Skip to main content
search
0

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Sumber: pagesfromserendipity.com

Apa Penyebab Ekzema?

  • Keturunan.
  • Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
  • Infeksi virus.
  • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
  • Lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

Apakah Tanda-Tanda dan Gejala Ekzema?

  • Bengkak kecil yang berair.
  • Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok.
  • Kawasan tumpuan ialah di bahagian muka, bahagian berlipat seperti leher, telinga dan pada kulit kepala.
  • Kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi.
  • Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik.

Sebagai langkah rawatan, ibu bapa boleh lakukan ini di rumah supaya dapat mengawal ekzema yang dihadapi si kecil daripada menjadi lebih teruk.

  1. Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk.
  2. Elakkan permaidani. Sekiranya ada, pastikan ianya sentiasa dibersihkan & bebas habuk.
  3. Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  4. Elakkan memelihara binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah buat sementara waktu sehingga ekzema si kecil sembuh.
  5. Sapu pelembap. Pelembap kulit yang di perbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
  6. Kuku si kecil haruslah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
  7. Sentiasa memakai pakaian daridada fabrik kapas, nipis dan longgar. Elakkan dari fabrik yang kasar.
  8. Elakkan mandi air panas/suam.
  9. Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  10. Elakkan mengelap dengan cara menggosok, sebaliknya hanya melalukan dan menekan lembut sahaja kulit anak untuk mengelakkan kelembapan semula jadi kulitnya hilang.

Berikut adalah beberapa langkah rawatan yang mudah dilakukan, sebaiknya ibu bapa bawalah si kecil anda berjumpa doktor pakar kulit untuk mendapatan rawatan dan diagnosis terlebih dahulu.

 

Anda ingin mencari produk yang sesuai untuk membantu melegakan masalah ekzema? Klik di sini.

Sumber:

Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu