Skip to main content
search
0

Sememangnya, susu ibu adalah makanan terbaik yang sangat bagus untuk anak kecil. Namun, jika ibu memilih susu formula, anda perlu perhatikan juga tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi bagi mengelak sebarang masalah kesihatan pada si kecil. Bukan hanya susu badan saja ibu berhadapan cabaran, tapi menggunakan susu formula juga ada kesukaran yang perlu dilalui si ibu! Contohnya seperti penolakan bayi terhadap botol susu atau alahan yang sering kali dikaitkan dengan susu formula. Jom kenali antara tanda alahan bayi terhadap susu formula.

 

Tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi boleh dilihat dari segi reaksi dan tindak balas anak, kerana setiap bayi mengalami reaksi dan simptom yang berbeza-beza bergantung pada berapa banyak jumlah susu atau produk tenusu yang diberikan. Oleh sebab itu, ibu ayah perlu lebih alert kerana jika tidak disedari, ia boleh membahayakan nyawa si kecil. Biasanya ia dikenali sebagai alahan tenusu atau alahan susu lembu. Selalunya alahan tersebut akan muncul selepas satu minggu susu formula diperkenalkan pada bayi. Walau bagaimanapun tiada ubat yang dapat merawat alahan susu lembu itu tapi ibu hanya boleh mengelakkanya dengan tidak mengambil produk tenusu atau susu lembu.

 

8 tanda bayi terkena alahan susu formula
1. Tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi – Cirit-birit / sembelit

Selepas memberi bayi minum susu lembu, perhatikan sama ada najis si kecil keras, lembut, kental, berubah warna dan lain-lain. Selain itu, tanda alahan juga boleh dikenalpasti apabila bayi berak sembelit atau cair disertai dengan darah. Jika keadaan berterusan tanpa dirawat, si kecil boleh kehilangan berat badan yang optimum sekaligus mengganggu tumbesarannya.

 

2. Tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi – Sakit perut atau kembung

Ibu juga perlu perhatikan jika bayi mengalami sakit perut atau kembung kerana minum susu lembu. Bagi permulaa,n mungkin anda boleh sapu minyak di bahagian perutnya bagi melegakan sedikit ketidakselesaan si kecil. Namun, jika masih tidak surut sebaiknya hentikan memberi susu formula dan terus bawanya berjumpa doktor.

 

Kredit : TheAsianParent

 

3. Muncul bintik merah

Biasanya bintik merah ini muncul apabila bayi terdedah dengan suhu panas atau berpeluh. Namun, ada juga bayi yang mengeluarkan bintik merah kerana alahan terhadap susu lembu.

 

4. Masalah pernafasan

Disebabkan alami gangguan sistem pernafasan maka akan terhasilnya lendir berlebihan hingga membuatkan nafas bayi berbunyi. Ia diiringi dengan simptom bersin, gatal hidung dan mata atau berubah menjadi merah.

 

5. Muntah

Ramai ibu beranggapan bayi muntah itu mungkin terlebih minum susu, bayi tidak biasa dengan susu formula atau kurang suka dengan rasanya. Tapi muntah ini juga boleh jadi disebabkan si kecil tidak selesa atau rasa sesak di bahagian kerongkong.

 

6. Ruam

Ruam juga tanda yang sering dialami bayi yang ada alahan terhadap susu lembu dan jika tidak dirawat dengan cepat ia boleh menyebabkan risiko yang lebih besar seperti ekzema dan asma.

 

7. Batuk

Bayi batuk juga disebabkan alahan terhadap susu lembu yang dimulai dengan suara serak dan kemudian kerap batuk selepas minum susu ini. Oleh sebab itu, ibu tak boleh pandang remeh jika gejala ini muncul.

 

8. Hidung berair

Lihat juga jika bayi alami hidung atau mata berair hingga menimbulkan rasa gatal seolah-olah ingin menggaru di bahagian tersebut. Apapun, segera henti memberi minum susu tersebut dan bawanya berjumpa doktor.

 

Beli susu dalam paket kecil atau boleh juga mohon sampel percuma dari pengeluar susu tersebut. Berikan dulu dengan sukatan kecil sekurang-kurangnya 2 onz. Sentiasa pantau keadaan anak jika mengalami sebarang perubahan. Meskipun ada sesetengah susu tidak memberikan tindak balas dengan cepat namun ia tidak bermakna yang ia selamat seratus peratus kerana ada alahan yang muncul cepat dan ada yang sedikit lewat. Jika semua tindak balas itu muncul seperti yang diterangkan tadi sebaiknya hentikan pemberian susu formula tersebut dengan serta merta.

Usaha dan berdoa semasa mencari susu formula anak yang sesuai agar urusan dipermudahkan olehNya.
Ya, tugas mencari susu formula ini semakin sukar, terutama bila lambakan susu yang terlalu banyak di pasaran. Jadi ibu harus sabar dan memilih susu yang sesuai dengan lebih berhati-hati.

 

Anak anda mempunyai masalah ruam susu, alahan, gatal pada kulit dan ekzema? Jom klik sini.

Sumber:
TheAsianParent

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu