Skip to main content
search
0

Bayi kerap menangis atau merengek seakan tidak selesa. Ibu bapa dah gunakan macam-macam cara untuk mengatasi masalahini. Ada beberapa solusi untuk tangisan bayi yang saya nak kongsikan. Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.

Antara sebab bayi kembung perut adalah cara penyusuan yang tidak betul. Posisi menyusu condong dan saiz puting botol yang tidak sesuai (bagi bayi yang menggunakan botol untuk menyusu) menyebabkan banyak udara ditelan serta masalah kembung perut pada bayi.

Selain itu, masalah ketidakhadaman, usus yang sensitif kepada protein tertentu yang terdapat dalam susu dan bayi yang menangis terlalu lama turut menjadi punca kepada masalah kembung perut. Pelbagai cara digunakan bagi mengatasi masalah ini termasuklah menggunakan ubat atau tanpa menggunakan ubat.

Perut kembung biasanya menjadi paling teruk apabila bayi berusia sekitar 6 hingga 8 minggu dan akan hilang dengan sendiri apabila usia antara 8 dan 14 minggu.

Tanda-tanda perut kembung yang perlu ibu bapa awasi adalah termasuklah:

  1. Episod menangis yang boleh dijangka: Bayi akan menangis pada waktu sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.
  2. Tangisan yang keterlaluan: Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah si kecil mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
  3. Menangis tanpa sebab yang jelas: Menangis yang berkaitan dengan masalah perut kembung berlaku tanpa sebab yang jelas.
  4. Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolik.

Cara urutan I Love You:

  1. Baringkan bayi dengan permukaan rata dan bersih. Ambil sedikit minyak pastikan minyak berada di jari tangan.
  2. Pandang bayi dan mulakan dengan urutan huruf ‘I’. Gunakan dua atau tiga jari dengan perut di bahagian kiri bayi di atas tulang rusuknya. Ikuti ke bawah ke sendi pinggul.
  3. Kemudian, buat urutan huruf ‘L’ terbalik dari kanan ke kiri perut bayi.
  4. Akhir sekali, buat urutan huruf ‘U’ terbalik dari kanan ke kiri perut.
  5. Ulang beberapa kali urutan ini sehingga bayi lega dan selesa.

Umumnya, masalah ini tidak berbahaya melainkan terdapat tanda penyakit lain. Walaupun perut bayi kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut apabila disentuh. Jika ibu bapa berasa perut bayi sangat keras apabila disentuh, kemungkinan besar disebabkan masalah usus lain dan perlulah dirujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut.

Sekiranya ibu bapa mengalami masalah seperti ini dan ingin mencari solusi untuk tangisan bayi yang lain, boleh cuba ikhtiar dengan produk Asmak yang sesuai untuk si manja klik sini

Kredit:

Sinar Harian

Hmetro

Hellodoktor

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu