Skip to main content
search
0

Ibu bapa perlu sedar kepentingan memberi anak vaksin supaya mereka dilindungi dari penyakit difteria kanak-kanak. Salah satu cara mencegah penyakit ini hanyalah dari vaksin! Isu penyakit difteria kanak-kanak tidak sewajarnya diambil ringan. Gempar sebelum ini apabila seorang budak berusia 2 tahun 1 bulan maut di Johor kerana tidak divaksin. Sebelum ini, seorang budak lelaki telah meninggal dunia di Hospital Miri, Sarawak, akibat penyakit difteria kanak-kanak juga. Ramai juga kanak-kanak maut akibat difteria kerana tak vaksin.

 

Menurut Ketua Pengarah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun itu terjangkit penyakit difteria kerana tidak diberi vaksin sejak lahir, atas sebab-sebab agama. Sebelum meninggal budak lelaki itu telah demam, batuk-batuk, selesema dan menghadapi masalah pernafasan. Sebanyak 32 kes penyakit difteria kanak-kanak telah dilaporkan di Malaysia sejak tahun 2017. 7 kes dari jumlah itu telah berakhir dengan kematian kerana kebanyakan mereka tidak diberi vaksin.

 

Apa Penyebab Penyakit Difteria Kanak-Kanak?

Difteria adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”. Bakteria ini mengeluarkan toksin difteria yang boleh membawa maut kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, kegagalan fungsi saraf dan kegagalan pernafasan. Penyakit difteria kanak-kanak selalu menjangkiti tekak, iaitu bahagian tonsil, farinks, larinks dan hidung). Rupanya seperti lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong pesakit sehingga jauh ke dalam saluran pernafasan atas. Penyakit ini senang tersebar melalui titisan cecair (batuk/bersin) dan sentuhan fizikal. Tempoh penahanan di rumah ialah selama 2-5 hari ataupun lebih lama. Kanak-kanak yang senang terjangkit adalah mereka yang dibawah usia 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.

 

Tanda-tanda Penyakit Difteria

1. Sakit tekak
2. Lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong
3. Sakit ketika menelan atau bengkak bahagian leher
4. Masalah pernafasan
5. Tapi, kadang-kadang doktor pun boleh terlepas pandang penyakit difteria kanak-kanak apabila pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda demam atau sakit tekak biasa yang tidak serius.

 

Penyakit difteria kanak-kanak hanya dapat dikenalpasti pada peringkat awal dengan mengambil sampel kuman dari pesakit dan diuji di makmal. Namun, doktor akan mulakan rawatan awal pada pesakit yang disyaki kerana penyakit difteria boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.

 

Oleh itu langkah pencegahan yang paling berkesan ialah untuk mendapatkan vaksin difteria yang diberi serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus untuk bayi pada berusia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan (semuanya 3 dos) dan dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun. Jangan bimbang jika anak sudah besar tetapi masih belum mendapat vaksin difteria kerana vaksin ini boleh di beri kepada remaja mahupun orang dewasa. Bincanglah dengan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anak anda boleh diberi vaksin untuk penyakit difteria kanak-kanak.

 

Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang boleh membawa maut ini:

Tibi (batuk kering) – Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.

Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).

Pertusis (batuk kokol) – Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.
imunisasi bayi, vaksin bayi, jadual vaksin terkini, jadual vaksin 2021.

Tetanus – Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).

Haemophilus influenzae jenis (Hib) – Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).

Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.

Polio – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.

Campak – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).

Beguk – Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.

Rubella – Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)

Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.

Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis

Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

 

Kredit : JadualVaksinBayi

Ada tak kesan sampingan vaksin untuk bayi?

Ramai ibu bapa yang takut untuk memberikan vaksin untuk anak kerana ragu-ragu dengan keselamatan vaksin. Anda perlu tahu yang semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingannya pula bersifat ringan dan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol). Kesan sampingan yang serius jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut:

 

Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan. Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius. Vaksin adalah penting, jika lebih 95% masyarakat mengambil vaksin, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.

 

Jadi, anda tak perlu bimbang untuk bawa anak anda keluar jika anda tahu yang semua kanak-kanak telah dilindungi. Jadi, jangan tunggu lagi. Vaksin anak anda sekarang. Anak anda ada yang mengalami masalah demam, batuk, selesema, kembung perut dan masalah-masalah lain dan buntu cari jalan penyelesaian? Jom klik disini.

 

Sumber:

TheAsianParent

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu