Skip to main content
search
0

punca bayi kerap menangis

Kredit:majalahpama

Jangan khawatir atau risau jika bayi anda menangis kerana ia merupakan satu perkara yang normal. Menurut beberapa kajian serta penelitian, bayi sihat yang baru sahaja lahir akan menangis selama satu atau tiga jam sehari. Dalam beberapa hari pertama, mereka yang baru sahaja menjadi ibu dan bapa mungkin kurang mahir dalam mengenal pasti keperluan mereka, malah kerana tangisan itu dapat melahirkan rasa bimbang dalam diri mereka. Berikut merupakan beberapa sebab dan punca bayi menangis untuk memudahkan para ibu bapa memahami tangisan pertama si kecil.

 

#1- Lapar

Lapar selalunya merupakan punca utama untuk bayi menangis. Bayi yang lebih kecil akan menangis apabila lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari setelah dilahirkan kerana pada ketika itu, mereka hanya akan minum sahaja. Jika bayi menangis, berikan susu kepada mereka kerana kemungkinan besar ketika itu mereka sedang lapar. Sudah tentu, bayi tidak akan berhenti menangis serta merta, maka teruskan penyusuan jika mereka mahu dan mereka akan mulai tenang setelah perutnya terisi.

Jika bayi masih menangis setelah disusukan, pastinya ada sesuatu yang tidak kena. Ikut tips-tips yang bakal diberikan untuk memeriksa keaadan bayi.

 

#2- Tidak selesa

 Bayi akan merasa tidak selesa jika baju mereka terlalu ketat atau terdapat kotoran pada pakaian mereka yang dapat mendatangkan rasa yang kurang selesa. Terutamanya jika lampin yang dipakai mereka sudah basah. Sesetengah bayi akan mula menangis apabila lampin mereka basah, kerana ia mendatangkan kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit bayi.

Justeru itu, sentiasa periksa lampin bayi dan tukarkannya jika mendapati ia sudah penuh. Terdapat juga kemungkinan lampin yang dipasang terlalu ketat atau ada perkara lain yang membuatkan bayi tidak selesa.

 

#3- Faktor Suhu 

Sesetengah bayi yang baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasai udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Anda perlu tahu bagaimana cara menukar lampin dengan segera supaya bayi dapat bertenang semula. Berhati-hati tuntuk tidak memakaikan baju yang berlapis atau tebal bagi mengelakkan bayi terlalu panas.

Apabila meletakkan bayi di atas katil atau bakul bayi, gunakan cadar atau selimut yang berlubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut yang tebal supaya dapat memudahkan anda untuk menambah atau buang lapisan apabila perlu.

Untuk mengetahui bayi merasa panas atau sejuk, sentuh di bahagian perut bayi. Jika panas, sediakan selimut yang nipis. Jangan berpandukan kepada suhu tangan dan kaki mereka kerana kebiasaanya bahagian tersebut agak sejuk.

Dapatkan meter suhu di farmasi sekitar Malaysia, dan gunakannya untuk memeriksa suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu bilik pada 24 atau 25 darjah Celcius.

 

#4- Mahu Dipeluk.

Bayi pastinya suka dipeluk dan dimanja. Berbeza pula dengan bayi yang baru lahir, bayi yang masih membesar akan menjadi tenang apabila dapat melihat dan mendengar suara ibu bapa mereka di dalam bilik dan memerlukan sentuhan fizikal untuk mereka menjadi lebih selesa. Jika bayi sudah diberi makan dan lampin sudah ditukar, dan masih menangis,jadi, mereka hanya mahu dipeluk. Anda boleh mencuba alat gendong bayi supaya bayi dapat rapat dengan anda dan bebas melakukan pekerjaan lain sambil menjaganya.

 

#5- Perlu Rehat.

Terdapat bayi yang tidak gemar akan terlalu banyak perhatian daripada orang ramai di sekelilingnya. Ini menyebabkan masa tidur bayi terganggu. Bayi yang baru lahir tidak mampu untuk mengurus rangsangan pada satu masa hingga menyebabkannya menjadi gelisah. Cahaya lampu,bunyi bising serta saudara-mara yang mahu menarik perhatiannya mampu membuatkan bayi menjadi resah.

Ramai ibu bapa pastinya mendapati bayi akan menangis lebih daripada biasa apabila ramai yang datang melawatnya. Jika anda tidak dapat mengenal pasti punca bayi anda menangis, terdapat kemungkinan bayi anda sudah tidak selesa dengan keadaan sekelilingnya.Solusinya adalah dengan membawa anak anda ke tempat yang lebih tenang dan senyap. Ini akan memberi bayi ketenangan dan tidur yang berkualiti. 

 

#6- Cuba Kaedah Urutan.

Urut atau gosok bahagian belakang bayi dan perut secara perlahan juga dapat membantu menenangkan mereka ketika menangis. Sambil mendukung bayi, usap perlahan bahagian belakang bayi untuk menyenangkanya. Jika bayi dilihat seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba berikan susu dalam posisi tegak dan tepuk belakang bayi secara dengan lembut setelah penyusuan, lalu disandarkan di bahu anda.

 

Bakal ibu atau bapa tidaklah perlu terlalu risau jika bayi anda menangis. Pastinya ada solusi dan cuba untuk mencari punca daripada tangisan Si kecil. Dapatkan khidmat doktor dan pakar jika anda mendapati tangisannya lain daripada kebiasaannya atau anda boleh mencuba produk Asmak yang dapat membantu meredakan kembung perut bayi dan memberi keselesaan kepadanya.


Jika ingin mencuba Minyak Asmak, boleh terus ke halaman ini.  

 

Kredit : joiellebaby 

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu