Skip to main content
search
0

Asal muncul ketumbit pada mata sahaja, orang mesti akan mengaitkannya dengan tabiat mengintai bukan? Ya, ini adalah satu kepercayaan orang lama yang tidak seharusnya diteruskan kerana ternyata ia tidak benar! Persoalannya, apakah punca sebenar ketumbit? Adakah ia disebabkan oleh stres? Ataupun ia berlaku kerana tidak cukup tidur? Tenang, mari kita sama-sama cari jawapannya menerusi pembacaan artikel di bawah dengan lebih lanjut.

Apa itu ketumbit?

Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata. Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulumata.Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman).

Untuk memahami apakah itu ketumbit, kita haruslah mengetahui serba sedikit mengenai struktur yang berada pada mata. Biasanya, ketumbit ini melibatkan bahagian folikel iaitu akar rambut, atau kelenjar meibomian yang terletak di tepi mata. Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan bahagian mata yang terlibat.

Hordeolum:

  • Hordeolum ini merujuk kepada ketumbuhan akut pada kelopak mata akibat jangkitan kuman dan boleh dibahagikan kepada hordeolum luarandan hordeolum dalaman.
  • Hordeolum luaranberlaku apabila jangkitan kuman berlaku pada folikel bulu mata. Keadaan ini merupakan kes yang lazim berlaku kepada orang ramai.
  • Manakala, hordeolum dalamanpula jarang berlaku dan merupakan jangkitan kuman kelenjar meibomian yang terletak pada permukaan kelopak mata yang menghadap bebola mata.

Chalazion:

  • Chalazion merujuk kepada halangan kelenjar meibomian. Kelenjar meibomian ini berfungsi untuk menghasilkan sejenis cecair berminyak pada bola mata supaya dapat mengelakkan lapisan air mata daripada menjadi kering.
  • Apabila kelenjar ini tersumbat, kandungan minyak dalam kelenjar ini akan bertakung dan mengakibatkan kawasan kelopak mata menjadi bengkak. Keadaan ini bleh diibaratkan sebagai pertumbuhan jerawat pada kelopak mata kerana jerawat berlaku disebabkan oleh halangan pada kelenjar lemak.

Kedua-dua jenis ketumbit ini boleh berubah kepada satu sama lain. Contohnya, chalazion boleh dijangkiti kuman lalu menjadi hordeolum. Hordeolum dalaman juga boleh menjadi chalazion sekiranya nanah dalam kelenjar tersumbat dan tidak dikeluarkan untuk jangka waktu yang panjang.

Selain itu, kebanyakan kompilasi ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Tetapi sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis. Keadaan ini menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.

Cara merawat mata ketumbit di rumah adalah anda boleh tuam bahagian terbabit menggunakan air panas. Tuaman boleh dilakukan menggunakan kain atau sudu yang direndam air panas atau secara langsung menggunakan botol yang mengandungi air panas.Lakukan selama 10 hingga 15 minit sebanyak 3 hingga 4 kali sehari.

Selain daripada itu, cara merawat ketumbit untuk Individu yang mengalami jangkitan kecil pada bulu mata (blepharitis) mudah terkena ketumbit. Kumpulan individu ini perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit.

Cara-cara melakukan tuaman

  1. Ambil sehelai sapu tangan kecil
  2. Rendam dalam air suam kuku dan perah hingga tidak menitis
  3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup
  4. Lakukan selama 10 minit
  5. Ulang  2-3 kali sehari sehingga kutumbit pulih

Cara-cara membersih kelopak mata

  1. Ambil cawan / bekas kecil
  2. Letakkan sedikit air bersih ke dalam bekas
  3. Campurkan 5 titis syampu bayi dan kacau
  4. Celup putik kapas ke dalam campuran tadi
  5. Kesat bahagian kelopak mata yang mempunyai bulu mata secara lembut dengan putik kapas tersebut.
    (Awas: Elakkan dari terkena bahagian kornea)
  6. Lakukan 2-3 kali sehari
  7. Sekiranya kelopak mata terlalu kotor dan berkeruping, basahkan mata sebelum membersihkannya. Ini dapat membantu agar keruping menjadi lembut dan senang untuk dibersihkan.

Akhir sekali, segeralah berjumpa pakar atau doktor yang boleh merawat sekiranya ketumbit anda menjadi semakin serius.

Jom tekan link di sini untuk membantu melegakan masalah ketumbit anda.

 

 

Kredit:

myhealth

hellodoktor

doctor on call

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu