Simptom-simptom Bersin Dan Alahan Pada Habuk

Gejala bersin boleh terjadi kepada semua manusia tidak kira peringkat umur. Bersin merupakan mekanisma pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan yang menyebabkan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu. Hidung akan menjadi tersumbat dan berair apabila terdedah kepada habuk selain kerap bersin sebaik bangun tidur terutama pada waktu pagi akibat sensitiviti terhadap cuaca. Bersin yang terlalu kerap adalah petanda anda mungkin mengalami masalah hidung sensitif atau lebih biasa dikenali sebagai sinus dalam kalangan masyarakat.

klik sini untuk dapatkan produk resdung Asmak.

bersin dan alahan

Alahan terhadap habuk berpunca daripada hama habuk. Hama dapat hidup dan membiak dengan sangat pantas di kawasan yang panas dan lembab dengan suhu sekitar 25℃. Hama akan mati sekiranya kelembapan kawasan tersebut kurang daripada 50%. Selain itu, alahan boleh terjadi dengan kehadiran kulapok iaitu kulat yang menghasilkan spora terapung di udara. Mereka yang mempunyai alahan akan terkesan jika menyedut spora ini ketika bernafas. Debunga yang berasal daripada pokok, bunga, rumput dan rumpai juga merupakan komponen habuk dan boleh menjadi punca kepada alahan. Seterusnya, haiwan peliharaan juga merupakan salah satu faktor pencetus kepada alahan.

Gejala alahan ini amat mudah untuk dikenal pasti. Antara tanda-tandanya ialah : 

  1. Bersin
  2. Hidung berair
  3. Gatal pada muka (mata,dahi dan hidung)
  4. Mata menjadi merah dan berair serta gatal
  5. Batuk 
  6. Gatal pada lelangit atau kerongkong
  7. Kulit bawah mata menjadi bengkak dan berwarna biru
  8. Sakit dan tekanan pada muka

 

Bagi mereka yang menghidap asma, anda akan mengalami gejala :

  1. Kesukaran bernafas
  2. Rasa ketat atau sakit pada dada
  3. Bunyi berdehit ketika menghembuskan nafas
  4. Kesukaran untuk tidur akibat batuk, sukar bernafas atau berdehit

 

Bagi anda yang mengalami alahan terhadap habuk pastikan anda berjumpa dengan doktor sekiranya bersin anda disertai dengan :

  1. Sakit kepala
  2. Hidung tersumbat serta sesak nafas
  3. Bersin disertai gatal mata, sukar bernafas dan ruam badan.
  4. Mengalami demam

Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan minum banyak air. Kadar pengambilan air yang dicadangkan setiap hari adalah 8 gelas sehari. Basuh tangan dengan kerap kerana jika anda selsema virus boleh merebak melalui sentuhan tangan. Kurangkan pendedahan kepada bahan alergi dan dapatkan rawatan dari doktor. 

 

Antara tips untuk mengurangkan alahan :

  1. Jauhi haiwan peliharaan yang berbulu
  2. Elakkan dari merokok dan asap
  3. Cuci karpet dengan penyedut hampagas secara berkala.
  4. Tukar atau cuci penapis udara secara berkala
  5. Jangan guna penyapu untuk mencuci rumah, gunakan hampaga

Klik sini untuk cuba produk Minyak Herba Asmak bagi mengatasi masalah batuk dan produk Asmak Herbs bagi mengatasi masalah alahan/resdung.

Kredit

  1. Pubmed
  2. Jiwasihat 
  3. Myhealth 

Kelengkapan Ketika Berpantang yang Ibu Perlu Tahu

   Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka. Kelengkapan ketika berpantang yang lengkap juga antara faktor yang menjadikan proses berpantang lancar. 

Selain perlunya kelengkapan ketika berpantang, kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal. Ini termasuk proses pemulihan akibat :

 

  1. kehilangan darah semasa bersalin
  2. pengecutan rahim
  3. keseimbangan hormon
  4. ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
  5. kehilangan tenaga semasa proses bersalin.

 

Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin. Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan. Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya, adat dan tempat misalnya :

 

  • wanita Melayu selama 40 hari (hingga 44 hari)
  • dalam kalangan masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari, manakala
  • masyarakat India mengamalkan selama 30 hari.

 

Semasa berpantang sendiri, kita memang ada kecenderungan untuk menjadi ‘malas’ atau ‘mengelat’ kerana tiada siapa yang memantau. Jangan begitu. Walaupun sekarang anda tak merasakan apa-apa kesan, ia mungkin akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.

Selain memikirkan hospital terbaik yang sesuai dipilih untuk bersalin, kelengkapan ketika berpantang, persoalan sama ada mahu berpantang sendiri atau di kampung juga sering membelenggu kebanyakan bakal ibu yang menanti saat melahirkan cahaya mata. Baik ibu muda yang baru pertama kali menimang cahaya mata atau yang sudah berpengalaman, kedua-duanya pasti mengidamkan waktu berpantang bukan saja selesa malah tidak mencetuskan sebarang masalah terutama pada emosi diri.

Kelengkapan ketika berpantangKredit: littlelareyloves.com

Ada pendapat menyatakan berpantang sendiri di rumah dengan jagaan suami dan bidan terlatih lebih baik dan tidak membebankan ibu bapa yang sudah uzur di kampung. Namun, ada juga yang menyangkal pendapat itu dengan beranggapan berpantang adalah saat si ibu yang baru melahirkan bayi perlu berada di sisi dan dijaga sepenuhnya oleh ibu atau ibu mentua bagi memastikan diri terjaga rapi. Hakikatnya, kedua-dua situasi itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pemilihan cara berpantang ini juga bergantung kepada keadaan si ibu dan keselesaan masing-masing.

 

Buat para ibu yang berada dalam zaman moden ini, isu berpantang selepas bersalin merupakan salah satu isu yang pastinya menimbulkan dilema dalam diri. Sama ada mahu mengamalkan petua berpantang orang zaman dahulu atau berpantang mengikut nasihat pakar perubatan masa kini? Seiring dengan gaya hidup zaman sains dan teknologi masa kini, kemajuan sains perubatan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Jika dahulu, adalah sangat sukar untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan. Tetapi kini, semuanya berada di hujung jari. Hanya dengan satu klik, pelbagai info kesihatan sahih dapat kita perolehi.

 

Selepas melahirkan anak, proses seterusnya adalah anda akan menjalani prosedur berpantang. Dalam berpantang memang banyak benda yang anda tidak digalakkan buat contohnya dari segi pemakanan. Ada yang boleh makan dan ada yang tak boleh makan. Namun, buat ibu-ibu yang pertama kali bakal menempuh situasi ini mesti bingung juga barang apa yang perlu disediakan. Jadi, ini antara 7 kelengkapan ketika berpantang yang anda kena ada.

 

1. Pam Susu

Pengepam susu adalah antara barang yang menjadi keperluan utama bagi ibu yang selesai bersalin. Disarankan untuk anda membeli pam susu yang mempunyai fungsi double pumping jika mempunyai bajet yang lebih. Dengan adanya pam susu yang lebih berkualiti, proses pengepaman susu untuk anak akan menjadi lebih efektif.

 

2. Baju T-shirt

Pemakaian yang selesa adalah sangat penting untuk memudahkan pergerakan ibu yang sedang berpantang. Maklumlah, nak berjalan laju pun tak boleh lagi kan? Jadi, untuk keselesaan memang ibu yang tengah berpantang ni kebanyakkannya akan pakai t-shirt sahaja di rumah. Jadi, bagi anda yang jarang pakai pakaian sebegini, inilah masa yang sesuai untuk lebih keselesaan.

 

3. Nursing Bra

Nursing bra adalah sejenis pakaian dalam yang berlainan dari yang biasa. Ada dalam kalangan ibu yang ingin menyusukan anak secara sendiri, penggunaan nursing braadalah sangat berguna kerana mempunyai fungsi yang memudahkan proses penyusuan. Bukan itu sahaja, anda pun tak akan merosakkan pakaian dalam yang biasa untuk menyusukan anak.

 

4. Kain batik

Ini adalah barang keperluan semasa berpantang yang paling popular sejak zaman dahulu lagi. Penggunaan kain batik sebagai pengganti seluar amat penting untuk keselasaan ibu dalam berpantang. Ini penting juga kepada ibu yang bersalin secara pembedahan supaya bekas jahitan tidak terganggu dengan material kain.

 

5. Set Berpantang

Sudah bermacam-macam jenama set berpantang boleh didapati di pasaran sekarang ini. Set berpantang ini sudah dilengkapi dengan makanan herba, tungku pemanas dan juga barang mandia herba untuk kegunaan anda. Jadi, tak payah nak risau tentang barang kesihatan yang susah dijumpa kerana set berpantang ini ada kesemuanya.

Kelengkapan ketika berpantang

Klik sini untuk mendapatkan set lengkap berpantang daripada Asmak. 

 

6. Stokin

Untuk memastikan kaki anda sentiasa panas dan tak masuk angin, pemakaian stokin ketika berpantang adalah sangat penting. Kalau boleh pada waktu siang dan malam pun anda kena pakai juga stokin ini supaya badan kita pun teerjaga dari angin sejuk. Bukan itu sahaja, bila dah pakai stokin ni dapat mengurangkan kesakitan kaki ketika berjalan.

 

7. Tuala Wanita

Penyediaan tuala wanita atau sanitary pad juga perlu untuk wanita yang berada dalam pantang. Khususnya bagi anda yang melahirkan anak menggunakan kaedah ceasarian. Tempoh adanya narah nifas selepas melahirkan anak adalah 15 hari tetapi mungkin akan berbeza bagi sesetengah orang. Jadi, jangan lupa beli tuala wanita banyak-banyak ya!

Terdapat banyak perubahan yang akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan bayi. Ianya merupakan suatu perubahan besar dalam hidup terutamanya bagi para ibu yang pertama kali menimang cahaya mata.

Dalam keadaan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya selepas bersalin, saat ini sememangnya waktu yang sukar kerana ibu bukan sahaja perlu menjaga kesihatan diri, malah turut perlu menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi yang baru dilahirkan.

Suami dan ahli keluarga terdekat seharusnya memberi sokongan padu dari segi mental, fizikal, emosi dan moral kepada para ibu agar ibu berpantang selepas bersalin ini dapat sentiasa berfikiran positif.

Buat para ibu, nikmati waktu berpantang kerana tidak semua orang melaluinya. Jika ibu-ibu dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dalam diri dari segi fikiran mahupun emosi, usah berlengah lagi, dapatkan rawatan segera.

 

Jika ibu berpantang selepas bersalin mengalami sebarang masalah kesihatan atau kemusykilan tentang diri sendiri mahupun bayi, maklumkan kepada jururawat yang datang melawat para ibu di rumah. Ibu-ibu seharusnya pergi ke klinik atau hospital jika perlu.

 

Antara simptom-simptom merbahaya buat para ibu selepas bersalin adalah :-

  • Demam melebihi 38°C.
  • Sakit kepala yang teruk diiringi dengan mata kabur, muntah dan kaki bengkak.
  • Darah nifas yang keluar begitu banyak secara tiba-tiba. Ditambah dengan pening kepala atau denyutan nadi yang laju.
  • Sakit dada dan sukar bernafas secara tiba-tiba. Ditambah pula jika ibu turut mengalami batuk darah dan pening kepala.

 

Dalam keadaan seperti yang dinyatakan di atas ini, para ibu perlu segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan daripada mereka yang lebih pakar. Pelbagai amalan yang baik dan tidak elok kita lakukan semasa dalam proses berpantang. Bagi masyarakat Melayu, berpantang merupakan amalan yang mesti dilakukan dan menjadi tradisi turun temurun. Amalan berpantang ini adalah sebagai persediaan kepada tubuh badan mereka kelak supaya masih sihat dan bertenaga. Amalkan cara berpantang yang selamat dan sihat untuk tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan. Jangan sesekali ambil mudah tentang penjagaan berpantang kerana ianya faktor penting yang mempengaruhi emosi serta daya tahan badan pada masa hadapan.

 

Kredit:

myhealth.gov.my
100comments.com

 

 

5 Tips Pemilihan Susu Formula Terbaik untuk Bayi Anda

Sumber susu yang paling terbaik untuk bayi ialah susu ibu atau susu badan. Fakta ini memang sukar dinafikan dan secara majoriti, para ibu akan lebih memilih untuk menyusukan bayi dengan susu badan. Namun begitu, segelintir ibu-ibu mungkin tidak berpeluang untuk menyusukan bayi mereka. Ini mungkin disebabkan oleh gaya hidup mereka yang sibuk bekerja atau berada jauh dari si comel mereka. Sebagai alternatif dan penyelesaiannya, ibu-ibu akan cuba mencari susu formula yang terbaik untuk bayi mereka. Jom ketahui tips pemilihan susu formula untuk si kecil anda.

Selain daripada susu formula, susu segar juga merupakan antara sumber susu yang boleh menjadi alternatif kepada susu ibu. Susu segar merupakan sumber susu daripada haiwan organik seperti lembu atau kambing. Namun, kebanyakan pakar beranggapan bahawa susu segar kurang sesuai buat bayi. Oleh itu, mereka akan menyarankan susu formula sebagai alternatif. 

Ekoran terlalu banyak pilihan susu formula di pasaran sekarang, agak sukar untuk ibu bapa mencari susu yang paling bagus untuk bayi mereka, lebih-lebih lagi jika kurangnya pengalaman untuk memilih produk susu formula tersebut. Anda tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa tip untuk memilih susu formula terbaik untuk si comel anda.

Tips Pemilihan Susu FormulaKredit: happyfamilyorganics.com


B
erikut merupakan tip-tip tersebut:

1. Kenali Jenis-jenis Susu Formula

Terdapat beberapa jenis susu formula yang anda boleh berikan kepada bayi anda. Susu terbaik untuk bayi anda mungkin bergantung kepada jenis-jenis susu seperti:

  • Susu lembu – Pilihan paling banyak dan mudah dijumpai, namun mungkin akan menimbulkan kesan alahan buat bayi.
  • Susu kambing – Dipercayai lebih sesuai dan hampir sama dengan manfaat susu ibu.
  • Susu soya – Pilihan yang paling sesuai buat bayi yang mengalami alahan terhadap sumber susu daripada haiwan.
  • Susu formula berkeperluan khas – Susu yang disarankan oleh doktor dalam sesetegah kes, contohnya bayi yang pramatang dan mempunyai alahan tertentu.

Jadi, ibu perlu bijak dalam tips pemilihan susu formula paling sesuai untuk bayi anda. 

 

2. Pilih mengikut usia bayi

Penggolongan susu formula haruslah berdasarkan kepada usia dan kondisi sistem pencernaan bayi anda. Bayi perlu dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bayi berusia 0-6 bulan dan bayi berusia 6 bulan ke atas. 

 

  • Bayi berusia 0-6 bulan:

i) Bayi menyusu ketika si ibu berada di rumah

Si ibu bekerja dan berasa risau akan nutrisi anak kerana tidak dapat memberikan susu sepenuh masa, tetapi masih boleh menyusukan anak apabila berada di rumah. Si ibu boleh beri susu formula kepada anaknya tetapi dengan jumlah skop susu yang sedikit. Sedikit di sini bermaksud 1-2 skop susu formula sudah memadai untuk sekali minum. Tak perlu ikut aturan yang terdapat pada kotak susu. Ini kerana si ibu masih mampu menyusukan anak.

ii) Bayi tidak menyusu susu ibu langsung (sila rujuk dengan doktor kanak-kanak terlebih dahulu)

Bayi ini tidak berpeluang langsung mendapatkan susu ibu. Sila beri susu formula mengikut aturan yang terdapat pada kotak. Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah memerlukan makro dan mikro nutrien yang lengkap. Susu formula untuk bayi di Malaysia menepati standard nutrisi yang lengkap untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan. Tetapi, pastikan susu tersebut ialah susu formula yang sesuai untuk bayi 6 bulan ke bawah.

 

  • Bayi berusia 6 bulan ke atas. 

Menurut World Health Organization (WHO), bayi berusia 6 bulan ke atas memerlukan nutrisi yang lengkap daripada sumber makanan yang seimbang. Susu hanyalah sebahagian daripada makanan seimbang. Jdi, adakah bayi memerlukan susu formula pada usia ini? Jawapannya tidak, kerana mereka sudah boleh menerima makanan-makanan lain (bukan semua makanan kerana usus belum cukup matang), dan sumber nutrisi boleh didapati daripada makanan pejal yang mereka makan. Mereka juga perlu minum susu untuk mendapatkan kalsium dan sebagainya, tetapi bukan susu formula.

Tips Pemilihan Susu FormulaKredit: verywellfamily.com

3. Baca label dengan teliti

Ketahui dan ambil tahu maksud sebenar prebiotik, probiotik, DHA, AA dan pelbagai lagi istilah yang lain bagi mengetahui apakah sebenarnya ia dan apakah manfaatnya terhadap si comel anda. Pelajari ini sedikit sebanyak terlebih dahulu untuk mengetahui susu formula paling bagus untuk si manja anda.

 

4. Cuba sampel terlebih dahulu

Menentukan susu formula paling sesuai bagi si kecil dalam 1 atau 2 kali percubaan sahaja memang agak sukar. Ini kerana mungkin ada susu formula yang tidak sesuai dan akan menyebabkan masalah lain kepada bayi anda seperti cirit-birit atau sembelit. Atau, rasanya sahaja mungkin tidak disukai oleh si comel. Jadi, cuba sampel yang mungkin sudah dipakai oleh ibu bapa lain terlebih dahulu.

 

5. Jangan berpandukan kepada harga sahaja

Anda tidak perlu melihat kepada harga susu formula tersebut sahaja kerana mahal tidak semestinya bagus dan murah tidak semestinya tidak bagus. Sesetengah produk susu mungkin mahal kerana jenamanya sudah terkemuka. Jadi, dapatkan panduan daripada doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk memilih susu formula terbaik untuk bayi anda.

 

Konklusinya, berilah susu yang mengandungi nutrisi penting untuk perkembangan minda dan fizikal anak anda. Pantau menerimaan bayi anda untuk susu tersebut, kerana menentukan susu formula yang terbaik untuk anak anda mengambil masa dan percubaan lebih daripada 1 kali. Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu ibu bapa di luar sana untuk membuat pemilihan tips pemilihan susu formula buat si comel anda. 

 

Ingin mencuba Set Lengkap Bayi daripada Asmak?

Klik sini untuk dapat Set Asmak Baby Care untuk si manja anda. 

 

Kredit: 

hellodoktor.com
mypuremil.com

 

Shopping cart close