Tumit kaki yang merekah bukan sahaja menjejaskan penampilan kaki, tetapi membuatkan kaki kering, kasar serta menggelupas. Kadang-kadang rasa sakit. Nak berjalan pun rasa tak selesa. Malah, ada juga yang menganggap masalah tumit merekah hanya berlaku kepada individu yang sudah berusia dan apabila dialami oleh golongan muda, mereka dilihat tua sebelum waktunya.
Antara petanda awal masalah tumit merekah adalah akan lihat kawasan kulit yang kering dan menebal. Ia dikenali sebagai callouse. Semasa anda berjalan, lapisan lemak di bawah tumit akan lebih mengembang dan boleh menyebabkannya bertambah parah.
Menurut pakar, ada banyak sebab yang boleh menjadi punca tumit kaki merekah dan kering. Antaranya ialah:
- Berat badan yang perlu ditanggung oleh kaki ketika kita berjalan akan memberi tekanan kepada bahagian ini yang dipercayai menyebabkan tumit merekah. Ia biasanya berlaku pada individu yang banyak berdiri atau berjalan dalam jangka masa lama
- Berjalan kaki tanpa alas atau kasut.
- Gunakan sabun yang sesuai dan bersifat lembut untuk membersihkan kaki. Menggunakan sabun yang mengeringkan kulit akan menyebabkan masalah ini semakin susah untuk dirawat
- Elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau yang tidak selesa. Memakai kasut yang terbuka juga akan mendedahkan kaki kita kepada cuaca yang panas juga menyebabkan kaki mudah kering dan merekah.
- Antara faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah itu adalah tidak melembapkan kaki secara tetap, mandi air panas terlalu lama hingga menghilangkan kelembapan semula jadi kulit.
Masalah tumit merekah ini boleh dirawat sendiri dengan menggunakan bahan yang ada di rumah.
1.Skrub kaki anda
Kulit di sekitar tumit yang retak selalunya lebih tebal dan kering berbanding di bahagian anggota badan lain.Dengan merendam dan menyental kaki anda, kaedah ini mampu memberikan hasil kulit yang lebih halus dan licin.
Cara-cara melakukannya:
- Basahkah kawasan kaki anda menggunakan air suam selama 20 minit.
- Gunakan loofah atau foot scrubber untuk menghilangkan kulit yang keras dan tebal.
- Tepuk perlahan-lahan kaki anda dengan kain yang bersih untuk mengeringkannya.
- Sapukan pelembap kulit pada kawasan yang ingin dirawat.
- Pakai stoking untuk elak daripada meninggalkan kesan kaki pada lantai rumah.
2.Pelembap kulit/losyen
Rawatan pertama untuk masalah ini adalah dengan menggunakan losyen badan atau pelembap yang dikhususkan pada kawasan tumit. Sebaiknya, pilih losyen yang bersumber daripada bahan organik, tidak terlalu wangi atau kuat bahan kimianya.
Madu mampu berfungsi sebagai ubat semula jadi dalam merawat masalah kulit tumit merekah. Menurut kajian, madu dikatakan mempunyai sifat antimikroba dan antibakteria. Penyelidikan juga menunjukkan madu dapat membantu dalam menyembuhkan dan membersihkan luka, serta melembapkan kulit.
- Minyak kelapa
Minyak kelapa juga sering disyorkan untuk merawat masalah kulit kering seperti ekzema, dan psoriasis.Ia dapat membantu kulit anda mengekalkan kelembapan.Sifat antiradang dan antimikroba yang terkandung dalam minyak ini juga dapat memulihkan tumit daripada mengalami pendarahan mahupun jangkitan.
Penjagaan kaki yang betul melambangkan tahap kebersihan seseorang itu, khususnya wanita. Amat penting untuk mempunyai kaki yang bersih dan cantik kerana kaki yang sakit hanya menyukarkan pergerakan serta menjejaskan aktiviti harian.
Sekiranya anda mengalami masalah tumit merekah,anda boleh cuba Minyak Herba Asmak atau Asmak Baby Care Lotion.
Kredit