Skip to main content
search
0

Red dates (jujube) atau kurma merah adalah salah satu makanan kesihatan yang sangat popular di China.  Bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis makanan harian mereka di sana. Ternyata, kurma merah ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana dikatakan mampu untuk menurukan tekanan darah tinggi dan juga sangat bagus untuk wanita.

Kurma Merah mempunyai kandungan sodium yang sangat rendah serta sumber penting serat pemakanan dan kalium. Kurma merah juga menyediakan nutrien penting dalam diet seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin K, Vitamin B6, Thiamin, Niacin, Riboflavin dan Zat besi.

Terdapat beberapa manfaat kurma merah yang boleh amalkan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah:

  1. Meningkatkan Imuniti Badan

Khasiat utama buah jujube juga datang dari kandungan vitamin C di dalamnya. Vitamin C mempunyai banyak fungsi yang bermanfaat untuk tubuh, salah satunya adalah untuk meningkatkan imuniti. Kandungan dalam buah jujube ini dapat meningkatkan penghasilan sel untuk melawan jangkitan kuman yang merosakkan sel yang sihat.

  1. Mengurangkan risiko kanser

Kandungan antioksidan dalam buah kurma merah dapat menguatkan fungsi di samping memperbaiki kerosakan sel terutama akibat serangan radikal bebas. Khasiat buah jujube berasal dari jenis gula polisakarida yang bertindak sebagai komponen antioksidan. Sebatian ini berfungsi untuk mengatasi kerosakan sel dengan mengurangkan keradangan.

  1. Memperbaiki Tidur dan Mencegah Insomnia

Khasiat buah jujube dalam mengatasi keradangan di otak juga boleh menjejaskan kerja otak dalam menangani tekanan dan gangguan kecemasan yang menyebabkan insomnia. Flavonoid dan saponin dalam buah angco dapat mengurangkan aktiviti otak yang menghasilkan keresahan dan meningkatkan hormon yang dapat menenangkan fikiran.

  1. Mencegah Penyakit Jantung dan Salur Darah

Jujube mampu mengekalkan jantung dan saluran darah yang sihat, kerana ia dapat membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan jumlah kolesterol baik (HDL). Kandungan kaliumnya juga dapat mencegah tekanan darah tinggi ( hipertensi ), serta penyempitan saluran darah ( aterosklerosis ).

  1. Mengekalkan paras gula dalam darah

Khasiat buah jujube ini berasal dari kandungan vitamin yang dapat meningkatkan keupayaan sel untuk menyerap gula dalam darah. Jika diambil dalam bahagian yang betul, buah Angco boleh membantu mengawal glukosa darah untuk mengekalkannya dalam paras normal. Dengan cara itu, anda boleh mengelakkan diabetes.

6. Mengoptimumkan fungsi otak

Buah jujube diketahui mempunyai manfaat kerana kandungan antioksidannya. Sebatian antioksidan seperti flavonoid dan saponin dalam buah jujube sangat bermanfaat untuk meningkatkan fungsi otak. Kajian dari Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong menunjukkan bahawa jujube mengandungi flavonoid dan saponin yang melindungi otak daripada keradangan yang boleh menyebabkan kerosakan sel. Selain itu, sifat antioksidan dalam jujube atau angco berpotensi untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif yang lain

Jika anda atau keluarga anda mengalami masalah sengugut,anda boleh cuba Madu Kurma Merah,anda boleh klik di sini.

Kredit

  1. rasa
  2. siraplimau
  3. klikdokter
  4. hellosehat

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu