Skip to main content
search
0

Kelahiran boleh berlaku di mana-mana, dan juga boleh terjadi beberapa hari lebih awal daripada tarikh jangkaan. Ada kes dimana ibu terpaksa bersalin di rumah atau dalam perjalanan ke hospital. Situasi yang tidak dirancang ini berlaku secara tiba-tiba. Maka para ibu perlu persiapkan diri kerana situasi ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Artikel ini bakal memberi 7 petua kelahiran mengejut bagi ibu mengandung dan orang yang akan memberikan bantuan.

“Kelahiran boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Lebih-lebih lagi bagi kehamilan yang sihat dan kandungan yang sudah melewati usia 37 mingu. Sebaik-baiknya sentiasa bawa bersama buku rekod pemeriksaan kehamilan dan beg hospital yang berisi kelengkapan bersalin apabola kandungan menghampiri tarikh jangkaan bersalin.” Dipetik dari Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, kelahiran kecemasan atau Born Before Arrival ini boleh berlaku.

Kelahiran mengejut ini boleh terjadi dalam beberapa situasi. Bagi melibatkan sakit tiba-tiba ketika memandu di jalan raya atau ketika berseorangan di rumah, beberapa langkah perlu dilakukan untuk memastikan proses kelahiran selamat :

  1. Jika anda sedang sarat hamil dan sedang memandu, maka anda perlu berhenti di tempat yang selamat seperti Lorong kecemasan, stesen minyak atau Kawasan rehat R&R yang berdekatan.
  2. Cuba untuk minta bantuan orang ramai untuk menghubingi talian kecemasan Malaysian Emergency Response Service (MERS) 999 bagi mendapatkan bantuan kecemasan dan kemudian hubungi ahli keluarga terdekat.
  3. Jika tidak ada orang, anda perlu menghubungi sendiri 999 dan ikut arahan paramedic MERS dengan tenang. Berikan maklumat dan lokasi anda kepada mereka bagi memudahkan bantuan kecemasan disalurkan.
  4. Jika anda berseorangan dirumah, cuba berbaring di atas katil atau permukaan yang rata. Tinggikan kepala dengan bantal dan dengar arahan paramedic dengan teliti.
  5. Pastikan anda menarik nafas yang dalam dan secara perlahan-lahan antara kontraksi.

 

Sebagai seorang ibu yang sedang hamil, anda perlu tahu tanda-tanda kelahiran supaya tidak berlaku peristiwa tidak sempat ke hospital. Antara tanda yang bakal anda hadapi ialah kontraksi yang kerap iaitu antara dua hingga tiga minit sekali, gesaan untuk meneran atau rasa ingin buang air besar, air ketuban keluar dengan banyak secara tiba-tiba dan anda dapat melihat atau sentuh kepala bayi di kemaluan faraj.

Selain segera mendapatkan bantuan kecemasan, sediakan juga peralatan asas bagi memastikan kelahiran lebih mudah dikendalikan.

  1. Sediakan alas untuk berbaring seperti plastik alas meja atau hamparan kain yang tebal.
  2. Dapatkan juga kain cadar, kain selimut, kain batik atau tuala yang bersih dan kering.
  3. Kain lampin untuk menyambut dan membalut bayi.
  4. Air suam yang diletakkan dalam besen yang bersih. (untuk membuang kekotoran lender pada bayi dan mencuci tangan.

 

Kata Dr Nurul Azwa, ibu perlu mempunyai keyakinan diri untuk melalui proses bersalin walaupun terpaksa melakukannya seorang diri atau tak sempat ke hospital. Jika kedudukan bayi betul dan sudah berada di bahagian rongga pelvis, ini bermakna kelahiran adalah lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Faktor kebersihan juga perlu dititikberatkan bagi mengelakkan jangkitan kuman pada ibu dan anak yang baru dilahirkan. Bahagian intim perlu dicuci dengan air atau sabun dan air selepas proses kelahiran. Dalam situasi kecemasan pula suami, ibu atau sesiapa sahaja yang bakal menyambut kelahiran juga perlulah bersih.

Ibu dinasihatkan untuk tidak meneran bagi kelahiran seperti ini. Beberapa teknik pernafasan boleh dilakukan seperti menarik nafas yang dalam dan perlahan atau pernafasan ‘panting’ iaitu bernafas dengan kuat dan cepat. Pernafasan ini penting untuk mengelakkan ibu meneran dan supaya bayi meluncur keluar dengan sendirinya. Ia juga membantu untuk mengelakkan koyakan pada tisu-tisu lembut, melengahkan masa untuk persiapan dan mengelakkan kecederaan atau bayi terjatuh (jika ibu masih belum dalam posisi yang membolehkan menyambut bayi).

Apa yang paling penting adalah ibu tidak boleh panik dan orang sekeliling perlu membantu bagi memudahkan proses kelahiran. Anda boleh mendapatkan lebih banyak tips dan info penjagaan bayi disini.

Kredit : majalahpama

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu