Terdapat Beberapa Punca dan Simptom yang menyebabkan Gastrik. Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.
Fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) yang berfungsi mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.
Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis. Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.
6 Simptom Gastrik Angin Yang Selalu Terjadi
- Senak perut (ketidakhadaman)
Senak perut adalah rasa sakit perut pada bahagian atas perut. Senak perut biasanya berlaku kerana ketidakhadaman. Biasanya masalah ini berlaku selepas anda makan atau minum. Ia disebabkan asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.
- Pedih ulu hati
Pedih ulu hati terjadi apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.
- Hilang selera makan
Masalah gastrik angin juga cenderung membuatkan anda hilang selera makan.
- Perut kembung
Perut kembung terjadi apabila perut mengeluarkan asid penghadaman secara berlebihan kerana kerosakan saraf pada bahagian dalaman dinding perut.
- Loya dan muntah
Angin dalam perut akan membuatkan anda loya atau mual. Muntah gastrik angin biasanya berwarna jernih, kuning, atau kehijauan.
- Badan berasa lemah dan lesu
Apabila anda mengalami gastrik, badan secara automatik akan sentiasa lemah dan lesu. Ini kerana anda perlu menahan sakit yang menyebabkan ketidakselesaan dan penat.
Terdapat 2 jenis gastrik yang boleh berlaku, iaitu:
- Penggunaan ubat tahan sakit jenis
Ubat tahan sakit boleh menyebabkan masalah gastrik kerana ia mengurangkan penghasilan kompaun prostaglandin di dalam perut yang berfungsi untuk merangsangkan penghasilan mukus yang menjadi pelindung dinding perut. Ketika kompaun prostaglandin kurang, penghasilan mukus pada dinding perut pun berkurangan dan menyebabkan dinding perut terdedah dengan hakisan asid.
- Jangkitan Helicobacter pylori
Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang tercemar. Bakteria ini akan bergerak masuk ke lapisan mukus yang melindungi dinding perut. Apabila berjaya melepasi lapisan ini, bakteria H.pylori akan bersarang dan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menghakis lapisan perlindungan dalam perut, lalu mengakibatkan rasa pedih dan sakit pada perut.
Sekiranya anda mengalami penyakit ini, rawatan boleh dilakukan dengan sendiri. Antara langkah yang boleh diambil ialah:
- Mengelakkan makanan berasid, bergoreng, pedas, dan tinggi lemak,terutamanya ketika perut masih kosong.
- Mengambil makanan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil
- Memberhentikan ubat NSAIDs sekiranya menjadi punca
NSAIDs adalah Non-steroidal Anti-inflammatory Drugs. Ia ubat tahan sakit yang sering diberi doktor. Ubat ini untuk individu dengan masalah sakit sendi (keradangan) atau sakit otot kerana ia berfungsi menghalang pembentukan prostaglandin yang mengakibatkan rasa sakit dalam badan.
- Menjauhi minuman beralkohol
Minuman beralkohol dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid
- Mengurangkan stress
Amalkan kaedah ‘deep breathing’
- Berhenti merokok
Pengambilan rokok yang mengandungi nikotin juga akan menyebabkan pertambahan asid di dalam perut dan membawa kepada masalah gastrik
Masalah gastrik angin atau gastritis mungkin dianggap sebagai satu masalah biasa yang kerap dialami ramai individu. Tetapi, anda tidak seharusnya menganggap ia sebagai masalah remeh. Jika masalah gastrik dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan sewajarnya, terdapat risiko berlakunya pembentukan ulser dalam perut.
Jika anda mengalami masalah sakit perut dan ingin mencuba produk Minyak Herba Asmak ,boleh klik di sini.
Kredit