Artikal 1: Ini Punca Kenapa Bayi Anda Sukar Tidur Malam

Seperti yang anda dengar dari telinga ke telinga, masalah umum yang dialami ibu-ibu setelah melahirkan, adalah bayi yang sukar tidur terutama di malam hari. Umumnya, terdapat beberapa keadaan yang melibatkan masalah tidur malam kanak-kanak atau bayi. Ia boleh diatasi dengan melakukan penyesuaian rutin waktu tidur mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat juga gangguan tidur yang memerlukan perhatian khusus serta rawatan profesional. Ini bagi mengetahui langkah mengatasi masalah yang dialami.

Selain itu, ada juga beberapa penyebab yang boleh membuatkan si Kecil sukar tidur pada waktu malam. Antara punca-puncanya ialah:

  1. Demam

Demam juga boleh menjadi punca bayi anda sukar tidur malam. Hal ini kerana, bayi anda akan berasa tidak selesa dan tidak tenang untuk tidur. Ibu-ibu juga boleh ikhtiar menggunakan penampal untuk meredakan demam seperti Coolfever atau sewaktu dengannya.

Yang penting, bawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya sekiranya demam anak anda tidak kebah.

  1. Tumbuh gigi

Bayi yang hendak tumbuh gigi akan sentiasa merengek dan menangis kerana mereka tidak rasa selesa.Ibu perlu banyak bersabar dengan karenah anak ketika itu. Selain itu, ibu-ibu boleh cuba menenangkan bayi anda dengan cara menekan-nekan gusi anak secara perlahan.

Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih ya !

  1. Kembung perut

Sama seperti orang dewasa, bayi juga akan rasa tidak selesa jika sakit perut atau kembung perut. Solusinya, ibu-ibu boleh cuba sapu minyak pada bahagian perut dan belakang bayi untuk melegakan kesakitan mereka.

Ibu-ibu juga boleh cuba urutan I Love You pada bahagian perut dan belakang anak anda. Hal ini dapat bantu mengurangkan masalah sakit perut atau kembung perut yang anak anda alami.

  1. Berubah tempat tidur

Bayi sangat peka dengan perubahan sekelilingnya. Jadi sekiranya anak anda sukar tidur malam oleh kerana perubahan tempat tidur, ibu-ibu perlu banyak bersabar dan dodoikan mereka dengan penuh kasih sayang untuk membuatkan bayi anda selesa dan tidur lebih lama.

 

bayi sukar tidur malam

Credit: zuriat.com

Tahukah anda? Kebiasannya kanak-kanak boleh melelapkan mata dalam tempoh 20 minit setelah berada di tempat tidur. Tetapi ada juga anak yang kerap mengalami masalah untuk tidur, kekal tidur atau sukar untuk melelapkan mata kembali setelah terjaga. Jika ia kerap berlaku, anak anda mungkin mengalami insomnia. Ia bukan masalah serius. Namun, keadaan itu boleh mengakibatkan anak letih dan mudah terganggu emosi keesokan harinya.

Kesimpulannya, tidur adalah keperluan mutlak untuk semua individu, terutamanya bagi anak kecil. Mereka memerlukan tidur cukup dan berkualiti untuk tumbesaran, pembelajaran dan mengekalkan fungsi tubuh pada tahap yang terbaik.

Jika anda mengalami masalah bayi sukar tidur, boleh dapatkan petua tidurkan bayi dengan klik di sini.

Kredit:

  1. Hellodoktor
  2. theasianparent
  3. momqhalif

Artikel 2: 5 Petua Untuk Ibu Yang Sukar Tidurkan Bayi.

Tahukah anda? Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan individu itu mengalami kesukaran untuk tidur dan cenderung untuk berjaga sepanjang malam. Golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada keadaan ini dan kebiasaannya mereka akan mudah terjaga daripada tidur yang hanya sebentar sahaja.

 

Credit: Liputan6.com

Insomnia boleh diklasifikasikan kepada jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Selain itu, ia juga boleh dikelaskan mengikut keterukan dan kekerapan kondisi ini berlaku. Insomnia jangka masa pendek selalunya berlaku dalam tempoh beberapa hari ke beberapa minggu dan akan hilang dengan sendirinya. Manakala, insomnia jangka masa panjang pula akan berlarutan sehingga beberapa bulan atau lebih lama.

Ini adalah petua yang boleh ibu-ibu lakukakn sekiranya anak anda sukar untuk tidur pada waktu malam atau insomnia:

  1. Bangunkan bayi pada waktu ibu biasa terjaga.

Biasanya ibu-ibu akan bangun pada waktu pagi untuk memulakan aktiviti seharian. Jadi jangan biarkan bayi anda bangun lambat, walaupun malam tadi bayi anda sudah berjaga sampai ke pagi. Kejutkan bayi. Lakukan beberapa aktiviti dengan si manja bermula dari masa anak anda bangun sehingga petang.Jika ibu-ibu membiarkan bayi anda tidur waktu pagi, ini akan menyukarkan ibu pada belah malam nanti.

  1. Mandikan bayi.

Selepas beberapa minit bangunkan bayi anda, mandikan bayi dengan menggunakan air yang bersih. Ini akan membantu bayi anda rasa segar. Selain itu, ia juga membantu bayi anda rasa lebih selesa. Jangan lupa pakaikan pakaian siang supaya bayi tidak kepanasan.

