Skip to main content
search
0

Osteoarthritis, yang dikenali sebagai radang sendi tulang boleh berlaku pada mana-mana sendi. Namun, kebanyakan pesakit akan mengadu kesakitan pada bahagian lutut. Selain itu, sendi lain yang sering dikaitkan osteoarthritis termasuklah jari, pinggul, bahu dan tulang belakang.

Menurut satu kajian, dianggarkan 9.3 peratus rakyat Malaysia dewasa mempunyai sakit lutut dan lebih daripada separuh yang diperiksa mempunyai simptom sakit lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA). Satu kajian lain membabitkan 1,200 warga Kuala Lumpur berumur 55 tahun ke atas, menunjukkan lebih 30 peratus mempunyai masalah sakit lutut dan gejala osteoarthritis.

Antara 6 petua mengatasi sakit lutut dalam kalangan orang tua ataupun golongan muda ialah:

  1. Gunakan teknik “RICE”

Kredit: Jomkitalari

RICE adalah:

  • Rest. Rehatkan lutut anda dan hentikan pergerakan serta aktiviti buat sementara waktu.
  • Ice. Letakkan ais pada lutut anda untuk mengurangkan radang dan bengkak.
  • Compression. Balut lutut anda dengan pembalut. Langkah ini dapat mengurangkan bengkak dan sakit.
  • Elevation. Angkat kaki ke atas untuk mengurangkan aliran darah, seterusnya bengkak akan surut dengan lebih cepat.

2. Senaman dan kurangkan berat badan

Untuk pesakit artritis, membiarkan lutut anda tidak bergerak mungkin bukan satu idea yang baik. Ia boleh membuatkan sendi menjadi lebih kaku dan susah untuk digerakkan. Senaman berkala mungkin membantu. Berat badan juga memberikan kesan terhadap lutut. Lebih tinggi berat badan, lebih banyak tekanan ke atas lutut.

3. Pad panas dan sejuk

Pad panas membantu mengelakkan sendi anda dari menjadi kaku dan keras. Pad sejuk pula boleh mengurangkan sakit dan bengkak. Cuba gunakan kedua-duanya berselang-seli tapi lebihkan pad sejuk pada 24 jam pertama selepas mengalami kecederaan pada lutut.

4. Cara hilangkan sakit lutut – Salap herba

Dalam satu kajian yang dimuatkan di dalam Pakistan Journal of Biological Science, pengkaji membuat kajian tentang salap yang dibuat daripada kayu manis, mastic gum, halia dan minyak bijan. Kajian ini menemui bahawa salap tersebut adalah efektif sama seperti krim artritis yang mengandungi salicylate.

5. Cara hilangkan sakit lutut – Estrak halia

tips mengatasi sakit lutut

Kredit : keluarga.my 

Halia memang terkenal dengan khasiatnya untuk banyak penyakit. Ia merupakan herba tradisional sejak turun temurun. Ia boleh didapatkan dalam bentuknya asal, serbuk atau di dalam teh. Antara khasiatnya termasuk mengurangkan masalah perut, mual serta mengurangkan sakit dalam banyak keadaan. Kajian melibatkan pesakit artritis menemui bahawa halia membantu mengurangkan sakit jika digabungkan bersama ubat-ubatan.

6. Makanan tambahan glukosamin dan kondroitin sulfat

tips mengatasi sakit lutut

Kredit : Hellodoktor

Dua suplemen ini memang sudah sinonim dengan sakit sendi. Ia telah banyak dijual di pasaran. Kajian menunjukkan bahawa suplemen ini tidak memberikan kesan yang banyak ke atas sakit yang ringan atau sederhana. Walau bagaimanapun, ia menunjukkan kesan yang signifikan bagi mereka yang mengalami sakit teruk.

Sendi ini adalah antara sendi yang paling penting dan paling banyak digunakan. Namun, ia tidak terlepas daripada mengalami kecederaan.Memandangkan ia sangat penting, sakit lutut sering mengganggu pergerakan dan aktiviti harian. Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah tersebut, anda boleh cuba Fresh N cool.

Kredit:

 

1.Hellodoktor 

2. ifixphysiotherapy 

3. utusan 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu