Bedung bayi atau membuat balutan kepada bayi yang baru lahir boleh membantunya untuk tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja untuk terjaga.
Sejak zaman dahulu,amalan membedung bayi menggunakan sehelai kian dianggap penting bagi membolehkannya rasa selamat serta mengelakkan gangguan oleh refleks penyentakan badan.
Berbedung adalah untuk bayi yang sangat muda bermula seawal daripada kelahiran sehingga ketika mereka mula menunjukkan tanda-tanda yang mereka berkebolehan untuk meniarap atau berguling (biasanya 4 hingga 6 bulan tetapi kadang-kadang lebih muda daripada tempoh tersebut)
Bagaimanakah cara membedung bayi yang betul?
- Bentangkan sehelai kain benang kapas yang lembut di atas satu permukaan rata dan lipatkan sudut kanannya kira-kira 15cm ke bawah.
- Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya di atas kain tersebut.
- Tarik sudut terdekat pada tangan kirinya sambil menutupi badannya. Kemudian, masukkan bahagian depan pada bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.
- Tarik sudut hujung bawah ke atas hingga mencecah bawah dagunya.
- Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri.
Ada juga sesetengah bayi yang suka tangan mereka bebas bergerak. Jika si kecil mula meronta dan kelihatan tidak selesa, cuba lepaskan tangan mereka dengan cara hanya membedung bayi pada bahagian bawah ketiaknya.
Perkara penting yang perlu dipertimbangkan Ketika bendung bayi.
1.Posisi tidur si manja
Bagi mengurangkan risiko kematian bayi (sindrom kematian bayi mendadak), ibu bapa perlu meletakkan si manja tidur di belakangnya setiap kali di tempat tidur
2.Memastikan ada sedikit ruang
Menurut pakar,apabila kaki dan pinggul bayi tidak dapat bergerak dengan bebas,ia berupaya meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia.
3.Kemaskan bahagian atas bedung
Ibu perlu memastikan bahagian lengan si manja dibedung dengan kemas serta dililit rapi. Ini adalah sangat penting sekiranya kain bedung bahagian atas terbuka,tanpa disedari ia boleh menjadi factor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome)
4.Pilih jenis kain bedung yang selesa
Kesesuaian fabrik dengan suhu negara di Malaysia
5.Elakkan membedung bayi dalam tempoh terlalu lama
Justeru,amalan membendung bayi merupakan kaedah tradisional yang membungkus bayi dengan kemas supaya dirinya berasa lebih aman dan selamat.Dengan Teknik betul,si manja akan mendapat manfaatnya.Namun jika tersalah cara,boleh menyebabkan hip dysplasia.
Jika anak anda mengalami masalah batuk kahak, boleh baca artikel ini.
Kredit