12 Jenis Makanan Berkhasiat Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur

Masalah rambut gugur bukanlah perkara asing pada wanita mahupun lelaki. Justeru, pelbagai kajian telah dilakukan untuk mencari solusi bagi atasi masalah rambut gugur. Tahukah anda, kehilangan 50-100 helai rambut sehari melalui proses keguguran rambut adalah normal, namun begitu, rambut boleh gugur lebih daripada biasa disebabkan factor penambahan usia, masalah kesihatan dan faktor persekitaran.

Selain cara penjagaan rambut yang berkesan, pemakanan anda juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut anda. Ketahui jenis makanan berkhasiat untuk atasi masalah rambut gugur yang boleh anda amalkan.

 

1. Bayam

Kekurangan zat besi adalah penyebab utama rambut gugur dan bayam bukan hanya kaya dengan zat besi, tetapi juga mengandungi sebum yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut. Ia turut mengandungi vitamin A, C dan protein.

Kandungan asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi turut terkandug dalam bayam. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.

 

2. Lobak dan Keledek

Jangan lupa untuk sertakan juga lobak dalam diet anda untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.

Keledek turut mengandungi beta-karoten yang bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.

 

3. Telur dan Produk Tenusu

Susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, Vitamin B12, zat besi, zink dan asid lemak Omega.

Produk tenusu juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang terkenal untuk mencegah rambut gugur.

 

4. Oat

Tambahkan semangkuk besar oat dalam hidangan pagi anda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur.

Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.

 

5. Walnut

Tambah walnut dalam diet anda sebagai makanan atasi rambut gugur. Ia adalah satu-satunya kacang yang diketahui mengandungi biotin, vitamin B (B1, B6 dan B9), Vitamin E, kaya protein dan magnesium, yang semuanya menguatkan kutikula rambut dan menyuburkan kulit kepala.

Ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan DNA yang mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.

 

6. Lentil

Lentil merupakan kumpulan kekacang yang menyihatkan. Di Malaysia, jenis lentil yang biasa ditemui ialah kacang dal. Ia kaya dengan protein, zat besi, zink, dan biotin.

Selain itu, lentil penuh dengan asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang membekalkan kulit dan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan.

 

7. Daging ayam

Jika anda pengemar makanan berasaskan ayam, ketahuilah ia juga antara jenis makanan atasi rambut gugur.

Daging ayam kaya dengan protein berkualiti tinggi yang menguatkan rambut rapuh dan menghalang rambut terputus. Oleh kerana rambut dan kuku terdiri daripada protein, anda harus mendapatkan sumber protein yang mencukupi dalam diet harian anda.

 

8. Strawberi

Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut.

Makanan kaya silika lain termasuk beras, oat, bawang, kubis dan timun.

 

9. Yogurt

Yogurt penuh dengan Vitamin B5 dan Vitamin D yang dikenali untuk menggalakkan kesihatan folikel rambut. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan yogurt untuk membuat topeng rambut sekali-sekala.

 

10. Makanan yang kaya dengan Vitamin-C

Vitamin C menyokong penyerapan zat besi dalam tubuh kita, kekurangannya boleh mengakibatkan rambut gugur.

Vitamin C juga dikenali dengan sifat antioksidan yang mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh membuat rambut anda rapuh dan lemah.

Tambah buah-buahan seperti oren, betik, limau dan kiwi untuk diet anda. Vitamin C juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang menguatkan saluran darah yang membekalkan nutrisi kepada rambut.

 

11. Salmon

Salmon mengandungi asid lemak omega-3 di mana disukai oleh folikel rambut anda. Pengambilan 3.5 auns salmon dua kali seminggu akan menguatkan rambut anda dan membuatkannya bersinar.

 

12 Biji labu

Keguguran rambut mungkin disebabkan kulit kepala kering. Jadi, periksa kulit kepala anda untuk ketidakstabilannya.

½ cawan biji labu panggang sejuk akan menyelesaikan masalah anda dengan kekayaan zinknya.

Walaupun mungkin punca rambut anda  gugur adalah disebabkan faktor keturunan dan peningkatan usia, namun ia tidak bermakna anda boleh memandang remeh isu ini. Jangan mengabaikan aspek penjagaan rambut dan amalkanlah makanan atasi rambut gugur dengan secukupnya.

Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat, kaya protein, vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Jangan lupa untuk mencuci rambut anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Tekanan harian juga perlu diuruskan dengan sebaik mungkin dengan melakukan meditasi, latihan pernafasan, atau teknik relaksasi lain. Selain itu, pastikan anda tidur dengan secukupnya. Dapatkan tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung disini.

Kedit : hellodoktor

 

Shopping cart close