Umum mengetahui bunga raya atau nama saintifiknya hibiscus rosa-sinensis merupakan bunga kebangsaan negara kita, Malaysia. Bunga raya berasal dari Negeri China dan Kepulauan Pasifik. Salah satu pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan tidak disangkal lagi oleh kerana banyak manfaat kepada manusia yang dapat diperolehi. Sejarah pemilihan bunga kebangsaan ini berlaku pada tahun 1958 apabila Kementerian Pertanian telah mencadangkan bunga raya sebagai salah satu pilihan daripada 7 jenis pilihan bunga yang lain.
Akhirnya pada Julai 1960, bunga raya bunga raya telah dijadikan sebagai bunga kebangsaan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan warna rasmi yang dipiliah bagi bunga raya tersebut ialah warna merah. Keindahan semula jadinya memang tidak dapat dinafikan lagi, begitu juga dengan keistimewaannya yang banyak memberi manfaat dari segi kesihatan, kecantikan dan macam-macam lagi manfaat lain yang akan dikupaskan di dalam artikel ini. Manfaat bunga raya ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India pada suatu masa dahulu.
1. Merawat Demam dan Sembelit
Sejak zaman dahulu lagi, bunga raya telah digunakan untuk pelbagai kegunaan dan salah satunya ialah untuk merawat demam. Ekstrak daripada bunga raya mempunyai kesan penyejukan yang mampu mengurangkan suhu badan untuk merawat demam. Selain itu, kegunaan bunga raya ini digunakan dengan cara yang berbeza mengikut budaya dan keadaan.
Sebagai contoh, orang Mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu badan, merawat penyakit saraf dan jantung, dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik.Oleh sebab kesan penyejukan teh bunga raya, demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika, kegunaan bunga raya popular dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit.
Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause.Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ini adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia.
2. Menurunkan Berat Badan
Ubat tradisional yang baik untuk menurunkan berat badan ialah dengan menggunakan bunga raya. Kandungan asid hydroxycitric yang terdapat di dalam bunga raya merupakan elemen yang biasa terkandung di dalam kebanyakan pil mengurangkan berat badan. Menurut kajian, bunga raya mengandungi inhibitor enzim yang merangsang pembebasan amylase, iaitu enzim yang membantu memecahkan kanji dan gula di dalam badan manusia. Ini menjadikan penyerapan kanji dan gula di dalam badan kita juga akan berkurang. Selain itu, bunga raya juga mempunya sifat diuretik dimana ianya menghalang pengekala air atau cecair di dalam badan kita.
3. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi dan Kolesterol
Berdasarkan kajian yang melibatkan penggunaan ekstrak bunga raya terhadap haiwan mendapati tekanan darah mampu dikurangkan dengan pengambilan dos yang tertentu. Kajian yang lain pula ada menunjukkan pengambilan teh bunga raya selama 2-6 minggu mengurangkan tekanan darah dengan jumlah yang kecil bagi orang yang mempunyai tekanan darah yang normal atau sedikit tinggi. Namun, bagi orang yang mempunyai tekanan darah yang terlalu tinggi, ekstrak bunga raya ini tidak membantu dalam menurunkan tekanan darah tersebut.
Kajian terhadap haiwan pada masa yang sama menunjukkan bahawa jumlah kolesterol jahat semakin menurun dalam kebanyakan haiwan yang mempunyai hiperlipidemik dan kencing manis. Namun begitu, kajian ini menunjukkan kolesterol baik sama sekali tidak terjejas secara amnya apabila ekstrak bunga raya ini digunakan
4. Mengelakkan Rambut Gugur
Bunga raya menganduni komponen ubat dalam merawat rambut. Sebatian polifeol, vitamin C dan mineral mempunyai sifat anti radang, menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut, rambut beruban dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Untuk rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya, bunga-bunga itu dikeringkan, dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk disapu pada kulit kepala.
5. Membantu meningkatkan sistem imun
Kandungan vitamin C dan sifat anti-bakteria di dalam bunga raya merupakan elemen-elemen penting dalam memberikan asas yang kuat dan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melindungi diri daripada menangkap penyakit seperti demam atau selsema.
6. Membantu mengawal perubahan mood
Kandungan elemen polifenol di dalam bunga raya didapati mempunyai kesan perlinungan pada otak serta membantu meningkatkan pengaliran darah dalam badan. Oleh itu, ianya mampu mengawal perubahan mood seseorang. Namun, ekstrak bunga raya mampu mengawal dan menenangkan tekanan perasaan masih memerlukan kajian yang lebih mendalam lagi.
Jelas sekali bunga raya mempunyai banyak kebaikan terutama sekali dari segi manfaat kesihatan dan juga kecantikan. Disebabkan itulah bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia yang amat dibanggakan. Dengan kepelbagaian spesies, warna dan saiz bunga raya, semuanya indah sekali dipandang mata, di samping manfaatnya, ianya merupakan pilihan yang terbaik sebagai bunga kebangsaan.
Sehingga kini, bunga raya kebanyakannya dijadikan sebagai salah satu bahan utama dalam produk-produk di pasaran terutama sekali produk kesihatan. Ingin mendapatkan produk penjagaan rambut yang mengandungi khasiat bunga raya? Cuba klik sini.
Kredit:
1. Bidadari
2. Hello Doktor