Skip to main content
search
0

Seperti yang anda dengar dari telinga ke telinga, masalah umum yang dialami ibu-ibu setelah melahirkan, adalah bayi yang sukar tidur terutama di malam hari. Umumnya, terdapat beberapa keadaan yang melibatkan masalah tidur malam kanak-kanak atau bayi. Ia boleh diatasi dengan melakukan penyesuaian rutin waktu tidur mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat juga gangguan tidur yang memerlukan perhatian khusus serta rawatan profesional. Ini bagi mengetahui langkah mengatasi masalah yang dialami.

Selain itu, ada juga beberapa penyebab yang boleh membuatkan si Kecil sukar tidur pada waktu malam. Antara punca-puncanya ialah:

  1. Demam

Demam juga boleh menjadi punca bayi anda sukar tidur malam. Hal ini kerana, bayi anda akan berasa tidak selesa dan tidak tenang untuk tidur. Ibu-ibu juga boleh ikhtiar menggunakan penampal untuk meredakan demam seperti Coolfever atau sewaktu dengannya.

Yang penting, bawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya sekiranya demam anak anda tidak kebah.

  1. Tumbuh gigi

Bayi yang hendak tumbuh gigi akan sentiasa merengek dan menangis kerana mereka tidak rasa selesa.Ibu perlu banyak bersabar dengan karenah anak ketika itu. Selain itu, ibu-ibu boleh cuba menenangkan bayi anda dengan cara menekan-nekan gusi anak secara perlahan.

Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih ya !

  1. Kembung perut

Sama seperti orang dewasa, bayi juga akan rasa tidak selesa jika sakit perut atau kembung perut. Solusinya, ibu-ibu boleh cuba sapu minyak pada bahagian perut dan belakang bayi untuk melegakan kesakitan mereka.

Ibu-ibu juga boleh cuba urutan I Love You pada bahagian perut dan belakang anak anda. Hal ini dapat bantu mengurangkan masalah sakit perut atau kembung perut yang anak anda alami.

  1. Berubah tempat tidur

Bayi sangat peka dengan perubahan sekelilingnya. Jadi sekiranya anak anda sukar tidur malam oleh kerana perubahan tempat tidur, ibu-ibu perlu banyak bersabar dan dodoikan mereka dengan penuh kasih sayang untuk membuatkan bayi anda selesa dan tidur lebih lama.

 

bayi sukar tidur malam

Credit: zuriat.com

Tahukah anda? Kebiasannya kanak-kanak boleh melelapkan mata dalam tempoh 20 minit setelah berada di tempat tidur. Tetapi ada juga anak yang kerap mengalami masalah untuk tidur, kekal tidur atau sukar untuk melelapkan mata kembali setelah terjaga. Jika ia kerap berlaku, anak anda mungkin mengalami insomnia. Ia bukan masalah serius. Namun, keadaan itu boleh mengakibatkan anak letih dan mudah terganggu emosi keesokan harinya.

Kesimpulannya, tidur adalah keperluan mutlak untuk semua individu, terutamanya bagi anak kecil. Mereka memerlukan tidur cukup dan berkualiti untuk tumbesaran, pembelajaran dan mengekalkan fungsi tubuh pada tahap yang terbaik.

Jika anda mengalami masalah bayi sukar tidur, boleh dapatkan petua tidurkan bayi dengan klik di sini.

Kredit:

  1. Hellodoktor
  2. theasianparent
  3. momqhalif
Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

One Comment

Leave a Reply

Close Menu