Skip to main content
search
0

Gula merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Tahukah anda, gula boleh didapati secara semulajadi dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan sebagai fruktosa, dan susu sebagai laktosa. Oleh yang demikian, pengambilan gula tambahan sebenarnya tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Makanan berkarbohidrat yang membekalkan gula digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga, disimpan di dalam hati dan otot sebagai glikogen atau ditukarkan kepada lemak sekiranya tidak digunakan. Gula ringkas mengandungi kalori tetapi kurang mengandungi vitamin, mineral dan serat (fibre).

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.

Usaha untuk mengurangkan gula dalam diet harian bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun, anda akan merasai perubahan ketara yang positif jika mengamalkannya.

 

1- Tiada Lagi Keletihan Dan Kelesuan Melampau

Selepas makanan dihadam, ia akan ditukar oleh tubuh menjadi glukos yang memberi tenaga kepada badan kita. Tetapi bergantung kepada jenis makanan yang kita pilih akan menentukan samada ia boleh menjadi tenaga berpanjangan ataupun sementara. Sekiranya kita memilih makanan seperti karbohidrat ringkas, ia akan dihadam dengan cepat dan menaikkan paras glukos dalam darah. Namun begitu. makanan jenis ini tidak memberikan tenaga berpanjangan, jadi dalam masa singkat, paras glukos dalam darah akan merudum dengan cepat (crash).

Jika kitaran ini berlaku sepanjang hari boleh menyebabkan kita jadi letih dan tidak bermaya.

 

2- Tidak Rasa Lapar Dengan Kerap

Anda pasti pernah mengalami pengalaman cepat berasa lapar, walaupun selepas mengambil makanan yang berat, seperti nasi, roti, mi kuning, bihun atau pasta. Kerap merasa lapar, menyukarkan anda untuk mengawal berat badan. Kekerapan anda mengambil makanan tidak menentukan anda boleh kenyang lama tetapi jenis makanan yang kita menjadi pilihan itu lebih penting. Pilihan makanan yang tinggi serat dan protein, adalah lebih baik dalam mengawal rasa lapar sepanjang hari. Contohnya, terdapat banyak pilihan makanan jenis buah- buahan, sayuran, protein haiwan seperti telur dan daging untuk kita makan setiap hari.

 

3- Kulit Lebih Bersih Dan Sihat

Terma “sugar face” dan “sushi face” ada disebut di dalam komuniti dermatologis,yang merujuk kepada muka yang sembab pada waktu pagi, akibat menu tinggi sodium yang dimakan pada malam sebelumnya.“Sugar face” pula merujuk kepada kulit muka yang bermasalah seperti di dalam rajah di bawah ini, akibat daripada diet tinggi gula yang diamalkan.

Kulit muka anda cenderung menjadi kendur, kusam dan tidak sihat kerana gula melalui satu proses dikenali sebagai “glycation”. Glycation adalah satu proses yang berlaku di dalam badan apabila gula melekat dengan protein, lalu menghasilkan bahan kimia berbahaya dikenali sebagai AGE protein. AGE protein ini akan menyebakan kolagen di dalam kulit reput dan mengeras, kesannya dapat dilihat pada permukaan kulit muka dan tubuh badan kita. Proses ini tidak mengenal usia, tetapi bergantung kepada apa yang kita makan seharian sejak bertahun- tahun. Jika diet anda masih tinggi gula, proses ini akan berterusan berlaku di dalam tubuh.

Oleh kerana proses ini sangat bergantung kepada jumlah gula yang diambil, apabila anda berhenti mengambil gula berlebihan samada di dalam masakan ataupun di dalam makanan terproses dan makanan segera, kesan pada kulit amatlah ketara. Anda boleh lihat apabila bangun pagi, wajah lebih segar dan sihat, dan dalam masa 1-2 minggu, kulit akan ketara lebih baik daripada sebelumnya. Dalam masa 30 hari, tona kulit lebih sekata dan lihat sendiri masalah- masalah lain seperti jerawat juga akan berkurangan.

 

4- Berat Badan Merosot Dengan Ketara

Ini kesan yang paling di idamkan, apabila  seseorang individu itu mengurangkan kadar pengambilan gula dalam diet seharian. Anda dapat melihat sendiri berat badan merosot dalam masa seawal 1 minggu selepas mengucapkan selamat tinggal kepada gula tambahan dan makanan terproses.

Mengapa ini berlaku?

Makanan tinggi gula dan makanan terproses sangat tinggi kalori, menyebabkan berat badan bertambah dengan mudah, mendadak dan sukar dikawal. Justeru, apabila kalori yang tidak berguna ini dibuang, secara mudahnya berat badan juga akan menurun. Selain daripada itu, apabila anda mengurangkan makanan- makanan ini, anda turut  membantu tubuh mengurangkan keradangan (inflammation). Apabila keradangan dalam tubuh semakin berkurangan, ini membantu tubuh menyerap zat dengan lebih baik, mengatur metabolisme tubuh dengan lebih efisyen dan memudahkan anda untuk berdiet. 

 

5- Bacaan Gula Dalam Darah Turun Dengan Stabil

Kepada anda yang sudah pun ada penyakit diabetes atau pre-diabetes, perubahan paling ketara ialah pada bacaan gula dalam darah harian. Sekiranya anda benar- benar disiplin terhadap mengurangkan kadar pengambilan gula harian, anda boleh mengurangkan paras glukos dalam darah dengan stabil dan tanpa berlapar. 

Gaya hidup sihat ini boleh dimulakan secara berperingkat jika anda merasakan sukar untuk meninggalkan makanan manis dan gula putih secara mendadak. Anda juga boleh mencuba alternatif sihat yang lain seperti menggantikan gula putih dengan pemanis semulajadi Stevia. 

Pemanis semulajadi Stevia adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu dan tidak mempunyai kalori (zero calorie). Ekstrak stevia, selain digunakan sebagai pemanis dalam makanan dam minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. 

Anda boleh dapatkan produk stevia keluaran Asmak by MHAMSB dengan klik disini. 

 

Kredit:

  1. MyHealthGov {{ http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-gula-2/ 
  2. puteriyusof {{ http://puteriyusof.com/5-kesan-pantas-dalam-seminggu-jika-anda-berhenti-makan-gula-berlebihan/ 
Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu