Skip to main content
search
0

Ruam susu biasanya terjadi akibat kulit sensitif bayi yang terkena protein dalam susu (biasanya susu formula). Tapi ia juga boleh terjadi pada bayi yang hanya minum susu ibu. Ianya bukan disebabkan alahan terhadap susu ibu kerana ia tidak logik seorang bayi boleh alergik kepada susu ibu kerana itu adalah makanan dan minuman terbaik yang Tuhan jadikan untuknya.

Apabila ruam susu terjadi kepada bayi yang menyusu badan secara sepenuhnya, ada kemungkinan bayi tersebut alahan terhadap protein daripada makanan yang diambil oleh si ibu, jadi ibu harus berhati-hati memilih jenis makanan kerana ia akan menyebabkan anak anda berisiko tinggi terkena ruam susu ini. Tambahan pula,  kebiasaannya ruam ini akan menjadi kemerah-merahan di kawasan hidung, pipi dan dagu bayi. Namun, ianya boleh juga terjadi di bahagian yang tidak terkena susu seperti dahi, leher, siku, lutut malah kawasan kemaluan bayii. Ini adalah 5 cara yang boleh anda gunakan untuk mengelak ruam susu berlaku kepada bayi anda. Jom sama-sama kita bincangkan 5 cara elakkan ruam susu di bawah.

  1. Sapukan pelembap yang sesuai untuk bayi anda selepas mandi

Sapuan pelembap yang khusus untuk bayi anda adalah sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit bayi agar tidak kering dan sentiasa dalam keadaan sihat. Selain itu, ibu juga boleh pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang pemilihan pelembab yang terbaik untuk kulit si manja anda. Selain dari itu, anda juga boleh dapatkan pelembap dari farmasi atau drug store berdekatan anda.

  1. Gunakan sabun mandi yang mesra bayi

Sebelum membeli sesuatu sabun, ibu perlu bijak berfikir dengan membaca isi kandungan yang ada dalam sabun tersebut. Ibu boleh menggunakan sabun yang mempunyai pH yang neutral untuk bayi anda dan tidak mengandungi sebarang pewangi. Pastikan sabun tersebut mengandungi pelembab juga ya ! Anda juga boleh menggunakan sabun mandi Asmak Baby Wash kerana ia sangat jimat dan tahan lama. Ia juga boleh dipakai dari kepala hingga ke hujung jari kaki anak anda.

  1. Mandikan bayi dengan menggunakan air suam yang bersih

Mandikan bayi anda sebanyak 2 kali sehari dengan waktu yang maksimum 10 minit sahaja. Gunakan air suam yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk untuk mengelakkan sebarang kekeringan berlaku. Sekiranya air mandi masih hangat atau panas, tunggu dahulu beberapa minit. Pastikan semak suhu dahulu sebelum mandikan si manja anda ye !

  1. Berikan pakaian yang sesuai pada bayi

Elakkan pakaian yang terlalu ketat, tebal, dan diperbuat dari kain yang kasar untuk menghindari peluh. Pemilihan fabrik kain pun sangat penting untuk mengelakkan ruam susu berlaku. Gunakan pakaian yang selesa dan lembut agar tidak berlaku geseran pada kulit bayi anda. Kulit bayi sangat mudah luka, jadi ibu perlu lebih berhati-hati.

  1. Hindari makanan yang akan menyebabkan alergi

Ibu boleh menggunakan kaedah try & error untuk melihat samada makanan tersebut selamat atau tidak untuk bayi anda. Jika makanan tersebut menyebabkan ruam terjadi, ibu-ibu segeralah berhenti dan boleh mencuba makanan yang berkhasiat lain. Contohnya seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan bayi yang berkhasiat.

Akhir sekali, sekiranya anak anda mengalami ruam susu yang kronik, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada mereka. Cegah sebelum ia menjadi lebih parah. Semoga 5 cara elakkan ruam susu ini dapat membantu para ibu yang mengalami masalah ruam ini.

Jika anak anda mengalami masalah ruam susu seperti di atas, boleh tekan link untuk maklumat lebih lanjut.

 

Kredit:

  1. Asian parent

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu