Skip to main content
search
0

Ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk membantu menjaga kebersihan anak, lebih-lebih lagi dibahagian mikro seperti hidung bayi. Bahagian hidung ini seringkali tersumbat akibat selsema. Menjadi tugas ibu bapa untuk bersihkan hidung bayi tersumbat kerana mereka masih terlalu kecil untuk bertindak sendiri  Kebersihan badan bayi, seperti telinga, pusat, kemaluan dan hidung bayi amatlah penting kerana ianya menyumbang kepada tumbesaran anak yang positif! Oleh itu, ibu bapa perlu berganding bahu untuk membantu anak-anak mencapai sasaran positif tersebut, bermula dengan penjagaan kebersihan sendiri. Jadi, bagaimana hendak menjaganya?

Pernah tak rasa hidung tersumbat ataupun hidung berhingus, sehingga mengacau rutin seharian kita? Sudah tentu kita rasa jengkel dengan permasalahan tersebut, dan kita tidak henti menghembuskan hidung untuk berasa lebih lega tapi masih begitu juga keadaannya! Oleh itu, kami di sini akan membantu para ibu bapa untuk menyelesaikan permasalahan hidung tersumbat disebabkan hingus dan selesema bagi mengurangkan ketidakselesaan anak ketika menghadapi selesema dan hidung berair.

 

Cara Membersihkan Hidung Bayi

  1. Bulb syringe

Bulb syringe atau picagari bulat merupakan pilihan klasik buat ibu bapa. Dengan menggunakan bulb syringe, ibu bapa hanya perlu memicit dan mengawal pengeluaran udara di dalam bulb atau bahagian bulat picagari tersebut sambil meletakkan hujung picagari ke dalam hidung anak. Bulb syringe tersebut akan berfungsi untuk menyedut hingus yang tergumpal di dalam hidung anak.

Jika hingus anak lebih keras, ibu bapa boleh menitiskan satu ada dua titisan larutan salin atau air suling ke dalam lubang hidung anak untuk melembutkan dan memudahkan proses pengeluaran hingus. Sebelum menggunakan bulb syringe tersebut, ibu bapa boleh memilih saiz yang sesuai untuk anak untuk memberi keselesaan optimum kepada anak ketika proses tersebut.

  1. Semburan hidung (Nasal spray)

Jika hingus di dalam hidung anak terlalu keras, ibu bapa boleh menggunakan pilihan ini untuk memudahkan proses membersihkan hidung anda. Fungsi nasal spray ini adalah untuk mencairkan dan melonggarkan mukus-mukus yang tersekat di dalam rongga hidung mereka. Disebabkan hidung bayi jauh lebih kecil berbanding dewasa (ya, orang dewasa pun boleh guna alat ini!), maka kita tidak perlu menggunakan larutan cecair yang banyak.

Ibu bapa boleh mulakan dengan membaringkan anak, dan dengan menggunakan penitis hidung, titiskan 3 hingga 4 titisan ke dalam kedua-dua lubang hidung. Selepas menunggu beberapa saat sehingga ia berfungsi seperti yang sepatutnyai, ibu bapa boleh mengeluarkan mukus-mukus tersebut menggunakan bulb syringe atau ‘aspirator hidung yang bakal kami kupaskan dalam isi seterusnya.

 

  1. Aspirator hidung

Sejak kebelakangan ini, penggunaan aspirator hidung semakin popular di dalam kalangan ibu bapa kerana ia lebih mudah dan cepat berbanding dengan pilihan tradisional. Dengan meletakkan penutup mulut di mulut anda, letakkan hujung alat aspirator hidung tersebut di pembukaan hidung bayi dan BUKAN di dalam hidung bayi.

Anda perlu menyedut udara melalui tiub tersebut secara lembut untuk menghasilkan proses seakan-akan vakum untuk mengeluarkan mukus tersebut.  Sama seperti menggunakan bulb syringe, ibu bapa boleh meletakkan beberapa titisan larutan salin untuk mencairkan mukus di dalam hidung anak sebelum menggunakan alat ini.

 

Akhir sekali

Kebersihan anak-anak dapat membuahkan kebaikan dari aspek fizikal dan mental dan juga dapat membantu menyebabkan tumbesaran anak yang lebih positif, tetapi ia harus bermula dari ibu dan bapa si manja tersebut. Ya lah, siapa sahaja tak gembira melihat perkara yang cantik dan bersih, kan?

 

Jadi, pilihan manakah yang akan anda lakukan untuk menjamin kebersihan anak di bahagian hidung?

 

Ps: Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk yang mampu melegakan selesema, klik sini 

 

Sumber :
TheAsianParent

 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu