Waspada Virus Baharu Selsema Tomato Kini Semakin Merebak

Wabak penyakit baharu iaitu selesema tomato atau demam tomato dilaporkan menyerang kanak-kanak bawah usia lima tahun di negara India. Belum berakhirnya episod wabak Covid-19, Influenza dan HFMD, ibu ayah kini diminta berwaspada dengan kewujudan penyakit baharu iaitu selesema tomato atau demam tomato. Amaran mengenai virus baharu ini telah dikeluarkan oleh para doktor di India selepas ia menyerang 82 orang kanak-kanak. Wabak penyakit baharu, selesema tomato merupakan varian HFMD jenis baharu. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh NDTV, wabak selsema tomato ini dipercayai merupakan penyakit tangan, kaki dan mulut jenis baharu. Waspada virus baharu selsema tomato kini semakin merebak. Kebanyakan kes telah dikesan di daerah Odisha dan Kerala. Kebanyakannya adalah melibatkan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

 

”Seiring dengan kemunculan gelombang keempat Covid-19, virus baharu yang dikenali selesema tomato atau demam tomato telah dilaporkan di negeri Kerala, India. Ia melibatkan kanak-kanak bawah usia lima tahun,” laporan menerusi Lancet Respiratory Journal. Dalam laporan berkenaan turut menjelaskan wabak penyakit tersebut berlaku disebabkan oleh virus usus. Ia jarang berlaku pada orang dewasa kerana mereka telah memiliki sistem imunisasi yang kuat bagi mempertahankan diri daripada virus.

Antara gejala wabak penyakit ini termasuklah demam panas, bengkak sendi, sakit badan dan keletihan sama seperti chikugunya. Malah ada sesetengah pesakit mengalami cirit-birit, demam, loya, muntah dan dehidrasi. Setakat ini antara kawasan lain yang terjejas di Kerala adalah di Ancha, Aryankavu dan Neduvathur. Lancet turut melaporkan bahawa kemunculan penyakit ini mencetuskan amaran di negeri-negeri jiran yang lain. ”26 orang kanak-kanak yang berusia 1 hingga 9 tahun di Odisha telah dijangkiti virus tersebut. Sehingga kini, selain Kerala, Tamil Nadu dan Odisha, tiada wilayah lain di India terjejas oleh wabak virus itu,” kata laporan.

Justeru pakar kesihatan turut mengatakan bahawa penyakit ini tiada ubat yang khusus untuk merawatnya. Mereka turut memberi amaran bahawa jangkitan itu merebak dengan sangat pantas.

 

Apakah itu selsema tomato atau demam tomato?
Selesema atau demam tomato menunjukkan simptom yang hampir serupa dengan Covid-19, namun virus ini tidak berkaitan dengan SARS-CoV-2. Penyakit ini boleh terjadi selepas kanak-kanak dijangkiti chikungunya ataupun demam denggi. Virus demam tomato diberikan nama sedemikian adalah kerana letusan lepuh merah yang menyakitkan di seluruh badan. Semakin hari ia boleh membesar kepada saiz tomato.


Antara gejala utama yang perlu ibu ayah perhatikan sekiranya si manja dijangkiti virus ini adalah seperti demam panas, ruam, sakit teruk pada sendi, sakit badan, keletihan seperti yang dialami pesakit Covid-19, bengkak sendi, loya, cirit-birit, dehidrasi

Cara jangkitan virus demam atau selesema tomato
– Kanak-kanak terdedah kepada jangkitan ini melalui penggunaan lampin
– Menyentuh permukaan tidak bersih
– Memasukkan objek terus ke dalam mulut
– Memandangkan virus ini memiliki persamaan dengan HFMD, jika wabak selesema tomato pada kanak-kanak tidak dikawal, penularannya boleh merebak kepada orang dewasa.

 

Rawatan sekiranya anak mengalami selesema tomato
Rawatan untuk selesema tomato adalah sama dengan rawatan chikungunya, denggi dan HFMD. Pesakit dinasihatkan mengasingkan diri, berehat, minum banyak air dan gunakan span air panas bagi melegakan kerengsaan. Bukan itu sahaja, ibu ayah hendaklah mengasingkan anak yang tidak sihat daripada ahli keluarga yang lain selama 5 hingga 7 hari bagi mengelakkan penyebaran jangkitan. Langkah untuk mencegah wabak penyakit ini adalah dengan mempertingkatkan kebersihan diri dan ruang dalam rumah. Anda boleh sanitasi dengan kerap terhadap barangan dan persekitaran sekeliling menggunakan penyembur pembasmi kuman. Bukan itu sahaja, pastikan anak yang demam atau selesema tidak berkongsi pakaian, mainan, makanan atau barangan dengan kanak-kanak lain.

Kesimpulannya, ibu ayah perlu mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menghindarkan si manja daripada terkena jangkitan pelbagai penyakit. Adalah lebih baik untuk kekal di rumah jika tiada urusan penting dan sentiasa ajarkan si manja untuk kerap membasuh tangan, menggunakan topeng pelitup muka serta mengelakkan daripada berada di kawasan sesak.

 

Anak anda mengalami masalah demam, selsema dan batuk berkahak? Klik sini.

Sumber : SinarPlus

5 Petua Mudah Hilangkan Selsema Kanak-Kanak dari Rumah

Kanak-kanak apabila mengalami selesema dan badan kurang sihat, mereka akan menangis dan merengek hingga membuatkan ibu buntu. Jadi, untuk membantu anda kami senaraikan lima petua hilangkan selesema kanak-kanak terutama dalam pemakanan mereka. Secara lumrahnya, kanak-kanak yang jatuh sakit akan menyebabkan selera makannya turut terjejas. Lima petua hilangkan selesema kanak-kanak dari rumah.

Lagi pula ketika selsema, mereka akan berasa tidak selesa ketika makan kerana menganggap makanan yang dihidangkan itu membosankan dan hambar. Kerongkong mereka pula akan gatal dan hidung tersumbat. Lagilah susah nak makan walaupun makanan yang dihidang itu antara kegemaran mereka! Namun tak usah terlalu khuatir. Hilang selera makan ketika selesema adalah perkara normal. Ia akan kembali seperti sedia kala selepas sihat.

Sediakan lima makanan ini bagi menghilangkan selesema anak

1. Madu

Madu merupakan antibiotik yang kuat dan ia lebih baik daripada ubat batuk yang dibeli di farmasi. Ia dapat mengurangkan batuk, selesema dan sakit tekak. Caranya, berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. Namun madu tidak sesuai diberikan pada bayi bawah umur setahun.

 

2. Sup ayam

Kajian menunjukkan, makan sup ketika selesema dapat mengurangkan keradangan dan membantu melawan panas dengan pelbagai cara seperti:

  • Rembesan mucus lebih cair dan meringankan hidung, dada dan tekak.
  • Menyediakan nutrisi baik setelah meletakkan bahan-bahan tertentu seperti sayur-sayuran ke dalam sup tersebut.
  • Karbohidrat dari mi dapat meningkatkan tenaga yang diperlukan.
  • Selain sup ayam, anda juga oleh buat sup sayur, sup bebola ikan, sup ikan merah dan sebagainya. Asalkan anak suka dan seleranya bertambah.

 

3. Vitamin C
Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.Di sini terdapat sumber Vitamin C semulajadi antarabya seperti buah strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis. Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selesema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.

 

4. Daging tanpa lemak
Manfaat daging tanpa lemak adalah ia mengandungi dua mineral penting bagi meningkatkan daya imun tubuh anak. Makan daging tanpa lemak ini adalah jalan pantas bagi meningkatkan zat besi ke dalam tubuh.

 

5. Bawang putih
Bawang putih juga merupakan ramuan memasak yang lazat dan mencegah penyakit. Mempunyai antioksidan yang kuat bagi melawan virus. Maksudnya dapat mencegah selsema dan sembuh dengan lebih cepat. Bau bawang putih yang unik dapat membantu memerangi selsema anak. Bayi dan kanak-kanak yang mengalami gatal dan bengkak di bahagian kerongkong akan menolak untuk makan atau menelan sesuatu yang menyakitkan.

 

Tips Penggunaaan Persediaan Ubat Batuk dan Selsema Kanak-Kanak untuk Ibu Bapa

  1. Jangan berikan produk orang dewasa kepada kanak-kanak. Persediaan untuk orang dewasa adalah tidak sesuai bagi kanak-kanak.
  2. Bertanya dengan ahli farmasi atau doktor anda sekiranya terdapat pertanyaan dan masalah mengenai penggunaan ubat batuk dan selsema yang ambil.
  3. Pilihlah produk ubat batuk yang dilengkapi penutup keselamatan untuk kanak-kanak jika perlu atau sentiasa pastikan penutup botol ubat ditutup dengan ketat.
  4. Jauhi produk ubat batuk dan selsema ini dari kanak-kanak.
  5. Periksa label dan pastikan anda mengetahui bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut. Baca maklumat ubat yang biasanya terdapat pada sisipan produk. Ini dapat membantu anda mengetahui simptom – simptom yang dapat dikawal oleh bahan aktif tersebut. Produk ubat batuk dan selsema biasanya mempunyai lebih dari satu bahan aktif contohnya decongestant, cough suppressant, expectorant, atau bahan penahan sakit.
  6. Berhati – hati apabila memberi anak anda/kanak-kanak lebih dari satu jenis produk ubat batuk dan selsema. Pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan aktif yang sama kerana ini mungkin menyebabkan anak anda/kanak-kanak menerima dos ubat yang berlebihan.
  7. Pastikan anda membaca dengan teliti arahan penggunaan ubat seperti yang terdapat pada maklumat ubat (drug facts) dalam sisipan produk. Maklumat ini akan memberitahu anda tentang dos dan kekerapan pengambilan produk tersebut. Penggunaan berlebihan atau penyalahgunaan produk ubat batuk dan selsema ini boleh menyebabkan kesan buruk seperti masalah pernafasan, denyutan jantung menjadi cepat dan sawan.
  8. Gunakan alat penyukat yang disertakan bersama bungkusan produk dan elakkan penggunaan sudu kegunaan dapur memandangkan sudu ini biasanya memberikan sukatan yang berbeza – beza. Sekiranya alat penyukat tidak disertakan, anda boleh mendapatkan picagari dari kedai farmasi.
  9. Anda perlu faham bahawa penggunaan produk ubat batuk dan selsema yang boleh didispens tanpa preskripsi adalah hanya bertujuan untuk mengawal simptom seperti hidung tersumbat, demam dan kesakitan tetapi tidak menyembuhkan penyakit tersebut. Persediaan ini tidak merawat punca kepada simptom batuk dan selsema dan ia juga tidak mempercepatkan proses penyembuhan.
  10. Adalah normal bagi kanak – kanak untuk mengalami demam, batuk dan selsema sepanjang proses tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, kanak-kanak lazimnya akan pulih dengan sendiri. Demam, batuk dan selsema yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus boleh diuruskan dengan rehat yang sempurna, pengambilan air yang cukup dan memastikan kanak-kanak sentiasa selesa.

 

Diharap artikel ini membantu dalam merawat selesema anak anda. Jika keadaanya semakin berlarutan, adalah lebih baik, dapatkan rawatan doktor dengan segera untuk pemantauan yang lebih rapi. Ingin dapatkan produk Minayk Herba Asmak untuk merawat masalah selesema anak anda? Klik disini.

 

Kredit :
1. SinarHarian
2. MyHealth

Shopping cart close