Ketahui 7 Punca Buasir yang boleh terjadi pada seseorang

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza. Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung.

Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini.

Terdapat beberapa 7 punca-punca buasir yang boleh terjadi pada seseorang.

  1. Tekanan (pressure)

Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki. Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

  1. Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama

Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

  1. Sembelit

Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada saluran venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

  1. Buasir dan keturunan

Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.

  1. Mengandung

Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih kendur, dan ini boleh memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunyansembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

  1. Buasir dan kanser

Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).

  1. Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan atau obesiti boleh memberikan tekanan yang lebih kepada saluran darah venus. Obesiti merupakan masalah kompleks yang menyebabkan lebihan lemak pada badan. Obesiti bukan sekadar masalah fizikal dan kosmetik, tetapi ianya merupakan masalah perubatan yang boleh meningkatkan risiko kepada penyakit yang lain seperti kencing manis, darah tinggi dan juga kanser.

Dengan rawatan yang lengkap, penyakit buasir boleh pulih sepenuhnya. Ikut nasihat doktor anda berkenaan ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup seperti pemakanan dan senaman serta elakkan duduk untuk suatu jangkamasa yang lama.

Jika anda atau ahli keluarga yang mengalami masalah buasir, anda boleh cuba Minyak Herba Asmak, boleh klik link disini.

Kredit

  1. my health
  2. tips kesihatan

4 Jenis Buasir Yang Perlu Anda Ketahui

Tahukah anda Apa Itu Buasir?

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Pembuluh darah vena ini secara normalnya tidak membesar dan berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah daripada tisu di bahagian terbabit naik ke jantung. Pembengkakan yang terjadi menyebabkan darah berkumpul dan urat berkembang ke luar membran sekitar tisu rektum dan dubur. Selain itu, buasir juga boleh diklasifikasikan kepada empat bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman, Prolaps, Trombosis . Keempat-empat ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

Kredit: The Diagnosa

Jenis-jenis Buasir

1. Buasir dalaman
Buasir dalaman merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

2. Buasir luaran
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

3. Prolaps

Terbahagi kepada 4 tahap iaitu:

Tahap 1: Buasir dalaman ini menonjol tetapi ia tidak menonjol ke dalam saluran dubur. Pendarahan juga mungkin berlaku.

Tahap 2: Buasir dalaman prolaps keluar daripada saluran dubur semasa pergerakan usus, tetapi secara spontan menarik kembali ke dalam.

Ini bermakna keadaan ini terjadi apabila anda memberikan tekanan pada kawasan rektum atau dubur. Misalannya ketika melakukan regangan.

Tahap 3: Buasir dalaman prolaps semasa pergerakan usus atau bentuk lain tenaga, dan harus dikembalikan secara manual ke dalam dubur.

Biasanya untuk ‘menolaknya’ kembali ke dubur akan menyebabkan kesakitan.

Keadaan ini mungkin memerlukan rawatan bagi mengelakkan ia menjadi terlalu sakit atau mendapat jangkitan.

Tahap 4: Buasir dalaman ini telah berlarutan menonjol keluar daripada saluran dubur dan tidak boleh ditolak masuk, atau ia tidak kekal di dalam rektum.

Jenis buasir prolaps ini akan kelihatan seperti bengkak merah pada bahagian luar dubur. Anda akan dapat melihatnya jika menggunakan cermin.

4. Buasir Trombosis

 Trombosis adalah buasir dalaman atau luaran yang telah membentuk bekuan darah dalam urat dubur. Antara gejala yang boleh dikenal pasti jika mengalami jenis buasir ini adalah rasa sangat sakit dan tidak menentu di dalam dubur.

Akhir sekali, sekiranya anda mengalami buasir yang teruk teruslah berjumpa dengan doktor sebelum ianya menjadi lebih bahaya.

{PENUTUP}

Tekan link di sini sekiranya anda ada masalah sama seperti di atas.

 

 

Kredit:

Myhealth

Hellodoktor

 

 

Shopping cart close