Cara Tingkatkan Sistem Imun Badan Supaya Tidak Mudah Jatuh Sakit

Pasti ada ibu ayah di luar sana yang bimbangkan mengenai ketahanan sistem imun anak masing-masing terutama dalam keadaan sekarang ini yang penyakit ada di mana-mana saja. Sistem imun adalah ketahanan badan seseorang untuk menghalang mereka daripada dijangkiti penyakit. Jadi apa yang ibu ayah boleh dan perlu buat sebenarnya bagi memastikan sistem imun anak anda sentiasa berada pada tahap terbaik sekaligus tidak mudah dijangkiti penyakit. Ini adalah 5 cara tingkatkan sistem imun badan supaya tidak mudah jatuh sakit.

Ketahanan sistem imun sangat penting bagi memastikan anak tidak mudah sakit dan antibodinya cukup kuat untuk melawan pelbagai jenis penyakit yang muncul ketika ini. Apabila sistem imun anda berfungsi dengan betul, ia boleh memberitahu sel mana yang anda miliki dan bahan mana yang asing kepada badan anda. Ia mengaktifkan, menggerakkan, menyerang dan membunuh kuman penceroboh asing yang boleh membahayakan anda. Sistem imun anda belajar tentang kuman selepas anda juga terdedah kepadanya. Badan anda membina antibodi untuk melindungi anda daripada kuman khusus tersebut.

Terdapat 2 bahagian utama sistem imun:

i) Sistem imun semula jadi. Anda dilahirkan dengan ini.
ii) Sistem imun adaptif. Anda mengalami ini apabila badan anda terdedah kepada mikrob atau bahan kimia yang dikeluarkan oleh mikrob.

Jadi apakah yang ibu ayah boleh lakukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh pada bayi dan anak-anak diberikan. Berikut adalah cara meningkatkan daya tahan tubuh anak yang lemah.

1: Ikan berminyak

Asid lemak omega-3 mempunyai banyak manfaat kesihatan dan ditemui dalam ikan berminyak (salmon, mackerel, herring, tuna segar), minyak sayuran dan biji sesawi, walnut, kacang pecan, kacang hazelnut, flaxseeds dan sayur-sayuran berdaun hijau. Ikan putih (seperti haddock, plaice, ikan kod dan Coley) juga mengandungi beberapa omega-3 walaupun dalam dos yang lebih rendah. Cuba masukkan ikan dalam diet anak anda dua kali seminggu, satu bahagian ikan berminyak dan yang lain, ikan putih. Beberapa kajian mendapati omega-3 juga boleh memberi manfaat untuk melawan jangkitan pada kanak-kanak dan cara meningkatkan imun tubuh.

Jika anak anda bukan seorang peminat ikan, anda boleh cuba makanan “menyeronokkan” seperti jejari ikan Salmon, kek ikan kentang, kiub ikan kod atau fajitas salmon ketika waktu makan. Satu perkara penting tentang kacang yang anda patut tahu adalah kanak-kanak di bawah umur lima tahun tidak patut memakan kacang secara keseluruhan (tidak dipecah-pecah) kerana adanya risiko tercekik. Untuk bayi lebih dari usia enam bulan, jika mereka tidak mempunyai alahan, kacang boleh diberikan tetapi pastikan anda mengisarnya sampai halus.

 

2: Ambil diet makanan yang berwarna “pelangi’

Selain itu, cara menambah imun tubuh adalah dengan biarkan si kecil anda menikmati warna “pelangi” daripada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Semua buah-buahan dan sayur-sayuran menawarkan vitamin dan mineral yang berbeza mengikut warna yang berbeza. Jadi, ia adalah penting untuk anak anda mendapat pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk meningkatkan daya tahan tubuh anak,. Contohnya, vitamin C dan karotenoid boleh didapati dalam buah-buahan dan sayuran berwarna merah, kuning dan oren.

Vitamin ini mempunyai kualiti untuk meningkatkan sistem imun yang membantu badan menghasilkan sel darah putih yang bertanggungjawab melawan jangkitan. Anda haruslah cuba untuk menyajikan anak-anak anda lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Sama ada ia segar, beku, dalam tin atau kering, ia boleh dimasukkan ke dalam hidangan utama, puding, makanan ringan atau jus smoothie. Lihat resipi sihat kami untuk kanak-kanak untuk lebih inspirasi.

 

3: Rahsia tidur

Anda juga patut meningkatkan masa tidur mereka. Ia diketahui bahawa kekurangan tidur boleh membuat kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada penyakit dengan mengurangkan sel-sel pembunuh semula jadi mereka yang membantu jangkitan sistem imun. Jumlah tidur kanak-kanak bergantung kepada umur mereka. Sebagai petunjuk umum, bayi yang baru lahir memerlukan 18 jam sehari, kanak-kanak kecil sehingga 13 jam dan kanak-kanak berumur 3-12 tahun sehingga 12 jam sehari.

 

4: Penyusuan susu ibu

Jika anda mampu untuk menyusukan2 bayi anda, teruskan selama yang boleh. Kita sering mendengar tentang manfaat perlindungan imuniti dari susu ibu dan anda digalakkan untuk menyusukan bayi yang baru lahir. Apa yang kita tidak diberitahu adalah menyusu badan boleh menjadi sangat sukar dan ia tidak mudah untuk semua ibu. Jadi nasihat saya kepada anda adalah untuk terus mencuba dan kekal tabah untuk seberapa lama yang anda boleh, tetapi perlu diingat bahawa penyusuan susu ibu bukanlah penentu utama kepada bayi yang gembira dan sihat! Walaupun ia adalah untuk beberapa hari, bayi anda akan menerima sumber yang kaya dengan antibodi dan sel darah putih yang terdapat dalam susu ibu. Ini amat penting bagi untuk membangunkan sistem imun yang sihat.

 

5: Kebenaran tentang “superfood”

Kalau anda hendak tahu, diet yang sihat diambil melalui pelbagai jenis makanan dan tidak tertumpu kepada satu jenis ‘superfood ajaib’ sahaja. Jadi pastikan anda menawarkan kepada anak-anak anda pelbagai bijirin penuh, daging, ikan, kekacang sebagai tambahan diet kepada buah-buahan dan sayur-sayuran yang dinyatakan di atas. Tidak ada satu makanan tertentu yang akan menghalang anak-anak anda daripada mendapat selesema. Tetapi, anda masih boleh memastikan diet mereka dioptimumkan dan penuh dengan kebaikan nutrisi, yang penting untuk membangunkan sistem imun yang sihat dan kuat.

 

Apa terjadi jika daya tahan tubuh anak lemah
Perkara paling utama yang akan berlaku adalah anak akan sangat mudah diserang penyakit. Dia akan sering batuk, selesema, demam dan sebagainya. Ini sekaligus akan menganggu tumbesaran dan pergaulan anak yang mana jika dia sakit tidak boleh ke sekolah, taman permainan dan sebagainya.

 

 

Untuk mendapatkan produk Asmak bagi meningkatkan sistem imun tubuh badan, klik sini.

 

Sumber: TheAsianParent

Antara Tanda Alahan Bayi Terhadap Susu Formula

Sememangnya, susu ibu adalah makanan terbaik yang sangat bagus untuk anak kecil. Namun, jika ibu memilih susu formula, anda perlu perhatikan juga tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi bagi mengelak sebarang masalah kesihatan pada si kecil. Bukan hanya susu badan saja ibu berhadapan cabaran, tapi menggunakan susu formula juga ada kesukaran yang perlu dilalui si ibu! Contohnya seperti penolakan bayi terhadap botol susu atau alahan yang sering kali dikaitkan dengan susu formula. Jom kenali antara tanda alahan bayi terhadap susu formula.

 

Tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi boleh dilihat dari segi reaksi dan tindak balas anak, kerana setiap bayi mengalami reaksi dan simptom yang berbeza-beza bergantung pada berapa banyak jumlah susu atau produk tenusu yang diberikan. Oleh sebab itu, ibu ayah perlu lebih alert kerana jika tidak disedari, ia boleh membahayakan nyawa si kecil. Biasanya ia dikenali sebagai alahan tenusu atau alahan susu lembu. Selalunya alahan tersebut akan muncul selepas satu minggu susu formula diperkenalkan pada bayi. Walau bagaimanapun tiada ubat yang dapat merawat alahan susu lembu itu tapi ibu hanya boleh mengelakkanya dengan tidak mengambil produk tenusu atau susu lembu.

 

8 tanda bayi terkena alahan susu formula
1. Tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi – Cirit-birit / sembelit

Selepas memberi bayi minum susu lembu, perhatikan sama ada najis si kecil keras, lembut, kental, berubah warna dan lain-lain. Selain itu, tanda alahan juga boleh dikenalpasti apabila bayi berak sembelit atau cair disertai dengan darah. Jika keadaan berterusan tanpa dirawat, si kecil boleh kehilangan berat badan yang optimum sekaligus mengganggu tumbesarannya.

 

2. Tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi – Sakit perut atau kembung

Ibu juga perlu perhatikan jika bayi mengalami sakit perut atau kembung kerana minum susu lembu. Bagi permulaa,n mungkin anda boleh sapu minyak di bahagian perutnya bagi melegakan sedikit ketidakselesaan si kecil. Namun, jika masih tidak surut sebaiknya hentikan memberi susu formula dan terus bawanya berjumpa doktor.

 

Kredit : TheAsianParent

 

3. Muncul bintik merah

Biasanya bintik merah ini muncul apabila bayi terdedah dengan suhu panas atau berpeluh. Namun, ada juga bayi yang mengeluarkan bintik merah kerana alahan terhadap susu lembu.

 

4. Masalah pernafasan

Disebabkan alami gangguan sistem pernafasan maka akan terhasilnya lendir berlebihan hingga membuatkan nafas bayi berbunyi. Ia diiringi dengan simptom bersin, gatal hidung dan mata atau berubah menjadi merah.

 

5. Muntah

Ramai ibu beranggapan bayi muntah itu mungkin terlebih minum susu, bayi tidak biasa dengan susu formula atau kurang suka dengan rasanya. Tapi muntah ini juga boleh jadi disebabkan si kecil tidak selesa atau rasa sesak di bahagian kerongkong.

 

6. Ruam

Ruam juga tanda yang sering dialami bayi yang ada alahan terhadap susu lembu dan jika tidak dirawat dengan cepat ia boleh menyebabkan risiko yang lebih besar seperti ekzema dan asma.

 

7. Batuk

Bayi batuk juga disebabkan alahan terhadap susu lembu yang dimulai dengan suara serak dan kemudian kerap batuk selepas minum susu ini. Oleh sebab itu, ibu tak boleh pandang remeh jika gejala ini muncul.

 

8. Hidung berair

Lihat juga jika bayi alami hidung atau mata berair hingga menimbulkan rasa gatal seolah-olah ingin menggaru di bahagian tersebut. Apapun, segera henti memberi minum susu tersebut dan bawanya berjumpa doktor.

 

Beli susu dalam paket kecil atau boleh juga mohon sampel percuma dari pengeluar susu tersebut. Berikan dulu dengan sukatan kecil sekurang-kurangnya 2 onz. Sentiasa pantau keadaan anak jika mengalami sebarang perubahan. Meskipun ada sesetengah susu tidak memberikan tindak balas dengan cepat namun ia tidak bermakna yang ia selamat seratus peratus kerana ada alahan yang muncul cepat dan ada yang sedikit lewat. Jika semua tindak balas itu muncul seperti yang diterangkan tadi sebaiknya hentikan pemberian susu formula tersebut dengan serta merta.

Usaha dan berdoa semasa mencari susu formula anak yang sesuai agar urusan dipermudahkan olehNya.
Ya, tugas mencari susu formula ini semakin sukar, terutama bila lambakan susu yang terlalu banyak di pasaran. Jadi ibu harus sabar dan memilih susu yang sesuai dengan lebih berhati-hati.

 

Anak anda mempunyai masalah ruam susu, alahan, gatal pada kulit dan ekzema? Jom klik sini.

Sumber:
TheAsianParent

Badan Bayi Miang Akibat Diserang Gegata

Gegata atau biasanya juga dipanggil sopak garam, ludah jin atau kelopak garam akan mendatangkan rasa yang sangat tidak selesa kepada mereka yang mengalaminya. Badan bayi akan menjadi miang akibat diserang gegata. Ia yang juga dipanggil urticaria juga boleh menyerang kanak-kanak dan bayi.

 

Bagi mereka yang mengalaminya, kulit akan terasa sangat miang, apabila digaru, akan kelihatan tompokan besar seperti peta. Ia juga menimbulkan rasa panas pada kulit apabila ia menyerang, disebabkan itu anda perlu tahu sekiranya anak anda mengalaminya kerana mereka akan rasa sangat tidak selesa.

 

Apa itu penyakit gegata?

Apabila ia menyerang, memang sangat tidak selesa. Semakin digaru, ia akan semakin membesar dan mula membengkak. Kulit pula akan rasa panas saja. Daripada satu bintat atau bintik kecil, ia boleh merebak ke satu badan seperti peta. Miangnya memang amat terasa dan sangat membuatkan kita rasa tidak selesa. Memang stres bila terkena serangan gegata ni, dan kasihan bila anak-anak kecil yang kena. Lebih-lebih kagi bayi. Tuhan saja yang tahu seksanya bila diserang gegata.

 

Sopak garam ludah jin

Jika mengikut cerita orang dulu-dulu, mereka yang terkena gegata ini diludah pontianak atau jin kerana lalu di kawasan makluk itu. Ada juga yang memanggilnya sopak garam kerana ia hanya akan hilang apabila disapu dengan garam.

 

Jadi apakah sebenarnya sopak garam atau ludah jin ini?

Selalunya ia kelihatan seperti gigitan nyamuk, tetapi ia juga boleh bertompok dan ia boleh terbentuk di mana-mana sahaja pada badan bayi anda. Ia mungkin berkumpul di satu kawasan, tetapi ia berkemungkinan besar berlaku di keseluruhan badan juga. Benjolan kadang-kadang datang dan hilang dalam masa beberapa jam, tetapi gatal-gatal juga boleh berlarutan selama berminggu-minggu atau lebih lama lagi. Kes gatal-gatal yang ringan mungkin tidak mengganggu bayi anda. Tetapi mereka boleh menyebabkan kegatalan atau kerengsaan. Malah kadang-kadang, mereka disertai dengan gejala yang lebih serius yang memerlukan perhatian perubatan.

 

Apakah yang menyebabkan berlakunya gegata atau hives ini? Antaranya termasuklah:

Bintik merah pada gegata berlaku apabila sel mast dalam aliran darah membebaskan histamin kimia, yang menjadikan saluran darah kecil di bawah kulit bocor. Cecair itu berkumpul di dalam kulit untuk membentuk bintik-bintik dan bekas-bekas besar. Ini boleh berlaku atas beberapa sebab. Tetapi dalam banyak kes puncanya tidak pernah ditemui. Selalunya, gatal-gatal dikaitkan dengan tindak balas alahan, yang boleh membuat kulit yang merah merebak dalam beberapa minit. Alahan biasa termasuklah:

– makanan, terutamanya kerang, kacang tanah dan kacang pokok, susu, dan buah-buahan
– ubat-ubatan (antibiotik) dan suntikan alahan
– haiwan peliharaan dan haiwan lain
– debunga
– gigitan dan sengatan serangga

 

Tanda utama ruam merah yang timbul adalah tanda utama gegata. Ia boleh menyerupai:

– mempunyai pusat pucat
– muncul dalam kelompok (seperti peta)
– menukar bentuk dan lokasi dalam masa beberapa jam
– kecil atau sebesar pinggan makan
– gatal, pedih, atau menyebabkan rasa terbakar

 

Seseorang yang juga mengalami angioedema mungkin mengalami bengkak, kemerahan bertompok, bengkak, atau benjolan besar di sekeliling mata, bibir, tangan, kaki, alat kelamin atau tekak. Gejala lain boleh termasuk loya, muntah, atau sakit perut. Jarang, seseorang yang mengalami gegata dan angioedema juga boleh mendapat kejutan anaphylactic. Tanda-tanda kejutan anaphylactic termasuk masalah pernafasan, penurunan tekanan darah, pening, atau kehilangan kesedaran (pengsan).

 

Gegata ketika hamil

Hormon-hormon semasa mengandung dan kesannya terhadap kulit – semasa mengandung hormon wanita berubah, jadi perubahan hormon juga ada kaitannya dengan kemunculan gegata. Perkara ini juga boleh terjadi kepada wanita dua atau tiga minggu sebelum wanita itu mengetahui yang dia hamil.

 

Cara hilangkan gegata
Dalam kebanyakan kes, gegata ringan tidak memerlukan rawatan dan akan hilang dengan sendirinya. Jika pencetus pasti ditemui, mengelakkannya adalah sebahagian daripada rawatan. Jika gatal-gatal terasa gatal, doktor mungkin mengesyorkan ubat antihistamin untuk menghalang pembebasan histamin dalam aliran darah dan mencegah jerawat.

Untuk gatal-gatal kronik, doktor mungkin mencadangkan preskripsi yang tidak mengantuk atau antihistamin untuk diambil setiap hari. Jika antihistamin tidak mengantuk tidak berkesan, doktor mungkin mencadangkan antihistamin yang lebih kuat, ubat lain atau gabungan ubat. Dalam kes yang jarang berlaku, doktor mungkin menetapkan pil steroid atau cecair untuk merawat sarang kronik. Biasanya ini dilakukan hanya untuk tempoh yang singkat (5 hari hingga 2 minggu) untuk mengelakkan kesan sampingan steroid yang berbahaya.

 

Ubat gegata di farmasi

Rawatan lain seperti ubat montelukast2 dan ubat suntikan omalizumab (kos sangat tinggi). Ubat makan atau suntikan steroid untuk jangka masa pendek bagi kes yang teruk (bengkak bibir, kelopak mata, sesak nafas). Essential oil untuk gegata. Ada yang mencadangkan minyak pati yang sesuai untuk menghilangkan gegata termasuklah, Frankincense dengan Lavender.

 

Air kelapa untuk gegata

Air kelapa terkenal dengan sifatnya yang boleh menyejukkan badan dari dalam. Dengan mengandungi nutrisi-nutrisi penting, ianya mampu memberi kebaikan buat tubuh badan anda. Air kepala boleh dijadikan sebagai air tenaga atau penghidrat alternatif kerana ianya rendah kalori, bebas kolestrol dan lemak serta dapat membantu mencegah penyakit. Jika gegata anda berpunca dari cuaca panas, apa kata cuba kaedah ini. Air kelapa ini diperkaya dengan potasium dan elektrolit untuk membantu mengurangkan suhu dalaman badan serta memberi penghidratan semula. Kulit anda akan bebas dari gegata atau segala jenis ruam jika anda meminum air kelapa ini secara konsisten.

 

Doa hilangkan gegata
Bahan-bahan untuk rawatan:

Daun bidara atau daun sireh – 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
Air suam sebaldi besar (standard).
Surah-Surah yang dibaca:

Selawat Nabi -10 kali.
Al-Fatihah -7x.
Ayatul Kursi -7x.
Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x – utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).

Gegata kronik
Gegata kronik atau Chronic Urticaria biasanya berulang ulang lebih daripada 6 minggu. Bagi kes kes Chronic Urticaria dan tak dapat kenal pasti apa puncanya (tak jumpa punca alahan sama ada makanan/ bahan kimia/dan sebagainya), maka perlu rujuk dengan Pakar Kulit. Ada beberapa ujian perlu dibuat seperti ujian kulit dan darah yang boleh dibuat untuk kenal pasti punca terjadinya Urticaria. Anda perlu mengelak makan/ terdedah kepada punca alahan ialah paling utama.

 

Minyak Herba Asmak 30ml

 

Anak anda pernah mengalami masalah gegata atau miang pada sesetengah bahagian pada anggota badan? Anda juga boleh ikhtiar dengan menyapukan Minyak Herba Asmak pada kawasan yang miang dan terkena gegata. Jom dapatkan sekarang untuk anak anda. Klik disini.

Sumber:

Remaja
BeritaHarian

Info Penting Ibu Bapa Perlu Tahu Antara Sebab Tidur Bayi Terganggu

Ada beberapa punca yang menyebabkan bayi baru lahir enggan tidur. Namun, ibu harus lebih bijak pasang ‘trik’ supaya bayi tidur dengan lebih lama. Pola tidur bayi sememangnya adalah berbeza untuk setiap bayi. Oleh itu, para ibu perlu belajar untuk membezakan di mana bayi akan tidur lebih pada waktu siang, manakala di malam hari pula mereka akan terjaga apabila tiba waktu ‘makan’. Ibu bapa perlu tahu antara sebab tidur bayi terganggu.

Untuk pengetahuan umum, bayi yang baru lahir masih belum dapat membezakan waktu siang dan malam. Mereka juga boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan. Tapi kadangkala, menjaga bayi juga boleh menjadi satu perkara yang begitu mencabar. Pernah tak para ibu mula berasa kusut-masai kerana bayi tak nak tidur malam? Letak dalam katil baby serba tak kena. Masuk dalam buaian pun masih celik mata, ada yang siap ajak bermain-main walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 ke atas. Aduh, anakku! Oleh itu, mungkin para ibu ingin mengetahui apakah cara terbaik untuk betulkan pola tidur bayi anda?

Setiap bayi memiliki keunikan gaya tidur secara tersendiri. Mungkin nampak sama, tapi sebenarnya jam tidur bayi adalah berbeza-beza.

1. Bayi

Pola tidur bayi 0-3 bulan ialah bayi memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 17 jam sehari. Bayi usia empat hingga 11 bulan sebaiknya mendapatkan tidur selama 12 hingga 16 jam sehari.

