7 Tips Hilangkan Masalah Kaki Bengkak Terutamnya Pada Ibu Hamil

Kaki bengkak atau dalam istilah perubatan yang bermaksud edema merupakan suatu kondisi pengumpulan cecair di bahagian kaki, sama ada di buku lali, ataupun sehingga bahagian lutut. Ia boleh terjadi kepada wanita mengandung, pengidap masalah jantung dan buah pinggang atau individu yang mengalami sebarang kecederaan di bahagian kaki.

Ini adalah satu sebab yang paling biasa bagi wanita yang mengalami kaki bengkak. Ia biasanya berlaku bermula trimester kedua kehamilan. Selain itu, semasa hamil tubuh anda menghasilkan hormon relaksin (relaxin), yang menyebabkan sendi dan ligamen pinggul dan kaki berehat dan membesar. Antara tips untuk hilangkan masalah kaki bengkak ialah:

  1. Kurangkan berat badan berlebihan

Berat badan yang berlebihan boleh membuatkan peredaran darah menjadi kurang efisien dan terkumpul di bahagian kaki sehingga menyebabkan bengkak. Selain itu, ia juga boleh memberi tekanan kepada kaki dan mengakibatkan anda rasa sakit ketika berjalan. Menurunkan berat badan dapat membantu mengurangkan ketegangan pada kaki dan juga dapat mengurangkan pembengkakan kaki.

  1. Tinggikan kaki semasa tidur

Jika anda meletakkan posisi kaki yang bengkak lebih tinggi daripada paras jantung, daya graviti akan menggerakkan cecair tersebut supaya mengalir ke arah jantung. Semakin banyak bengkak, semakin lama dan semakin kerap keperluan anda untuk mengangkat kaki. Tujuannya adalah untuk memastikan agar cecair tersebut kembali ke jantung, seterusnya diedarkan secara serata ke seluruh badan.  Mulakan dengan 20 minit sebanyak dua kali sehari. Sekiranya bengkak masih ada, panjangkan durasi ke 30 minit hingga satu jam.

  1. Urut kaki

Urutan kaki membantu merehatkan otot dan meningkatkan peredaran darah. Walaupun ia tidak akan mengatasi punca masalah yang menyebabkan kaki bengkak, tetapi ia akan mengaktifkan sistem limfa, sekaligus mengeluarkan lebihan cecair dari kaki anda bagi mengurangkan bengkak tersebut. Lakukan sedikit urutan diri dengan meregangkan kaki. Namun, jangan mengurut dengan terlalu kuat sehingga sakit.

  1. Kurangkan pengambilan garam

Mengurangkan pengambilan garam akan membantu mengurangkan jumlah cecair yang berlebihan di dalam badan. Apabila kita makan terlalu banyak garam, tubuh akan mengekalkan natrium tambahan yang seterusnya akan meningkatkan jumlah cecair dalam badan. Keadaan ini di sebut sebagai fluid retention.

  1. Pakai stoking sokongan semasa tidur

tips hilangkan kaki bengkak

Kredit:maskulin

Selain daripada menggunakan bantal, anda juga boleh memakai seluar stoking sokongan sebelum tidur dan menanggalkannya pada waktu pagi supaya darah tidak terkumpul di sekeliling buku lali anda. Jika masih mengalami kaki bengkak, tanyalah doktor mengenai stoking tekanan yang juga terdapat di farmasi.

  1. Tuam ais di kawasan bengkak

Faktor pemakaian turut menjadi punca masalah bengkak pada kaki. Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi dan pakaian yang ketat sehingga mengganggu peredaran darah pada pergelangan tangan, buku lali atau kaki. Jika bengkak masih tidak surut, cuba lakukan kaedah menuam ais pada kawasan yang bengkak. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti merendam kaki yang bengkak ke dalam air suam yang bercampur garam selama 10 hingga 15 minit. Rendaman ini baik bagi mengurangkan lenguh pada kaki anda.

  1. Senaman

Kredit:bharian

Mungkin anda berasa tidak selesa untuk bangun dan bergerak apabila saiz kaki anda menjadi lebih besar daripada kebiasaannya. Tetapi dengan mengerakkan otot kaki, ia sebenarnya membantu pengaliran darah atau cecair yang terkumpul di kaki untuk kembali ke bahagian jantung.  Sekiranya anda berasa terlalu sakit untuk bersenam, cubalah senaman tanpa menggunakan berat badan seperti berenang, yang juga akan memberi manfaat tambahan kepada otot.

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah kaki bengkak,anda boleh cuba Minyak Herba Asmak,anda boleh klik di sini.

Kredit
1. thediagnosa

2. hellodoktor

Leave a Reply

Kategori Artikel

Produk Terbaru & Terlaris Asmak Life

Shopping cart close