Info Lengkap Mengenai Punca Dan Cara Pencegahan Buasir

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat ini menghidapi penyakit buasir. Penyakit yang menyebabkan kesukaran dan tidak keselesaan ketika membuang air besar ini sebenarnya harus diberi penekanan yang serius. Jom bincangkan tentang info lengkap pencegahan buasir.

Rawatan yang berterusan beserta cara yang betul bakal memudahkan seseorang mengurangkan masalah melibatkan penyakit buasir. Sebelum kami mengulas lebih lanjut, kami ingin kongsikan kepada anda punca-punca boleh berlakunya buasir.

Orang tua tua dahulu mengatakan “Sakit berpunca, mati bersebab”. Jadi apakah sebenarnya punca bagi penyakit buasir ini.

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami buasir. Antara punca utama bagi sebahagian besar di kalangan kita adalah disebabkan penambahan berat badan atau obesiti.

Umum tahu, obesiti bukan sahaja membuatkan keadaan fizikal tampil lebih besar namun turut memberi impak kepada masalah kesihatan dimana buasir merupakan salah satu daripadanya.

Selain itu, seseorang lebih cenderung untuk mengalami penyakit buasir sekiranya keturunannya mengalami penyakit yang sama. Buat sesetengah individu, mereka mengalami masalah untuk berdiri atau duduk terlalu lama yang sekaligus membuatkan mereka mengalami penyakit yang sama.

Buat pesakit yang sering sembelit dan cirit-birit yang berlarutan, mereka turut cenderung kepada masalah buasir. Jika anda mengalami sembelit atau cirit birit yang sebegitu rupa, silakan berjumpa doktor dengan kadar segera.

Tidak cukup dengan itu, buasir ini mempunya beberapa jenis yang wajar kita kenal terlebih dahulu. Buasir terbahagi kepada dua tahap terdiri daripada buasir dalaman dan juga buasir luaran. Mengetahui di mana tahap buasir seseorang sangat membantu dalam menentukan rawatan yang sesuai.

Buasir dalaman

Info lengkap Pencegahan Buasir

Buasir dalaman berlaku apabila salur darah vena bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit tidak merasa sakit tetapi akan menyedari adanya pendarahan pada najis. Sesetengah pesakit akan merasa seperti ada unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Namun, unjuran ini boleh hilang sendiri atau pesakit perlu menolak unjuran ini balik ke dalam.

Buasir luaran

Buasir luaran merupakan penyakit dimana salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Buasir luaran lebih teruk di mana pesakit akan merasa sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan teruk yang dirasai mungkin disebabkan oleh salur darah yang tersumbat akibat darah beku.

Penyakit buasir mungkin sesuatu penyakit yang tidak serius dan kronik namun masih perlu mendapatkan rawatan. Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dari doktor untuk memastikan sama ada ia buasir atau penyakit yang lebih serius seperti kanser usus. Selepas mendapatkan pengesahan daripada doktor, maka tiba pula masanya untuk memulakan rawatan bagi mengubati buasir.

Rawatan Buasir

Langkah-langkah merawat buasir boleh dimulakan dengan melegakan kesakitan dan kegatalan menggunakan air suam. Pesakit hanya perlu duduk di dalam air suam setinggi 3 inci selama kira-kira 15 minit untuk beberapa kali sehari. Perkara Ini dapat membantu mengurangkan bengkak dan merehatkan otot. Usaha ini amat sesuai dilakukan selepas pesakit membuang air besar.

Selain air suam, pesakit juga boleh meletakkan pek ais selama beberapa minit untuk mengurangkan bengkaknya. Terdapat juga ubat dalam bentuk minyak atau krim yang boleh disapukan pada bahagian luar atau dalam dubur anda. Namun, sebahagian ubat-ubatan ini tidak digalakkan untuk digunakan melebihi satu minggu atau selama mana dibenarkan oleh doktor.

Selain itu, pengambilan diet yang tinggi serat juga sangat diasarakan. Apa yang dimaksudkan dengan diet yang tinggi serat adalah memakan banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.

Info lengkap Pencegahan Buasir

Buah-buahan seperti pisang sangat dicadangkan. Buah-buah kering seperti aprikot kering dan kurma antara yang boleh dicuba dan mudah didapati. Pesakit juga boleh memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air seperti tembikai dan timun.

Selain pengambilan buah, pesakit juga dinasihatkan untuk mendapatkan jumlah air yang mencukupi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan gelas sehari.

Pesakit juga tidak digalakkan untuk makan makanan yang diproses. Sekiranya didapati diet anda kurang serat, adalah lebih baik untuk meningkatkannya untuk memudahkan proses buang air.

Bersenam memang bagus untuk kesihatan. Sebab itulah senaman juga penting kepada mereka yang mengalami buasir. Berjalan kira-kira 20 hingga 30 minit sehari boleh membantu pesakit.

Info lengkap Pencegahan Buasir

Pesakit juga digalakkan untuk duduk di atas kusyen yang lembut dan bukan permukaan yang keras. Walaupun tampak remeh, tapi ini dapat mengurangkan bengkak. Pesakit juga diminta agar bangun dan bergerak kira-kira lima minit selepas duduk dalam tempoh masa yang lama.

Pesakit juga boleh mendapatkan ubat dari farmasi yang boleh melegakan sakit seperti aspirin dan ibuprofen.

Makanan yang perlu dielakkan

Info lengkap Pencegahan Buasir

Apakah makanan yang patut dielakkan? Makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang boleh menyebabkan sembelit seperti produk tenusu seperti susu dan keju, daging dan makanan yang diproses seperti makanan segera dan hidangan sejuk beku. Pesakit juga perlu berhati-hati dengan makanan bergaram. Pengambilan garam pada jumlah yang banyak menyebabkan tubuh terlalu bergantung kepada air. Ini menyebabkan tekanan kepada pembuluh darah.

Apa yang pesakit lakukan di dalam bilik air juga penting. Jangan menahan diri daripada membuang air besar. Ini hanya akan menambah tekanan. Jangan buang masa membuang air besar selepas mendapati anda tidak membuang air selepas beberapa minit. Usah memaksa diri dan cuba tetapkan masa tertentu sebagai rutin membuang air.

Selain tandas cangkung, pada masa kini juga terdapat banyak tandas duduk. Malah, kebanyakan rumah mempunyai tandas duduk berbanding tandas cangkung. Tahukah anda yang tandas cangkung memberi lebih manfaat berbanding tandas duduk? Bagi mereka yang mengalami sembelit, mencangkung boleh membantu melegakan masalah buasir. Oleh itu, tandas cangkung adalah yang terbaik untuk pesakit buasir.

Jika makanan dan langkah-langkah melegakan sakit tidak berkesan, pesakit mungkin terpaksa menjalani pembedahan dengan mengecilkan atau membuang buasir itu. Namun begitu, pembedahan boleh mendatangkan risiko-risiko lain seperti pendarahan, jangkitan, dan reaksi kepada anestasia.

Disebabkan hal yang di atas, ramai di kalangan kita tercari cari penawar bagi meredakan kesakitan buasir. Pesakit buasir sahaja yang mengetahui betapa seksanya mengidapi buasir. Ramai yang tidak tahu sebenarnya info lengkap pencegahan buasir kurang mendapat sambutan.

Saranan penulis, kita boleh mencuba produk yang terbukti berkesan iaitu Minyak Herba Asmak dengan membaca maklumat terperincinya di sini.

Semoga artikal berkaitan info lengkap pencegahan buasir ini dapat membantu sedikit sebanyak.

Sumber:

  1. myhealth

Minyak Herba Asmak Alternatif Untuk Mereka Yang Sesak Nafas

Pernahkah anda mengenali seseorang atau anda sendiri yang menghidapi penyakit asma? Meskipun kehadirannya jarang-jarang, penyakit ini sememangnya serius malahan bakal membuatkan pesakitnya sesak nafas apabila penyakit asma menyerang. Malahan kami yakin ramai diantara pesakit yang pernah bergegas ke hospital pada waktu malam untuk mendapatkan rawatan pernafasan. Tahukan anda terdapat cara alternatif untuk sesak nafas ?

Difahamkan penyakit asma ini berlaku disebabkan genetik atau keturunan manakala penyakit asma yang mungkin tidak kronik berbanding penyakit-penyakit kronik yang lain boleh terjadi kepada beberapa individu lain meskipun tidak melibatkan keturunan. Pada kali ini, kami akan kupaskan dengan lebih lanjut mengenai penyakit yang tidak boleh diambil mudah ini dan cara alternatif untuk sesak nafas.

Apa itu penyakit asma?

alternatif untuk sesak nafas

Asma ialah sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu.

Antara tanda-tanda mereka yang mengalmi asma adalah pernafasan yang berbunyi seperti  orang bersiul, terutama sekali apabila pesakit itu menghembuskan nafasnya. Anda boleh mendengarinya secara berulang-ulang. Selain itu, terdapat juga pesakit asma yang tidak mengalami simtom seperti ini sebaliknya mengalami batuk, terutama pada waktu malam.

Bagaimana penyakit asma terjadi?

Sebenarnya orang yang akan menghidap penyakit asma ini tidak dapat dipastikan. Namun begitu, yang jelasnya serangan asma terjadi apabila terdapat perubahan di dalam saluran pernafasan. Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau bengkak yang mengakibatkan saluran pernafasan menguncup dan peka terhadap rangsangan luar.

Buat mereka yang mempunyai asma, pasti sudah daripada kecil anda sudah mendapatkan rawatan khususnya bagi menghilangkan lelah baik dari segi ubat jenis telan mahupun sedut. Walau bagaimanapun, umum diketahui ubat jenis ini sekadar menghilangkan penyakit asma pada ketika itu sahaja.

Mengubati penyakit asma mungkin agak sukar untuk lega sepenuhnya, malah ada pesakit yang terpaksa mengambil ubat asma dalam jangka masa yang panjang seperti steroid. Buat anda yang turut mengalami masalah yang sama, mungkin ini ujian buat anda. Kami berharap anda tidak putus asa dalam mencari penawar terbaik buat diri anda.

Jika anda risaukan tentang jangka masa panjang ubatan, maka cubalah mengatasi penyakit asma secara semulajadi, selain dari berikhtiar dengan Minyak Herba Asmak. In sha Allah dengan izin Allah anda akan sihat wal afiat. Yakin dan percaya dengan kuasa Allah yang Maha Menyembuh.

Kami yakin pasti ada diantara anda yang turut cuba mencari rawatan altenatif yang membantu dalam usaha menyebuhkan penyakit asma ini. Meskipun terdapat sejumlah besar rawatan altenatif melibatkan resdung dan asma di pasaran, kami lebih mengesyorkan anda mencuba Minyak Herba Asmak.

Ada apa dengan Minyak Herba Asmak?

alternatif untuk sesak nafas

Minyak Herba Asmak  ialah minyak herba semulajadi yang 100% selamat tanpa kesan sampingan serta dikuasakan dengan teknologi NANO dan telah menjalani R&D serta dalam proses mendapatkaan kelulusan KKM.

Minyak ini sudah berjaya membantu orang ramai dalam mengubati masalah asma, batuk,  lelah, resdung, sakit kepala dan sembelit dan sebagai alternatif untuk sesak nafas.

Apa yang membuatkan Minyak Herba Asmak berbeza dengan beberapa produk yang lain adalah ianya diproses daripada herba–herba semulajadi, mesra alam & mesra wudhuk. Antara kandungannya adalah  minyak zaitun, minyak kelapa dara, habbatus sauda, pati gamat ,akar kayu serta herba terpilih.

9 Sebab mengapa anda harus memilih Minyak Herba

alternatif untuk sesak nafas

  1. Diperbuat dari bahan bermutu tinggi dan berkualiti. Dalam erti kata lain, Minyak Herba Asmak ini menggunakan botol kaca untuk memastikan kandungan dan khasiatnya terpelihara.
  2. Minyak Herba Asmak membantu menyelesaikan masalah selain asma seperti terkena gigitan serangga, luka , bengkak, kebas, lenguh, sakit kepala. Maknanya, minyak ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk asma, sebaliknya boleh juga digunakan beberapa penyakit lain.
  3. Sebab ketiga ini mungkin sangat baik untuk bayi dimana Minyak Herba Asmak sangat membantu untuk untuk tidur lebih lena setiap malam. Hal ini disebabkan aroma serta kandungannya yang membuatkan badan lebih selesa.
  4. Harga mampu milik dan berbaloi berbanding kos rawatan yang lain. Umum tahu, harga bagi ubat resdung serta serta beberapa penyakit lain mungkin memakan kos khususnya sekiranya diambil dalam tempoh yang panjang. Pelaburan untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak untuk percubaan ini mungkin pelaburan yang anda boleh dapatkan ditambah lagi sesuai dimanfaatkan seluruh keluarga.
  5. Membantu menyelesaikan masalah utama, melegakan lelah, semput, batuk, kahak dan selsema. Hanya perlu sedikit sapuan seperti yang akan kami kongsikan, masalah melibatkan batuk, selsema dan batuk.
  6. Terbukti sesuai digunakan bayi dan kanak-kanak untuk masalah kembung perut, buasir, dan sembelit. Selain itu, Minyak Herba Asmak juga boleh dijadikan minyak telon.
  7. Hanya perlu digunakan bila perlu sahaja. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu mengambilnya secara konsisten sebaliknya boleh diambil apabila perlu atau ketika dilanda penyakit sahaja. JIMAT bukan?
  8. Minyak Herba Asmak dalam proses kelulusan KKM dan mula mendapat sambutan di luar negara. Dari semasa ke semasa pihak syarikat terus meningkatkan kualiti dan kelebihan minyak herba asmak ini sebagai nilai tambah kepada pengguna. Maknanya anda tidak lagi perlu risau atau was-was untuk menggunakannya.
  9. Minyak Herba Asmak ini sesuai dimanfaatkan seluruh keluarga berikutan penawaran fungsi dan khasiatnya yang pelbagai.

Cara menggunakan Minyak Herba Asmak ini:

alternatif untuk sesak nafas

  1. Tebuk lubang pada stopper supaya senang digunakan dan jimat .
  2. Pastikan anda goncang dahulu sebelum menggunakannya.
  3. Cara paling asas untuk menggunakannya adalah dengan menyapu di leher dan ke dada , ke tengkuk dan ke belakang. Selain itu, minyak ini juga boleh disapu pada tapak kaki.

Cara menggunakan Minyak Herba Asmak mengikut jenis rawatan

  1. Batuk & Asma: Mulakan dengan menyapu dari leher ke dada, tengkuk ke belakang, tapak kaki, betik seterusnya ke bawah pelipat.
  2. Demam: Sapu dan urut pada bahagian di dahi.
  3. Selsema: Sapu sedikit pada bahagian dalam hidung (gunakan cotton bud), atas hidung sehingga ke ubun kepala.
  4. Sakit Perut: Sapu pada perut, pinggang dan tapak kaki.
  5. Migrain: Sapu disekeliling dahi , tengkuk dan leher.
  6. Resdung: Calitkan dalam hidung , sapu di atas hidung, dahi ke ubun-ubun.
  7. Bayi : Cara menggunakan minyak asmak untuk bayi adalah sama seperti menggunakan minyak telon iaitu dengan menyapu pada bahagian perut, tapak kaki dan betik bayi.

Adalah dinasihatkan untuk menyapu Minyak Herba sesuai selepas mandi dan sebelum tidur. Selain itu, adalah lebih baik sekiranya anda turut mengamalkannya pada waktu Subuh kerana rongga sangat pernafasan luas pada waktu ini.

 

 

 

 Minyak Herba Asmak tiruan

 

Disebabkan Minyak Herba Asmak berjaya menerima sambutan yang memberangsangkan dan merupakan cara alternatif untuk sesak nafas, nampaknya muncul pihak yang tidak bertanggungjawab yang meniru produk Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd ini. Lebih parah, mereka menggunakan label dan design yang sama untuk mengaburi mata pengguna.

Ramai yang mengadu produk tiruan mereka ini tidak berkesan dan berbau busuk, warna jernih, cair dan kurang berangin. Individu yang telah membuat produk Minyak Herba Asma Mujarab palsu ini telah berjaya menipu ribuan pengguna di seluruh Malaysia.

Oleh diseabkan ramai yang sudah tertipu dengan produk tiruan ini kerana ketidakberkesanannya seperti Minyak Herba Asmak Original. Kami ingin membantu anda untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan.

Minyak Herba Asmak : Penawar Asma, Lelah dan Batuk

Produk Minyak Herba Asmak tiruan mengandungi bahan berbahaya dan menggunakan nama syarikat kami. Selain itu, Minyak Herba Asmak dijual dengan harga murah sebagai tarikan. Jangan sebab nak murah anda sanggup bahayakan nyawa orang yang tersayang dengan produk tiruan yang merbahaya. Tambahan pula untuk kegunaan orang tua dan bayi.

Dapatkan dari pengedar sah kami yang ada ID sahaja,bukan di kedai-kedai pemborong yang tak ada ID. Pengedar kami akan beri anda cara pakai dan bimbing mengikut masalah yang dihadapi.

Difahamkan syarikat ini sedang cuba sedaya upaya dalam membanteras masalah melibatkan Minyak Herba Asmak yang tidak original bagi mengelakkan orang ramai tertipu sekaligus menimpulkan spekulasi yang kurang baik terhadap minyak ini. Setkat ini kami sudah mempunyai lebih 1650 pengedar sah kami yang sentiasa mengikut syarat ditetapkan HQ.

 

7 Punca Resdung Yang Wajib Kita Ketahui Sebelum Terlambat

Sudah menjadi kebiasaan dimana kita melihat orang-orang di sekeliling kita mempunyai masalah melibatkan resdung. Malah, penyakit resdung ini sudah menjadi normal buat orang ramai yang menghidapinya dalam sebuah tempoh yang lama. Ketahui 7 punca utama resdung yang perlu dielakkan bagi anda yang menghidapinya.

Untuk pengetahuan, penyakit melibatkan resdung ini berlaku berikutan beberapa faktor. Kegagalan orang ramai untuk cakna mengenai punca berlaku resdung atau faktor genetik antara yang membuatkan seseorang mengalami resdung selama puluhan tahun sehingga menyebabkan kegagalan deria bau untuk berfungsi. 7 punca utama resdung yang dapat kami cungkil mungkin berguna untuk anda bagi mengenal pasti simptom yang anda hadapi. Penting untuk anda tahu bagi mengatasinya sekaligus membuatkan masalah resdung menjadi semakin baik.

  1. Pencemaran alam sekitar

7 punca utama resdung

Umum tahu persekitaran udara kini sangat tercemar. Udara daripada pelbagai sumber yang tidak sihat membuatkan seseorang cenderung untuk mengalami masalah melibatkan resdung.

Buat mereka yang bekerja dengan menaiki pengangkutan awam serta bercampur dengan orang ramai, mungkin masalah ini secara tidak langsung membuatkan anda lebih mudah terkena resdung. Walau bagaimanapun, perkara ini sedikit sebanyak boleh dielakkan dengan memakai topeng muka yang sesuai.

  1. Genetik

Selain itu, genetik atau keturunan juga antara punca utama seseorang mengalami resdung. Malah perkara ini dapat diketahui khususnya buat mereka yang masalah resdung sejak daripada kecil lagi.

Sekiranya anda tergolong dalam golongan ini, mungkin agak sukar untuk sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami penyakit resdung yang kronik adalah dinasihatkan sekiranya anda berjumpa dengan doktor serta dapat ubat yang sesuai.

  1. Alergi

Terdapat sesetengah individu yang mengalami resdung disebabkan alergi atau alahan terhadap sesuatu perkara. Punca yang paling kerap seseorang mengalami alergi adalah disebabkan habuk yang banyak sekaligus membuatkan hidung anda mula gatal-gatal serta kerap mengalami bersin.

Selain itu, terdapat juga kes dimana seseorang alergi kepada penyegar udara atau sesetengah bau perfum yang membuatkan beliau akan menjadi selsema. Berikut kami kongsikan tanda-tanda anda mengalami alergi.

  • Badan menjadi merah-merah secara tiba-tiba tanpa sebab yang diketahui
  • Bersin secara tiba-tiba
  • Hidung jadi sangat gatal dan berair tanpa selsema
  • Kulit menjadi bengkak
  • Kulit menjadi gatal-gatal
  • Hidung terseumbat secara tiba-tiba
  • Batuk

Oleh itu, jika anda resdung disebabkan oleh alergi, sila kenal-pasti apakah bahan yang mencetuskan alergik tersebut dan jauhkan diri daripadanya. Insya Allah, resdung anda akan berkurangan.

  1. Daya tahan lawan penyakit yang semakin rendah

7 punca utama resdungUntuk pengetahuan, semakin meningkat usia, kadar daya tahan lawan penyakit atau imuniti juga akan semakin berkurang. Hal ini secara tidak langsung bakal membuatkan anda akan lebih mudah terdedah kepada penyakit.

Hal ini dapat dilihat jika pada zaman muda adalah lebih lasak dan bebas segala kerja namun kini anda lebih mudah terkena penyakit meskipun tidak melakukan sebarang pekerjaan atau terdedah kepada udara luar.

Apa yang boleh anda lakukan ialah berusaha untuk meningkatkan imuniti dengan cara mengambil makanan atau supplement yang boleh meningkatkan imuniti anda seperti Vitamin C.

  1. Makanan gatal

Kami yakin ini menjadi salah satu punca popular mengapa sesetengah orang mengalami masalah resdung. Resdung seringkali terjadi apabila seseorang yang alergik khususnya makanan laut.

Anda dapat mengesan anda mengalami alergi kepada makanan-makanan ini 30 minit selepas anda makan dimana akan secara tiba-tiba mengalami gatal-gatal dan selsema. Masalah ini juga akan semakin jika anda sudah mengalami resdung dan tidak berusaha untuk mengelakkan makanan-makanan tersebut.

  1. Kurang minum air

7 punca utama resdungMereka yang resdung kebiasaannya mengalami masalah mukus yang terperangkap dalam rongga sinus yang tertutup. Jika mukus terperangkap untuk tempoh yang lama dan tidak dikeluarkan, ia akan menjadi semakin pekat dan kandungan air dalam mukus akan menyejat.

Perkara ini akan menjadi semakin serius sekiranya anda kurang mengambil air yang mencukupi sekaligus membuatkan masalah resdung anda akan semakin teruk. Cara yang

Perkara ini akan menjadi semakin teruk sekiranya anda tidak minum air secukupnya setiap hari. Makin kurang air yang anda minum, lagi cepat mukus memekat lalu menyebabkan resdung anda menjadi semakin teruk. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya setiap hari.

  1. Asap rokok

7 punca utama resdung

Khas buat perokok atau mereka yang alergik terhadap asap rokok, masalah resdung akan menjadi lebih serius sekiranya anda menghidu asap rokok. Hal ini disebabkan kandungan-kandungannya yang memberi kesan kepada dinding sinus anda.

Berikut merupakan 7 punca seseorang mengalami resdung serta cara mengatasinya. Diharap dengan perkongsian tips ini, anda yang mengalami resdung dapat mendapatkan penawar atau setidaknya masalah resdung akan semakin berkurangan.

Resdung sememangnya menjadikan kita kurang selesa dan penulis memberikan saranan untuk anda mencuba produk alternatif iaitu minyak herba asmak dan asmak herbs.

Sumber
1. The Diagnosa

Shopping cart close