Manjakani (Quercus infectoria) banyak ditemukan di daerah Mediterania, Asia, dan Timur Tengah. Bahagian yang dimanfaatkan dari tanaman ini adalah galls atau tonjolan di bahagian batang manjakani. Tonjolan tersebut berbentuk bulat sehingga sering dikira sebagai buah manjakani.
Secara tradisional, manjakani (Quercus infectoria) cukup sering digunakan untuk membersihkan serta mengatasi infeksi kulat dan bakteria di organ intim wanita. Manjakani juga dianggap dapat merapatkan vagina.
Manjakani (Quercus infectoria) mengandungi mineral seperti kalsium, fosfor, kalium, magnesium, zat besi, zinc, dan nikel. Selain itu, tanaman ini juga mengandung tanin dan antioksidan dari golongan polifenol dan flavonoid. Manjakani juga diketahui memiliki sifat antibakteri, antikulat dan antiradang. Memandangkan manjakani mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah 10 khasiat manjakani.
- Sebagai antibakteria
Manjakani mempunyai aktiviti antibakteria yang boleh membantu membasmi bakteria. Kajian telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai kesan antibakteria terhadap pelbagai jenis bakteria termasuklah Streptococcus aureus, S. Sanguis, S. Mutan, Helicobacter pylori, Escherichia coli dan Salmonella spp. Hal ini kerana manjakani mempunyai tannin dan gallic acid yang memainkan peranan penting bagi aktiviti antibakteria tersebut.
- Sebagai antikulat dan antiradang
Manjakani juga mempunyai aktiviti antikulat yang boleh membantu mencegah pembentukan kulat yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Kajian telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antikulat terhadap Candida albicasn, C. krusei dan C. glabrata.
Ini menunjukkan potensi manjakani sebagai rawatan atau pencegahan kepada jangkitan kulat pada manusia. Selain itu, oleh kerana sifatnya yang antikulat ini, ia seringkali dijadikan bahan tambahan untuk membersih faraj wanita. Namun begitu, kajian klinikal terhadap manusia berkenaan tujuan tersebut masih lagi kurang. Kajian yang lebih mendalam masih diperlukan bagi membuktikan keberkesanannya.
Tambahan pula, manjakani juga berpotensi sebagai antiradang yang boleh membantu mencegah keradangan. Keradangan adalah sejenis tindakbalas badan terhadap kecederaan, jangkitan kuman atau benda asing di mana keradangan yang berpanjangan di dalam badan boleh menyebabkan penyakit seperti obesiti, diabetes, sakit jantung dan banyak lagi.
Terdapat pelbagai kajian yang telah menunjukkan bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antiradang. Hal ini kerana manjakani mempunyai flavonoid dan tannin seperti gallic acid dan ellagic acid yang sememangnya terbukti mempunyai aktiviti antiradang.
- Sebagai antidiabetic
Di samping itu, manjakani juga mempunyai kesan antidiabetic. Terdapat kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak manjakani mempunyai kesan antidiabetik yang boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah.
- Dapat menyembuhkan luka
Oleh kerana aktiviti antibakteria dan antioksidan yang ada pada manjakani, ia membuatkan manjakani juga bagus untuk proses penyembuhan luka. Kajian ke atas tikus makmal mendapati bahawa ekstrak manjakani boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka pada tikus yang mempunyai ulser atau luka yang disebabkan komplikasi diabetes (diabetic ulcer).
Di samping itu, kajian yang dilakukan terhadap pesakit diabetes yang mempunyai luka di kaki (diabetic foot ulcer) juga telah mendapati bahawa penggunaan larutan ekstrak manjakani untuk mencuci luka telah membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka tersebut.
- ‘Mengetatkan’ faraj wanita
Sejak dulu kala, manjakani telah digunakan secara tradisional untuk kesihatan wanita. Kajian yang dijalankan menggunakan gel yang mempunyai ekstrak manjakani telah mendapati bahawa gel tersebut boleh ‘mengetatkan’ faraj, meningkatkan cecair faraj sekaligus mengurangkan masalah kekeringan pada faraj wanita berbanding gel tanpa ekstrak manjakani.
Hal ini kerana manjakani mempunyai aktiviti antioksidan, antikulat, antibakteria dan antiradang yang boleh meningkatkan kesihatan wanita. Namun begitu, pemakanan manjakani perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar kerana manjakani juga mempunyai kandungan logam berat yang boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk sekiranya diambil secara berpanjangan terutamanya bagi ibu hamil atau berpantang.
- Bagus untuk kesihatan tulang
Di samping itu, manjakani juga bagus untuk kesihatan tulang. Kajian dalam tabung uji telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mampu membantu pembentukan tulang sekaligus berpotensi untuk mencegah masalah osteoporosis (tulang rapuh).
- Untuk kesihatan mulut
Antara khasiat manjakani yang ramai tidak tahu adalah, ia bagus untuk kesihatan mulut. Terdapat satu kajian yang menggunakan ubat gigi yang mengandungi pelbagai herba termasuklah manjakani. Kajian itu telah mendapati bahawa ubat gigi tersebut boleh mengurangkan simptom sakit gusi(gingivitis) dan mengurangkan plak di dalam mulut.
Kajian itu juga mendapati bahawa penggunaan ubat gigi yang mengandungi manjakani dan herba-herba lain boleh mengurangkan bakteria anaerobik yang boleh menyebabkan jangkitan di dalam mulut.
- Dapat Mencegah Kanser
Manjakani juga berpotensi untuk mencegah kanser. Kajian tabung uji telah mendapati bahawa ekstrak manjakani mempunyai aktiviti antikanser terhadap sel kanser serviks dan kanser ovari. Hal ini kerana kehadiran antioksidan seperti tannin yang terdapat di dalam manjakani yang boleh membantu mencegah penyakit.
Oleh itu, ini menunjukkan manjakani juga berpotensi untuk mencegah kanser dalam wanita.
Secara umum, manjakani dapat diamalkan sebagai jamu dan teh atau suplemen herbal. Namun, anda tidak disarankan untuk mengambil manjakani jika menderita penyakit tertentu, sedang hamil, atau menyusu. Manjakani juga sebaiknya tidak diambil bersama ubat-ubatan karena berpotensi menimbulkan kesan interaksi obat.
Oleh karena itu, apabila ingin mengetahui lebih jauh manfaat manjakani atau memanfaatkan manjakani sebagai ubat herbal untuk mengatasi penyakit tertentu, Anda sebaiknya mendapatkan nasihat dengan dokter terlebih dahulu.
Sumber :