Amalan bertangas sebenarnya mempunyai fungsi yang hampir sama seperti bersauna atau mandi wap yang disediakan di kebanyakan spa. Bahkan ia antara penjagaan berpantang selepas bersalin tradisional yang masih diamalkan sehingga kini. Namun, apa kebaikannya pada bahagian miss V?
Selepas bersalin, badan wanita memerlukan tempoh yang panjang untuk betul-betul pulih. Atas sebab ini, orang zaman dulu-dulu sangat menitik beratkan rawatan selepas bersalin. Mereka mempunyai rutin yang ketat bagi memastikan badan kembali pulih seperti sedia kala. Mereka akan cuba semua rawatan berpantang yang ada termasuk bertangas selepas bersalin, pilis mahupun urutan badan.
Amalan bertangas masih menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai lagi rawatan moden yang ditawarkan untuk golongan hawa. Jika anda bakal melahirkan anak tidak lama lagi, anda boleh mula menempah rawatan bertangas selepas bersalin nanti. Malah, rawatan bertangas juga kian popular di kalangan orang Barat dengan rawatan kecantikan vaginal steaming yang dikatakan dapat memulihkan kesihatan miss V selain mengetatkan kembali faraj.
Apa itu bertangas selepas bersalin?
Amalan bertangas sebenarnya mempunyai fungsi yang hampir sama seperti bersauna atau mandi wap yang disediakan di kebanyakan spa. Selalunya, bertangas akan dilalukan selepas bersalin atau selepas habis haid.
Bertangas juga tidak terhad kepada wanita sudah berkahwin sahaja kerana bertangas mampu membantu proses pembakaran lemak selain membantu mewangian badan dan mengeluarkan peluh.
Dahulu rawatan bertangas dilakukan secara duduk di atas ramuan rebusan herba, kini rawatan itu diperbaharui dengan kain disediakan untuk menyelubungi tubuh sambil duduk di bawah rebusan herba.
Khasiat bertangas selepas bersalin
Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan.
Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse). Dengan mengamalkan tangas, pengamal boleh merasakan khasiat dan perubahan seawal 2 kali rawatan.
Amaran! Wanita mengandung adalah ditegas dari melakukan rawatan ini.
- 1. Wanita sudah berkahwin dan anak dara: Sebaiknya dilakukan selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan terbaik. Ia bertindak untuk nerawat keputihan dan bau, menegangkan kulit, mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim, serta mengelakkan rahim jatuh dan keluar tombong.
- Wanita Berpantang: Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari. Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang.
Manfaat bertangas adalah agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).
3. Wanita Berusia: Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu. Ia bagus untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monopos atau yang telah monopos. Malah ia juga membantu menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.
“Inginkan info lanjut berkaitan artikel diatas boleh klik link ini.”
Sumber:
Harian Metro