  1. Bermain dengan bayi. 

Bermainlah dengan bayi sekerap yang mungkin pada waktu siang, walaupun bayi sedang tidur nyenyak. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan anatara bayi dengan ibu. Selain itu, ini juga dapat membantu tumbesaran bayi anda. Selepas itu, menyusulah ikut jadual seperti biasa.

  1. Suasana bising dan terang.

Buka langsir dan buatlah kerja-kerja biasa ibu-ibu buat. Buka TV atau radio, tidak mengapa jika bising.Hal ini dapat melatih bayi tidur dengan nyenyak dan tidak mudah terjaga apabila terdengar bunyi.

Kebiasaan bayi sekarang tidak diajar tidur dalam keadaan bising dan terang. Hal ini, menyebabkan bayi selalu terjaga dan terus menangis kerana tidur mereka terganggu.

  1. Aktiviti malam hari.

Pada sebelah malam, elakkan bermain dengan bayi. Tutup lampu yang telah dibuka. Gunakan pencahayaan yang sedikit. Ibu-ibu juga harus bertenang dan senyap. Bergerak dan cakap secara perlahan-lahan.

 

Untuk tips tambahan, ibu juga boleh menggunakan cara-cara seperti mandikan bayi anda dengan air suam serta lapkan dengan menggunakan kain yang bersih. Seterusnya, buat urutan i love you dibahagian perut dan belakang badan bayi untuk membantu bayi anda lebih relax dan tenang untuk tidur.

Akhir sekali, ibu-ibu perlulah banyak bersabar dalam membesarkan hal anak-anak. Elakkan daripada stres yang melampau. Hal ini akan menyebabkan kesihatan anda terjejas.

Jika anda mengalami masalah bayi sukar tidur yang sama, boleh klik link di sini. 

 

Kredit:

  1. https://www.momqhalif.com/mama-penat-baby-sepanjang-malam-tak-tidur-apa-perlu-dilakukan/
  2. https://my.theasianparent.com/bayi-susah-tidur
  3. 3. https://www.majalahpama.my/anak-anda-sukar-tidur-malam-mungkin-mereka-tergolong-dalam-golongan-kanak-kanak-insomnia/amp/

Bertangas – Rawatan Berpantang Selepas Bersalin Untuk Penjagaan Miss V

Amalan bertangas sebenarnya mempunyai fungsi yang hampir sama seperti bersauna atau mandi wap yang disediakan di kebanyakan spa. Bahkan ia antara penjagaan berpantang selepas bersalin tradisional yang masih diamalkan sehingga kini. Namun, apa kebaikannya pada bahagian miss V?

 

Selepas bersalin, badan wanita memerlukan tempoh yang panjang untuk betul-betul pulih. Atas sebab ini, orang zaman dulu-dulu sangat menitik beratkan rawatan selepas bersalin. Mereka mempunyai rutin yang ketat bagi memastikan badan kembali pulih seperti sedia kala. Mereka akan cuba semua rawatan berpantang yang ada termasuk bertangas selepas bersalin, pilis mahupun urutan badan.

 

Amalan bertangas masih menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai lagi rawatan moden yang ditawarkan untuk golongan hawa. Jika anda bakal melahirkan anak tidak lama lagi, anda boleh mula menempah rawatan bertangas selepas bersalin nanti. Malah, rawatan bertangas juga kian popular di kalangan orang Barat dengan rawatan kecantikan vaginal steaming yang dikatakan dapat memulihkan kesihatan miss V selain mengetatkan kembali faraj.

 

Apa itu bertangas selepas bersalin?

Amalan bertangas sebenarnya mempunyai fungsi yang hampir sama seperti bersauna atau mandi wap yang disediakan di kebanyakan spa. Selalunya, bertangas akan dilalukan selepas bersalin atau selepas habis haid.

 

Bertangas juga tidak terhad kepada wanita sudah berkahwin sahaja kerana bertangas mampu membantu proses pembakaran lemak selain membantu mewangian badan dan mengeluarkan peluh.

 

Dahulu rawatan bertangas dilakukan secara duduk di atas ramuan rebusan herba, kini rawatan itu diperbaharui dengan kain disediakan untuk menyelubungi tubuh sambil duduk di bawah rebusan herba.

 

Khasiat bertangas selepas bersalin

Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan.

 

Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse). Dengan mengamalkan tangas, pengamal boleh merasakan khasiat dan perubahan seawal 2 kali rawatan.

 

Amaran! Wanita mengandung adalah ditegas dari melakukan rawatan ini.

 

  1. 1. Wanita sudah berkahwin dan anak dara: Sebaiknya dilakukan selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan terbaik. Ia bertindak untuk nerawat keputihan dan bau, menegangkan kulit, mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim, serta mengelakkan rahim jatuh dan keluar tombong.

 

  1. Wanita Berpantang: Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari. Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang.

 

Manfaat bertangas adalah agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).

 

3. Wanita Berusia: Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu. Ia bagus untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monopos atau yang telah monopos. Malah ia juga membantu menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.

 

“Inginkan info lanjut berkaitan artikel diatas boleh klik link ini.”

 

Sumber:

Harian Metro

Shopping cart close