Vitamin C adalah salah satu vitamin yang penting untuk yang memberi banyak kebaikan untuk kesihatan kulit dan muka. Antara nama lain bagi vitamin C adalah asid askorbik. Lapisan epidermis kulit adalah antara anggota yang paling banyak menerima vitamin C dalam bahagian anggota tubuh kita. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah buah-buahan citrus seperti oren, lemon dan limau nipis. Namun, mungkin ranai yang tidak tahu bahawa jambu batu mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding buah oren atau lemon. Selain daripada buah-buahan, vitamin C juga boleh diperolehi daripada sayur-sayuran dan makanan tambahan seperti suplemen.
Berikut adalah antara 8 kebaikan vitamin C untuk kesihatan kulit dan muka:
1. Menggalakkan Penghasilan Kolagen
Mengamalkan pengambilan vitamin C dapat membantu dalam penghasilan kolagen pada kulit. Kolagen ialah protein dalam badan yang menyediakan struktur kepada kulit, membantu menguatkan tulang dan membantu dalam pembekuan darah.
Penghasilan kolagen bermula dari prokolagen. Prokolagen ini pula dihasilkan oleh badan dengan menggabungkan 2 asid amino yang dikenali sebagai prolin dan glisin. Dalam proses penghasilan prokolagen ini, vitamin C adalah diperlukan.
2. Melambatkan Penuaan Kulit
Masalah penuaan kulit boleh terjadi disebabkan oleh dua faktor iaitu secara semulajadi atau faktor persekitaran. Masalah penuaan kulit secara semulajadi adalah proses biasa yang dialami bagi golongan yang berumur dan ianya adalah proses yang perlahan. Menurut satu kajian yang dijalankan di Eropah, penggunaan krim vitamin C boleh membantu meningkatkan pembentukan kolagen di semua peringkat umur.
Penuaan kulit yang disebabkan oleh faktor kesihatan pula berkait rapat dengan gaya hidup seperti merokok atau selalu terdedah kepada bahan cemar. Selain itu, kulit yang terdedah kepada ultraungu (UV) secara kronik juga boleh menyebabkan berlakunya masalah penuaan kulit.
3. Mencegah Masalah Kulit Kering
Masalah kulit kering sering terjadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti penyakit, penggunaan produk kosmetik yang salah, ubat-ubatan atau disebabkan faktor persekitaran yang lain. Kajian tabung uji mendapati bahawa vitamin C mungkin terlibat dalam pembentukan lapisan kulit luar (epidermis) da mempengaruhi kemampuan kulit untuk mengelak daripada kehilangan air.
4. Bertindak sebagai Antioksidan
Radikal bebas boleh terbentuk di dalam badan dengan persekitaran seperti asap rokok, udara tercemar dan sinaran UV. Radikal bebas ini boleh menyebabkan tekanan pengoksidaan dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel badan. Tekanan pengoksidaan ini dikaitkan dengan penyakit seperti kardiovaskular, kanser, Alzheimer, Parkinson dan penyakit mata.
Fungsi vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh bahaya untuk kulit. Selain itu, kerosakan pengoksidaan pada kulit juga boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C terutamanya jika digabungkan dengan vitamin E.
5. Mengurangkan Keradangan Kulit
Antara gejala jika anda mengalami keradangan kulit ialah seperti sakit, gatal-gatal dan kekeringan. Jerawat, psoriasis dan dermatitis atomik ialah antara penyakit yang menyebabkan berlakunya keradangan kulit. Dalam kajian, pesakit-pesakit yang mengalami masalah keradangan kulit ini adalah disebabkan kekurangan paras vitamin C dalam kulit mereka. Oleh itu, dengan mengamalkan vitamin C mengikut dos yang betul, ianya dapat membantu mengurangkan masalah keradangan kulit ini.
6. Mempercepatkan Penyembuhan Luka
Antara kebaikan vitamin C yang seterusnya pula ialah ianya berupaya mempercepatkan penyembuhan luka. Penyembuhan luka melibatkan tiga proses utama iaitu keradangan, pembentukan tisu dan pemodelan semula. Pengambilan vitamin C dalam bentuk makanan tambahan (suplemen) atau krim sapuan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Terdapat beberapa tanda yang boleh mejadi petanda awal bahawa kulit seseorang itu kekurangan vitamin C. Antaranya ialah luka sukar atau lambat sembuh, kulit menjadi tebal, lebam atau pendarahan dalam kulit, kulit menjadi kasar dan kulit menjadi kering dan rosak.
Kurangnya pengambilan vitamin C boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang lain, begitu juga jika pengambilan vitamin C yang berlebihan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, keperluan vitamin C yang disarankan kepada lelaki dan wanita dewasa ialah sebanyak 70mg sehari dengan had maksimum 2000mg sehari. Pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan masalah seperti cirit-birit, loya, muntah, pedih ulu hati, kejan di bahagian perut, sakit kepala, insomnia dan masalah kesihatan yang lain. Ingin mencuba produk Vitamin C Effervescent dari Asmak, boleh klik disini.
Sumber: