Ketahui 6 Simptom Kencing Kotor Yang Dialami Oleh Seseorang Terutamanya Wanita

Jangkitan saluran kencing ataupun urinary tract infection (UTI) merupakan sejenis jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam sistem urinari. Ini termasuklah pada bahagian buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra. Kebanyakan UTI berlaku pada bawah saluran urinari iaitu pada bahagian uretra dan juga pundi kencing. UTI jenis ini turut dikenali dengan nama cystitis.Cystitis merupakan kondisi yang berlaku apabila pundi kencing mengalami jangkitan yang menyebabkan rasa sakit atau pedih pada bahagian bawah abdomen.

Untuk pengetahuan anda, wanita lebih berisiko untuk mengalami UTI 30 kali ganda berbanding lelaki. Malah, 4 daripada 10 wanita yang alami UTI akan mendapat jangkitan kedua dalam masa 6 bulan seterusnya. Antara simptom kencing kotor yang dialami oleh seseorang ialah:

  1. Rasa terdesak untuk membuang air kecil

Salah satu simptom UTI ialah rasa terdesak untuk membuang air kecil. Pesakit akan rasa ingin membuang air secara tiba-tiba dan sukar untuk menahan kencing. Keadaan ini bukan sahaja akan membuatkan anda rasa tidak selesa, malah ia boleh mengganggu aktiviti harian. Langkah yang terbaik untuk menangani kondisi ini adalah dengan merawat punca UTI yang pesakit alami.

  1. Rasa sakit ketika membuang air kecil

Rasa sakit ketika membuang air kecil merupakan satu tanda kencing kotor yang amat merisaukan. Ia akan membuatkan pesakit rasa menderita dan tidak selesa ketika membuang air kecil. Rasa pedih yang berlaku adalah disebabkan oleh pertumbuhan bakteria yang menyebabkan urin menjadi asidik. Oleh sebab itu, apabila urin keluar, ia akan menyebabkan pesakit rasa sakit dan pedih.

  1. Buang air dengan jumlah yang sedikit

Jika anda terpaksa meneran untuk membuang air ataupun hanya mengeluarkan urin yang sedikit setiap kali anda ke tandas, ini mungkin merupakan tanda anda mengalami jangkitan saluran kencing. Walaupun begitu, ada banyak sebab yang mungkin menjadi punca anda alami masalah ini. Antaranya ialah dehidrasi, jangkitan ataupun terdapatnya halangan pada saluran urin.

  1. Air kencing berwarna keruh

Semua orang tidak terlepas daripada mengalami perubahan warna air kencing. Malah, ia merupakan sesuatu yang lazim berlaku dan mungkin berpunca daripada pola pemakanan anda. Air kencing juga boleh menjadi keruh jika anda mengalami dehidrasi. Walau bagaimanapun, perubahan ini juga boleh berlaku disebabkan masalah kesihatan. Sebagai contoh, air kencing yang berwarna keruh selalunya menandakan jangkitan pada kawasan pundi kencing, uretra atau buah pinggang.

  1. Darah di dalam air kencing

Darah di dalam urin atau turut dikenali sebagai hematuria mungkin merupakan tanda penyakit yang lebih serius. Walaupun hematuria lazimnya tidak berbahaya, penting untuk anda bertemu dengan doktor bagi menentukan punca sebenar pendarahan. Individu yang mengalami hematuria selalunya akan menghasilkan air kencing yang berwarna merah jambu, merah ataupun coklat. Walaupun ada darah di dalam air kencing, selalunya pesakit tidak akan rasa apa-apa ketika membuang air.

  1. Sakit pelvis disebabkan jangkitan saluran kencing

Wanita yang mengalami sakit pelvis, terutamanya pada kawasan tengah pelvis dan sekitar pangkal paha perlu lebih berhati-hati. Rasa sakit ini mungkin merupakan salah satu simptom kencing kotor, lebih-lebih lagi jika anda alami sakit belakang dan sering bangun malam untuk membuang air. Selain itu, jangkitan buah pinggang akan menyebabkan pesakit alami sakit belakang. Ia juga boleh menyebabkan anda rasa loya dan muntah-muntah.

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah sakit perut, anda boleh cuba Minyak Herba Asmak, klik disini.

Kredit

  1. hellodoktor

 

 

Ini adalah 5 cara yang boleh ibu amalkan untuk mengelakkan ruam susu

Ruam susu biasanya terjadi akibat kulit sensitif bayi yang terkena protein dalam susu (biasanya susu formula). Tapi ia juga boleh terjadi pada bayi yang hanya minum susu ibu. Ianya bukan disebabkan alahan terhadap susu ibu kerana ia tidak logik seorang bayi boleh alergik kepada susu ibu kerana itu adalah makanan dan minuman terbaik yang Tuhan jadikan untuknya.

Apabila ruam susu terjadi kepada bayi yang menyusu badan secara sepenuhnya, ada kemungkinan bayi tersebut alahan terhadap protein daripada makanan yang diambil oleh si ibu, jadi ibu harus berhati-hati memilih jenis makanan kerana ia akan menyebabkan anak anda berisiko tinggi terkena ruam susu ini. Tambahan pula,  kebiasaannya ruam ini akan menjadi kemerah-merahan di kawasan hidung, pipi dan dagu bayi. Namun, ianya boleh juga terjadi di bahagian yang tidak terkena susu seperti dahi, leher, siku, lutut malah kawasan kemaluan bayii. Ini adalah 5 cara yang boleh anda gunakan untuk mengelak ruam susu berlaku kepada bayi anda. Jom sama-sama kita bincangkan 5 cara elakkan ruam susu di bawah.

  1. Sapukan pelembap yang sesuai untuk bayi anda selepas mandi

Sapuan pelembap yang khusus untuk bayi anda adalah sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit bayi agar tidak kering dan sentiasa dalam keadaan sihat. Selain itu, ibu juga boleh pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang pemilihan pelembab yang terbaik untuk kulit si manja anda. Selain dari itu, anda juga boleh dapatkan pelembap dari farmasi atau drug store berdekatan anda.

  1. Gunakan sabun mandi yang mesra bayi

Sebelum membeli sesuatu sabun, ibu perlu bijak berfikir dengan membaca isi kandungan yang ada dalam sabun tersebut. Ibu boleh menggunakan sabun yang mempunyai pH yang neutral untuk bayi anda dan tidak mengandungi sebarang pewangi. Pastikan sabun tersebut mengandungi pelembab juga ya ! Anda juga boleh menggunakan sabun mandi Asmak Baby Wash kerana ia sangat jimat dan tahan lama. Ia juga boleh dipakai dari kepala hingga ke hujung jari kaki anak anda.

  1. Mandikan bayi dengan menggunakan air suam yang bersih

Mandikan bayi anda sebanyak 2 kali sehari dengan waktu yang maksimum 10 minit sahaja. Gunakan air suam yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk untuk mengelakkan sebarang kekeringan berlaku. Sekiranya air mandi masih hangat atau panas, tunggu dahulu beberapa minit. Pastikan semak suhu dahulu sebelum mandikan si manja anda ye !

  1. Berikan pakaian yang sesuai pada bayi

Elakkan pakaian yang terlalu ketat, tebal, dan diperbuat dari kain yang kasar untuk menghindari peluh. Pemilihan fabrik kain pun sangat penting untuk mengelakkan ruam susu berlaku. Gunakan pakaian yang selesa dan lembut agar tidak berlaku geseran pada kulit bayi anda. Kulit bayi sangat mudah luka, jadi ibu perlu lebih berhati-hati.

  1. Hindari makanan yang akan menyebabkan alergi

Ibu boleh menggunakan kaedah try & error untuk melihat samada makanan tersebut selamat atau tidak untuk bayi anda. Jika makanan tersebut menyebabkan ruam terjadi, ibu-ibu segeralah berhenti dan boleh mencuba makanan yang berkhasiat lain. Contohnya seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan bayi yang berkhasiat.

Akhir sekali, sekiranya anak anda mengalami ruam susu yang kronik, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada mereka. Cegah sebelum ia menjadi lebih parah. Semoga 5 cara elakkan ruam susu ini dapat membantu para ibu yang mengalami masalah ruam ini.

Jika anak anda mengalami masalah ruam susu seperti di atas, boleh tekan link untuk maklumat lebih lanjut.

 

Kredit:

  1. Asian parent

 

Shopping cart close