Gigi bongsu atau gigi geraham, merupakan gigi dewasa terakhir yang akan tumbuh ketika usia 17 hingga 25 tahun. Kebiasaannya, setiap individu mempunyai 4 gigi bongsu di bahagian belakang mulut iaitu 2 pada bahagian atas dan 2 pada bahagian bawah. Banyak petua hilangkan sakit gigi yang ramai tak tahu. Jom baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan petua hilangkan sakit gigi bongsu dengan mudah dan berkesan.
Kesakitan ketika proses pertumbuhan gigi bongsu adalah berbeza bagi setiap individu. Sesetengah individu akan mengalami kesakitan yang berterusan, manakala ada juga yang hanya mengalami kesakitkan dan ketidakselesaan ketika mengunyah makanan atau menyentuh bahagian tersebut.
Kesakitan ini boleh berlaku di atas beberapa sebab. Antaranya, mungkin gigi geraham berada dalam kedudukan tidak betul, tidak sesuai untuk mulut, gigi terperangkap dalam gusi, atau terdapat jangkitan kerosakan pada gigi.
Berikut beberapa simptom yang boleh dikenal pasti sama ada anda sedang mengalami proses pertumbuhan gigi geraham atau tidak:
- Anda akan merasa sakit gigi pada bahagian belakang mulut anda.
- Jika melihat di cermin, anda mungkin boleh nampak gigi geraham mula untuk menembusi gusi
- Gusi pada bahagian belakang mulut menjadi merah dan sangat sensitif kepada sentuhan.
- Kesakitan rahang
- Bengkak sekitar rahang
- Gusi berdarah
- Nafas berbau
- Kesukaran membuka mulut
- Rasa tidak selesa di dalam mulut
Rasa sakit yang dirasai boleh mengakibatkan emosi menjadi tidak menentu. Jadi bagaimana untuk merawatnya?
- Berkumur
Antara kaedah rawatan yang popular untuk sakit gigi adalah berkumur dengan air garam. Gunakan campuran garam dengan air suam untuk membantu menjaga gusi agar lebih sihat dan membunuh bakteria berbahaya.
- Ais
Jika kesakitan ini disebabkan bengkak, anda boleh menggunakan ais untuk membantu melegakannya. Bungkuskan ais pada sehelai tuala bersih atau gunakan pek ais dan letakkan di kawasan yang bengkak. Cara ini juga membantu melegakan kerengsaan.
- Bunga cengkih
Jika menggunakan bunga cengkih, kepitkannya di antara gigi yang menyebabkan kesakitan tanpa menggigitnya. Biarkan sehingga kesakitan berkurangan. Bagi yang memilih menggunakan minyak bunga cengkih, letakkan beberapa titis minyak ke atas kapas dan letakkannya pada gigi yang sakit, biarkan sehingga rasa sakit itu berkurangan.
- Serbuk penaik
Ia bukan sahaja membantu merawat bengkak, tetapi serbuk penaik juga boleh melegakan kesakitan. Campurkan sedikit ubat gigi bersama serbuk penaik, dan letakkan pada bahagian gigi yang sakit.
- Teh
Sekiranya anda mengalami gusi bengkak, anda boleh gunakan uncang teh. Ia sesuai digunakan kerana sifatnya yang anti-radang yang terkandung dalam asid tannic.
Sekiranya anda merasakan anda mungkin sedang mengalami kesakitan kerana pertumbuhan gigi geraham, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin. Mencabut dan membuang gigi geraham mungkin antara jalan penyelesaian terbaik untuk menyembuhkan dan menghalang masalah kesihatan mulut berkaitan gigi bongsu ini.
Sekiranya anda mengalami masalah ini dan ingin mencuba produk Minyak Herba Asmak,boleh klik di sini.
Kredit