2. Kanak-kanak

Kanak-kanak yang mencapai usia dua tahun harus memiliki pola tidur yang teratur iaitu antara 11 hingga 14 jam sehari termasuk tidur siang.

 

3. Pra-sekolah

Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas, jam tidurnya sedikit berkurang kerana pelbagai aktiviti yang mereka lakukan seperti pergi sekolah, mengaji Al-Quran, bermain dan lain-lain. Setidaknya mereka harus mendapatkan tidur antara 10 hingga 13 jam sehari termasuk tidur di waktu petang. Mereka perlu mendapatkan waktu tidur yang konsisten supaya tetap bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti keesokannya. Para ibu ayah perlu mengetahui bahawa bayi berusia sembilan hingga 12 bulan akan tidur lebih panjang. Oleh itu, banyak sikit masa untuk para ibu ‘bersendirian’ dan melakukan kerja-kerja rumah yang tertangguh ketika bayi sedang tidur. Namun begitu, jangan bimbang jika mereka tetap bangun malam untuk beberapa kali, kemudian disusuli teriakan dan tangisan malam yang sangat dasyat hingga menganggu tidur malam ibu dan ayah. Kalau perkara ini terjadi, bersabar sahajalah ya!

 

 

Mengatur Pola Tidur Bayi
Menurut pakar, kemungkinan besar bayi tidak akan tidur dalam waktu yang panjang. Bahkan, mereka hanya akan tidur satu hingga tiga jam dalam beberapa bulan pertama. Apatah lagi, bayi baru lahir juga akan kerap bangun malam untuk menyusu. Namun, aktiviti itu akan terhenti setelah mencapai usia tiga bulan. Bermula dari situ, ibu bapa boleh mengatur pola tidur bayi setiap malam. Dengan mengatur jadual pola tidur bayi ini, ia dapat membantu si kecil cepat mengantuk dan tidur lebih lama. Namun, diingatkan bahawa setiap bayi berbeza waktu tidurnya. Bahkan waktu tidur yang ideal untuk anak-anak adalah tidak sama untuk setiap kelurga. Mungkin cara tersebut boleh digunakan pada bayi anda tapi kemungkinan ia tak memberi kesan pada bayi yang lain. Lain bayi, lain pola tidur mereka ya.

Sebab Bayi Kerap Bangun & Tidur Terganggu

– Mula tumbuh gigi dan rasa kurang selesa
– Perut kembung atau sakit perut
– Tempat tidur yang kurang selesa
– Bertukar tempat tidur
– Keadaan dan suasana ruang tidur banyak nyamuk
– Bunyi bising

 

Cara Mengatasi

Sebelum tidur mandikan bayi dengan air hangat. Menggantikan pakaian si kecil. Menyanyikan lagu sambil berpelukan di tempat tidur. Sediakan ruang tidur yang selesa. Dapatkan spray atau ubat nyamuk. Tutup tv dan lampu supaya keadaan lebih tenang semasa tidur.

Berapa Kali Bayi Bangun Menyusu Pada Tengah Malam?
Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Bayi yang menyusu setiap dua jam sekali itu adalah normal. Kekerapan itu juga akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi. Walau bagaimanapun, menjelang usia mereka dua bulan, kekerapan itu akan berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Ataupun, para ibu hanya perlu menyusukan mereka mengikut ‘demand’ atau permintaan. Yang penting jangan beri mereka kelaparan. Jangan sesekali anda membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam, terutamanya pada waktu malam!

Para ibu perlu mengetahui bahawa waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusukan bayi dengan kerap bagi merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak. Pada waktu tersebut juga hormon prolaktin berada pada tahap paling tinggi. Penyusuan di waktu malam juga dipercayai dapat merangsang mekanisme biologikal bayi, di mana bayi yang menyusu badan lebih kerap terjaga untuk menyusu. Data National Health and Medical Research Council Australia menunjukkan bahawa tidak menyusu pada waktu malam mampu meningkatkan risiko SIDS pada bayi sebanyak 56%. Selagi bayi anda mempunyai berat badan yang sihat, para ibu tak perlu risau. Berilah bayi penyusuan pada waktu malam sesuai dengan kehendak mereka. Walaupun meletihkan, ada banyak manfaatnya buat bayi.

Semoga bermanfaat.

Jom amalkan MilkBooster semulajadi untuk tambah susu badan. Klik sini.

 

Sumber: TheAsianParent

Shopping cart close