Skip to main content
search
0

Digigit serangga merupakan perkara yang biasa terjadi dalam kehidupan seharian kita dan kebanyakan orang menunjukkan reaksi yang berbeza apabila perkara ini berlaku. Serangga biasanya menggigit, menyengat, atau mengeluarkan racun yang digunakan sebagai pertahanan. Gejala seperti reaksi alergi atau keradangan kulit merupakan satu bentuk respon dari kulit tubuh apabila melakukan kontak dengan serangga, sama ada dalam bentuk liur, bulu atau gigitan dari serangga tersebut. Jom ketahui 6 jenis serangga “berbahaya” ini.

Dengan ketahui 6 jenis serangga “berbahaya” serta jenis gigitan serangga, risiko seperti silap mengambil ubat dapat dielakkan. Beberapa jenis gigitan serangga yang sering berlaku di rumah kita ialah:

1. Kutu

Kutu biasanya menghisap darah ‘perumahnya’ untuk makanan. Pada badan manusia biasanya kutu berumah di rambut. Namun dalam kes rumit, kutu dari haiwan seperti kucing boleh memberikan kesan lebih buruk. Ciri-ciri utamanya ialah berwarna merah dan gatal yang dikelilingi bentuk lingkaran di sekitarnya. Rasa gatal dan tidak selesa akan muncul setelah kutu menggigit

Jika tidak ditangani, gigitan menyebabkan radang kulit kemerahan menjadi lebih rumit seperti masalah kulit dan masuk ke dalam darah. Maka kemungkinan dialami termasuk serangan dermatitis, eritema, pulicosis, brucellosis, ensefalitis dan salmonellosis.

2. Lalat
Lalat tidak menghurung makanan semata-mata, sebaliknya ada jenis lalat menggigit dan aktif menyebarkan penyakit. Contohnya lalat pasir phlebotomine biasa ditemui di Eropah, menyebarkan parasit Leishmania. Bentuk yang paling umum implikasi lalat itu ialah leishmaniasis kutaneus, yang menyebabkan luka pada kulit. Dalam kes lebih rumit, jangkitan kuman pada organ dalaman biasanya limpa, hati, dan tulang sum sum (leisymaniasis visera).

ketahui 6 jenis serangga “berbahaya”Kredit: hhrjournal.org


3. Nyamuk
Gigitan nyamuk yang biasa hanya menyebabkan gatal. Namun, ada gigitan spesies keluarga serangga ini boleh menyebarkan penyakit serius seperti virus Zika, demam Nil Barat, malaria, demam kuning dan demam denggi berdarah.

 4. Semut

Semut kecil saja tetapi ada spesies yang agresif seperti semut api dan kerengga yang mula mengatur serangan apabila sarangnya terganggu. Dalam kategori sengatan berbahaya, semut api paling menyakitkan kerana ia beberapa kali menyuntikkan racun yang disebut solenopsin.

5. Lebah

Ketika menyengat, lebah akan meninggalkan sengat yang mengandungi racun terlekat pada kulit. Jika sengatan itu tidak segera dicabut, makin banyak racun akan dilepaskan dan komplikasi menjadi lebih buruk.

 

6.Tebuan

Seperti lebah, sengatan tebuan juga mengandung racun. Berbeza dengan lebah yang hanya menyengat sekali, tebuan boleh menyengat beberapa kali dalam setiap serangan. Kesan serangan tebuan lebih buruk berbanding lebah dan ada kala serangan teruk boleh membawa maut.

Sebagai langkah pencegahan awal, elakkan diri dari berada di tempat yang berisiko sarang serangga berbisa seperti semak-samun dan hutan, bangunan lama dan tempat gelap serta kawasan tanah lembap dan kayu buruk. Selain itu, elakkan mendedahkan bahagian tubuh. Pakaian seperti seluar panjang, baju berlengan panjang dan berkasut amat digalakkan semasa melawat kawasan berisiko. Pakaian bewarna-warni  serta memakai bau-bauan boleh menarik perhatian serangga, jadi lebih baik elakkan.

Kredit:

hmetro
alodokter
halodoc

 

 

 

 

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu