5 perkara penting mengenai kahak kanak-kanak & cara mengatasinya

Ibu bapa mana yang tak risau bila anak demam dan berkahak sehingga terdengar bunyi siulan dari suaranya bila bernafas. Ibu bapa haruslah mengambil tahu cara membuang kahak kanak-kanak yang betul supaya dapat mengembalikan semula keselesaan anak sepanjang hari. Kahak adalah sejenis lender yang dihasilkan dari dalam dada manusia. Biasanya badan tidak menghasilkan kahak yang banyak melainkan sewaktu selesema atau mengalami masalah kesihatan yang lain.

Kahak ini juga sebenarnya ada pelbagai warna dan juga maksud tersendiri. Mungkin ramai yang tidak tahu, ini adalah 5 jenis kahak kanak-kanak. Pertama, kahak warna hijau dan kuning. Kahak ini bermaksud tubuh sedang melawan jangkitan. Ia berasal dari sel darah putih dan biasanya disebabkan oleh penyakit seperti Bronkitis : Bermula dengan batuk kering dan kemudianya keluar kahak berwarna putih. Dari masa ke semasa ia akan mengeluarkan kahak berwarna kuning atau hijau. Pneumonia : Komplikasi bagi masalah pernafasan yang lain. Anda mungkin mengeluarkan kahak yang berwarna kuning, hijau atau kadangkala berdarah. Sinusitis : Virus, alahan atau bakteria. Jika disebabkan oleh bakteria, anda akan mengalami gejala seperti batuk berkahak berwarna kuning atau hijau, hidung tersumbat, titisan ‘postnasal’ dan tekanan dalam rongga sinus. Cystic Fibrosis : Penyakit paru-paru kronik di mana lender terbentuk di dalamnya. Penyakit ini sering menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.

Kedua, kahak warna coklat. Pneumoconiosis : Menyedut debu seperti arang batu, asbestos dan silicosis. Debu tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru. Nanah dalam paru-paru : Rongga paru-paru penuh dengan nanah. Ia biasanya dikelilingi oleh tisu yang dijangkiti kuman. Gejala lain seperti batuk, berpeluh pada waktu malam dan hilang selera makan. Ketiga, kahak warna putih. Kahak ini berlaku disebabkan oleh, Viral bronchitis, GERD (gastroesophageal reflux disease) yang mempengaruhi system pencernaan, kegagalan jantung kongestif: Ini berlaku apabila jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan efektif.

Keempat pula adalah, kahak warna hitam. Sputum hitam juga disebut ‘melanoptisis’. Kahak hitam bermaksud anda telah menyedut sejumlah besar debu hitam seperti habuk arang batu. Ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat. Merokok, pneumoconiosis. Terakhir adalah, kahak warna jernih. Badan menghasilkan lender dan kahak yang jernih setiap hari. Kebanyakkannya terdiri dari air, protein, antibody dan beberapa garam terlarut untuk membantu mengekalkan kelembapan sistem pernafasan anda.

Tambahan pula, ini adalah cara menghilangkan kahak kanak-kanak yang anda boleh amalkan. Antara caranya ialah :

  • Melembapkan udara di sekitar dapat membantu untuk mencairkan kahak dan rawatan stim boleh mencairkan kahak. Selain dari stim, anda juga boleh menggunakan ‘humidifier’ atau pelembap udara yang selamat digunakan sepanjang hari.
  • Minum air secukupnya, terutama air suam.
  • Ambil bahan yang membantu memulihkan system pernafasan seperti limau, halia dan bawang putih, beri, delima, teh jambu, ginseng, enchinacea, zat besar dan akar licorice.
  • Berkumur dengan air garam yang dapat mencairkan kahak sekaligus membunuh kuman serta melegakan sakit tekak.
  • Makan ubat seperti Dekongestan, Sementara kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas boleh ambil Expectorant untuk mencairkan kahak. Apa apapun dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.
  • Lain-lain ialah, anda juga boleh mengamalkan sapuan Minyak Herba Asmak yang mengandungi gamat gold, minyak zaitun, minyak kelapa dara & habbatusauda yang mana Minyak Herba Asmak membantu melegakan batuk selesema, batuk berkahak.

Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sangat penting agar kesihatan anak-anak terjaga. Amalkan cara menghilang batuk berkahak ini sebaik mungkin, jika tidak berjaya dan ingin mencari altefnatif lain, ibu bapa boleh iktiar dengan Minyak Herba Asmak. Hanya dengan kekerapan sapuan dan amalkan cara guna yang betul, insyaAllah anak-anak anda bebas dari selesema dan batuk berkahak.

 

Kredit

asianparent

 

 

 

5 Petua Mudah Hilangkan Selsema Kanak-Kanak dari Rumah

Kanak-kanak apabila mengalami selesema dan badan kurang sihat, mereka akan menangis dan merengek hingga membuatkan ibu buntu. Jadi, untuk membantu anda kami senaraikan lima petua hilangkan selesema kanak-kanak terutama dalam pemakanan mereka. Secara lumrahnya, kanak-kanak yang jatuh sakit akan menyebabkan selera makannya turut terjejas. Lima petua hilangkan selesema kanak-kanak dari rumah.

Lagi pula ketika selsema, mereka akan berasa tidak selesa ketika makan kerana menganggap makanan yang dihidangkan itu membosankan dan hambar. Kerongkong mereka pula akan gatal dan hidung tersumbat. Lagilah susah nak makan walaupun makanan yang dihidang itu antara kegemaran mereka! Namun tak usah terlalu khuatir. Hilang selera makan ketika selesema adalah perkara normal. Ia akan kembali seperti sedia kala selepas sihat.

Sediakan lima makanan ini bagi menghilangkan selesema anak

1. Madu

Madu merupakan antibiotik yang kuat dan ia lebih baik daripada ubat batuk yang dibeli di farmasi. Ia dapat mengurangkan batuk, selesema dan sakit tekak. Caranya, berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. Namun madu tidak sesuai diberikan pada bayi bawah umur setahun.

 

2. Sup ayam

Kajian menunjukkan, makan sup ketika selesema dapat mengurangkan keradangan dan membantu melawan panas dengan pelbagai cara seperti:

  • Rembesan mucus lebih cair dan meringankan hidung, dada dan tekak.
  • Menyediakan nutrisi baik setelah meletakkan bahan-bahan tertentu seperti sayur-sayuran ke dalam sup tersebut.
  • Karbohidrat dari mi dapat meningkatkan tenaga yang diperlukan.
  • Selain sup ayam, anda juga oleh buat sup sayur, sup bebola ikan, sup ikan merah dan sebagainya. Asalkan anak suka dan seleranya bertambah.

 

3. Vitamin C
Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.Di sini terdapat sumber Vitamin C semulajadi antarabya seperti buah strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis. Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selesema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.

 

4. Daging tanpa lemak
Manfaat daging tanpa lemak adalah ia mengandungi dua mineral penting bagi meningkatkan daya imun tubuh anak. Makan daging tanpa lemak ini adalah jalan pantas bagi meningkatkan zat besi ke dalam tubuh.

 

5. Bawang putih
Bawang putih juga merupakan ramuan memasak yang lazat dan mencegah penyakit. Mempunyai antioksidan yang kuat bagi melawan virus. Maksudnya dapat mencegah selsema dan sembuh dengan lebih cepat. Bau bawang putih yang unik dapat membantu memerangi selsema anak. Bayi dan kanak-kanak yang mengalami gatal dan bengkak di bahagian kerongkong akan menolak untuk makan atau menelan sesuatu yang menyakitkan.

 

Tips Penggunaaan Persediaan Ubat Batuk dan Selsema Kanak-Kanak untuk Ibu Bapa

  1. Jangan berikan produk orang dewasa kepada kanak-kanak. Persediaan untuk orang dewasa adalah tidak sesuai bagi kanak-kanak.
  2. Bertanya dengan ahli farmasi atau doktor anda sekiranya terdapat pertanyaan dan masalah mengenai penggunaan ubat batuk dan selsema yang ambil.
  3. Pilihlah produk ubat batuk yang dilengkapi penutup keselamatan untuk kanak-kanak jika perlu atau sentiasa pastikan penutup botol ubat ditutup dengan ketat.
  4. Jauhi produk ubat batuk dan selsema ini dari kanak-kanak.
  5. Periksa label dan pastikan anda mengetahui bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut. Baca maklumat ubat yang biasanya terdapat pada sisipan produk. Ini dapat membantu anda mengetahui simptom – simptom yang dapat dikawal oleh bahan aktif tersebut. Produk ubat batuk dan selsema biasanya mempunyai lebih dari satu bahan aktif contohnya decongestant, cough suppressant, expectorant, atau bahan penahan sakit.
  6. Berhati – hati apabila memberi anak anda/kanak-kanak lebih dari satu jenis produk ubat batuk dan selsema. Pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan aktif yang sama kerana ini mungkin menyebabkan anak anda/kanak-kanak menerima dos ubat yang berlebihan.
  7. Pastikan anda membaca dengan teliti arahan penggunaan ubat seperti yang terdapat pada maklumat ubat (drug facts) dalam sisipan produk. Maklumat ini akan memberitahu anda tentang dos dan kekerapan pengambilan produk tersebut. Penggunaan berlebihan atau penyalahgunaan produk ubat batuk dan selsema ini boleh menyebabkan kesan buruk seperti masalah pernafasan, denyutan jantung menjadi cepat dan sawan.
  8. Gunakan alat penyukat yang disertakan bersama bungkusan produk dan elakkan penggunaan sudu kegunaan dapur memandangkan sudu ini biasanya memberikan sukatan yang berbeza – beza. Sekiranya alat penyukat tidak disertakan, anda boleh mendapatkan picagari dari kedai farmasi.
  9. Anda perlu faham bahawa penggunaan produk ubat batuk dan selsema yang boleh didispens tanpa preskripsi adalah hanya bertujuan untuk mengawal simptom seperti hidung tersumbat, demam dan kesakitan tetapi tidak menyembuhkan penyakit tersebut. Persediaan ini tidak merawat punca kepada simptom batuk dan selsema dan ia juga tidak mempercepatkan proses penyembuhan.
  10. Adalah normal bagi kanak – kanak untuk mengalami demam, batuk dan selsema sepanjang proses tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, kanak-kanak lazimnya akan pulih dengan sendiri. Demam, batuk dan selsema yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus boleh diuruskan dengan rehat yang sempurna, pengambilan air yang cukup dan memastikan kanak-kanak sentiasa selesa.

 

Diharap artikel ini membantu dalam merawat selesema anak anda. Jika keadaanya semakin berlarutan, adalah lebih baik, dapatkan rawatan doktor dengan segera untuk pemantauan yang lebih rapi. Ingin dapatkan produk Minayk Herba Asmak untuk merawat masalah selesema anak anda? Klik disini.

 

Kredit :
1. SinarHarian
2. MyHealth

Shopping cart close