Sudah menjadi kebiasaan dimana kita melihat orang-orang di sekeliling kita mempunyai masalah melibatkan resdung. Malah, penyakit resdung ini sudah menjadi normal buat orang ramai yang menghidapinya dalam sebuah tempoh yang lama. Ketahui 7 punca utama resdung yang perlu dielakkan bagi anda yang menghidapinya.
Untuk pengetahuan, penyakit melibatkan resdung ini berlaku berikutan beberapa faktor. Kegagalan orang ramai untuk cakna mengenai punca berlaku resdung atau faktor genetik antara yang membuatkan seseorang mengalami resdung selama puluhan tahun sehingga menyebabkan kegagalan deria bau untuk berfungsi. 7 punca utama resdung yang dapat kami cungkil mungkin berguna untuk anda bagi mengenal pasti simptom yang anda hadapi. Penting untuk anda tahu bagi mengatasinya sekaligus membuatkan masalah resdung menjadi semakin baik.
- Pencemaran alam sekitar
Umum tahu persekitaran udara kini sangat tercemar. Udara daripada pelbagai sumber yang tidak sihat membuatkan seseorang cenderung untuk mengalami masalah melibatkan resdung.
Buat mereka yang bekerja dengan menaiki pengangkutan awam serta bercampur dengan orang ramai, mungkin masalah ini secara tidak langsung membuatkan anda lebih mudah terkena resdung. Walau bagaimanapun, perkara ini sedikit sebanyak boleh dielakkan dengan memakai topeng muka yang sesuai.
- Genetik
Selain itu, genetik atau keturunan juga antara punca utama seseorang mengalami resdung. Malah perkara ini dapat diketahui khususnya buat mereka yang masalah resdung sejak daripada kecil lagi.
Sekiranya anda tergolong dalam golongan ini, mungkin agak sukar untuk sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami penyakit resdung yang kronik adalah dinasihatkan sekiranya anda berjumpa dengan doktor serta dapat ubat yang sesuai.
- Alergi
Terdapat sesetengah individu yang mengalami resdung disebabkan alergi atau alahan terhadap sesuatu perkara. Punca yang paling kerap seseorang mengalami alergi adalah disebabkan habuk yang banyak sekaligus membuatkan hidung anda mula gatal-gatal serta kerap mengalami bersin.
Selain itu, terdapat juga kes dimana seseorang alergi kepada penyegar udara atau sesetengah bau perfum yang membuatkan beliau akan menjadi selsema. Berikut kami kongsikan tanda-tanda anda mengalami alergi.
- Badan menjadi merah-merah secara tiba-tiba tanpa sebab yang diketahui
- Bersin secara tiba-tiba
- Hidung jadi sangat gatal dan berair tanpa selsema
- Kulit menjadi bengkak
- Kulit menjadi gatal-gatal
- Hidung terseumbat secara tiba-tiba
- Batuk
Oleh itu, jika anda resdung disebabkan oleh alergi, sila kenal-pasti apakah bahan yang mencetuskan alergik tersebut dan jauhkan diri daripadanya. Insya Allah, resdung anda akan berkurangan.
- Daya tahan lawan penyakit yang semakin rendah
Untuk pengetahuan, semakin meningkat usia, kadar daya tahan lawan penyakit atau imuniti juga akan semakin berkurang. Hal ini secara tidak langsung bakal membuatkan anda akan lebih mudah terdedah kepada penyakit.
Hal ini dapat dilihat jika pada zaman muda adalah lebih lasak dan bebas segala kerja namun kini anda lebih mudah terkena penyakit meskipun tidak melakukan sebarang pekerjaan atau terdedah kepada udara luar.
Apa yang boleh anda lakukan ialah berusaha untuk meningkatkan imuniti dengan cara mengambil makanan atau supplement yang boleh meningkatkan imuniti anda seperti Vitamin C.
- Makanan gatal
Kami yakin ini menjadi salah satu punca popular mengapa sesetengah orang mengalami masalah resdung. Resdung seringkali terjadi apabila seseorang yang alergik khususnya makanan laut.
Anda dapat mengesan anda mengalami alergi kepada makanan-makanan ini 30 minit selepas anda makan dimana akan secara tiba-tiba mengalami gatal-gatal dan selsema. Masalah ini juga akan semakin jika anda sudah mengalami resdung dan tidak berusaha untuk mengelakkan makanan-makanan tersebut.
- Kurang minum air
Mereka yang resdung kebiasaannya mengalami masalah mukus yang terperangkap dalam rongga sinus yang tertutup. Jika mukus terperangkap untuk tempoh yang lama dan tidak dikeluarkan, ia akan menjadi semakin pekat dan kandungan air dalam mukus akan menyejat.
Perkara ini akan menjadi semakin serius sekiranya anda kurang mengambil air yang mencukupi sekaligus membuatkan masalah resdung anda akan semakin teruk. Cara yang
Perkara ini akan menjadi semakin teruk sekiranya anda tidak minum air secukupnya setiap hari. Makin kurang air yang anda minum, lagi cepat mukus memekat lalu menyebabkan resdung anda menjadi semakin teruk. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya setiap hari.
- Asap rokok
Khas buat perokok atau mereka yang alergik terhadap asap rokok, masalah resdung akan menjadi lebih serius sekiranya anda menghidu asap rokok. Hal ini disebabkan kandungan-kandungannya yang memberi kesan kepada dinding sinus anda.
Berikut merupakan 7 punca seseorang mengalami resdung serta cara mengatasinya. Diharap dengan perkongsian tips ini, anda yang mengalami resdung dapat mendapatkan penawar atau setidaknya masalah resdung akan semakin berkurangan.
Resdung sememangnya menjadikan kita kurang selesa dan penulis memberikan saranan untuk anda mencuba produk alternatif iaitu minyak herba asmak dan asmak herbs.
Sumber
1. The Diagnosa