formula yang anda boleh berikan kepada bayi anda. Susu terbaik untuk bayi anda mungkin bergantung kepada jenis-jenis susu seperti:

  • Susu lembu – Pilihan paling banyak dan mudah dijumpai, namun mungkin akan menimbulkan kesan alahan buat bayi.
  • Susu kambing – Dipercayai lebih sesuai dan hampir sama dengan manfaat susu ibu.
  • Susu soya – Pilihan yang paling sesuai buat bayi yang mengalami alahan terhadap sumber susu daripada haiwan.
  • Susu formula berkeperluan khas – Susu yang disarankan oleh doktor dalam sesetegah kes, contohnya bayi yang pramatang dan mempunyai alahan tertentu.

Jadi, ibu perlu bijak dalam tips pemilihan susu formula paling sesuai untuk bayi anda. 

 

2. Pilih mengikut usia bayi

Penggolongan susu formula haruslah berdasarkan kepada usia dan kondisi sistem pencernaan bayi anda. Bayi perlu dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bayi berusia 0-6 bulan dan bayi berusia 6 bulan ke atas. 

 

  • Bayi berusia 0-6 bulan:

i) Bayi menyusu ketika si ibu berada di rumah

Si ibu bekerja dan berasa risau akan nutrisi anak kerana tidak dapat memberikan susu sepenuh masa, tetapi masih boleh menyusukan anak apabila berada di rumah. Si ibu boleh beri susu formula kepada anaknya tetapi dengan jumlah skop susu yang sedikit. Sedikit di sini bermaksud 1-2 skop susu formula sudah memadai untuk sekali minum. Tak perlu ikut aturan yang terdapat pada kotak susu. Ini kerana si ibu masih mampu menyusukan anak.

ii) Bayi tidak menyusu susu ibu langsung (sila rujuk dengan doktor kanak-kanak terlebih dahulu)

Bayi ini tidak berpeluang langsung mendapatkan susu ibu. Sila beri susu formula mengikut aturan yang terdapat pada kotak. Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah memerlukan makro dan mikro nutrien yang lengkap. Susu formula untuk bayi di Malaysia menepati standard nutrisi yang lengkap untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan. Tetapi, pastikan susu tersebut ialah susu formula yang sesuai untuk bayi 6 bulan ke bawah.

 

  • Bayi berusia 6 bulan ke atas. 

Menurut World Health Organization (WHO), bayi berusia 6 bulan ke atas memerlukan nutrisi yang lengkap daripada sumber makanan yang seimbang. Susu hanyalah sebahagian daripada makanan seimbang. Jdi, adakah bayi memerlukan susu formula pada usia ini? Jawapannya tidak, kerana mereka sudah boleh menerima makanan-makanan lain (bukan semua makanan kerana usus belum cukup matang), dan sumber nutrisi boleh didapati daripada makanan pejal yang mereka makan. Mereka juga perlu minum susu untuk mendapatkan kalsium dan sebagainya, tetapi bukan susu formula.

Tips Pemilihan Susu FormulaKredit: verywellfamily.com

3. Baca label dengan teliti

Ketahui dan ambil tahu maksud sebenar prebiotik, probiotik, DHA, AA dan pelbagai lagi istilah yang lain bagi mengetahui apakah sebenarnya ia dan apakah manfaatnya terhadap si comel anda. Pelajari ini sedikit sebanyak terlebih dahulu untuk mengetahui susu formula paling bagus untuk si manja anda.

 

4. Cuba sampel terlebih dahulu

Menentukan susu formula paling sesuai bagi si kecil dalam 1 atau 2 kali percubaan sahaja memang agak sukar. Ini kerana mungkin ada susu formula yang tidak sesuai dan akan menyebabkan masalah lain kepada bayi anda seperti cirit-birit atau sembelit. Atau, rasanya sahaja mungkin tidak disukai oleh si comel. Jadi, cuba sampel yang mungkin sudah dipakai oleh ibu bapa lain terlebih dahulu.

 

5. Jangan berpandukan kepada harga sahaja

Anda tidak perlu melihat kepada harga susu formula tersebut sahaja kerana mahal tidak semestinya bagus dan murah tidak semestinya tidak bagus. Sesetengah produk susu mungkin mahal kerana jenamanya sudah terkemuka. Jadi, dapatkan panduan daripada doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk memilih susu formula terbaik untuk bayi anda.

 

Konklusinya, berilah susu yang mengandungi nutrisi penting untuk perkembangan minda dan fizikal anak anda. Pantau menerimaan bayi anda untuk susu tersebut, kerana menentukan susu formula yang terbaik untuk anak anda mengambil masa dan percubaan lebih daripada 1 kali. Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu ibu bapa di luar sana untuk membuat pemilihan tips pemilihan susu formula buat si comel anda. 

 

Ingin mencuba Set Lengkap Bayi daripada Asmak?

Klik sini untuk dapat Set Asmak Baby Care untuk si manja anda. 

 

Kredit: 

hellodoktor.com
mypuremil.com

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu