batuk

12 Cara Hilangkan Batuk Kahak Dewasa

Kahak tesekat di tekak merupakan sebuah gejala umum yang sering kali terjadi. Hal ini sememangnya akan mengakibatkan sedikit ketidak selesaan pada orang yang mengalaminya. Namun demikian, cara cairkan batuk kahak ini harus dirawat pada tahap awal lagi dan tidak dibiarkan ia menjadi lebih teruk kerana bimbang akan mendatangkan masalah yang boleh menjejaskan kesihatan.

Anda ada masalah kahak? Berikut adalah 12 cara cairkan batuk kahak dengan cepat dan berkesan dengan menggunakan bahan yang ada di rumah anda.

 

1. Nenas

Buah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nenas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.

 

2. Asam jawa

Asam jawa mengandungi khasiat yang boleh membuatkan tekak anda berasa lega. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut  untuk membuang biji dan seratnya.

Meminum air asam jawa ini bukan sahaja boleh membuatkan tekak anda terasa nyaman malahan ia boleh menyejukkan badan kita. Minum air asam jawa dua kali sehari untuk kesan menakjubkan walaupun rasanya agak masam.

 

3. Bawang Putih

Cara Cairkan Batuk Kahak

Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah kahak. Petua ini amat mudah, anda perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya dan seterusnya membakar ia di atas dapur gas anda selama 15 minit. Pastikan bawang putih tersebut tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung. Buang kulit bawang tersebut dan makan ia begitu sahaja.

Jika anda tidak berselera memakan bawang putih tersebut, anda juga boleh menumbuk bawang putih yang telah dibakar tersebut dan gaul bersama minyak zaitun. Sapukan pada leher anda sekerap yang mungkin. Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada tekak.

Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang pekat. Sifat semulajadinya membantu mengeluarkan kahak yang berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong.

 

4. MaduCara Cairkan Batuk Kahak

 

Madu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak. Menurut satu kajian, madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk.

Anda boleh membuat ramuan sendiri di rumah dengan mencampurkan 2 sudu teh madu bersama dengan air suam dan perahan lemon. Madu juga mampu untuk menenangkan  manakala jus lemon membantu dari berlaku kesesakan pada rongga. Anda juga boleh memakan madu itu dengan perahan limau nipis.

Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.

 

5. Halia

Halia dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada didalam badan. Halia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga dapat mengurangkan pedih pada tekak. Campuran pudina segar bersama halia dapat bantu menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk.

Apa yang anda perlukan adalah halia yang di rendam bersama beberapa helai daun pudina di dalam segelas air panas dan dicampurkan dengan sedikit madu. Minum dua kali sehari dan anda akan alami perbezaan setelah meminum air campuran halia tersebut.

 

6. Air Garam

Cara Cairkan Batuk Kahak

Cara cairkan batuk kahak membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan membantu mengeluarkan kahak di tekak. Anda hanya perlu mengambil segalas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari.

Petua hilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang. Biasanya cara ini boleh membantu dengan cepat untuk menghilangkan batuk anda, sudah tentu ditambah pula dengan terapi semula jadi atau dengan mengambil ubat-ubatan doktor.

Ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur 6 tidak sesuai untuk menggunakan kaedah berkumur ini kerana bimbang mereka akan tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.

 

7. Makanan Bercili

 

Cara Cairkan Batuk Kahak

Makanan pedas bertindak sebagai natural decongestant, bermakna melegakan tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di belakang tekak anda. Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan kahak yang menghalang di belakang tekak. Selain itu makanan pedas juga meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Ini juga membantu mengurangkan kahak pekat di tekak anda.

 

8. Kunyit

Cara Cairkan Batuk Kahak

Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu. Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat. Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.

 

9. Teh Bunga

 

Teh bunga chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit. Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan. Minum dengan perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda.

 

10. Aiskrim Vanilla

Cara Cairkan Batuk Kahak

Aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana ia menyebabkan tekak terasa kebas. Aiskrim sifatnya sejuk apabila anda memakan aiskrim tekak anda akan berasa begitu nyaman. Jangan pula anda memakan ais batu kerana ia akan membuat batuk anda bertambah teruk lagi.

Jika anda tidak berselera untuk memakan makanan yang berat akibat batuk dan sakit tekak. Anda jangan bimbang kerana dengan memakan aiskrim ia mampu untuk memberi tenaga tambahan kepada diri anda.

 

11. Air Putih

Cara Cairkan Batuk Kahak

Kekurangan cecair di dalam badan anda boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan iaitu seperti tekak menjadi kering dan ketidak keselesaan. Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang teramat murah dan sangat penting adalah air putih. Air putih akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan anda meminum banyak air putih.

 

12. Wap @ Stim

 

Cuma gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda. Stim adalah amat panas. Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastikan stim tidak terus menghala ke muka. Sambil itu minta seseorang tepuk-tepuk belakang anda dengan perlahan dengan tujuan nak melonggarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan dari badan.

 

Anda sedang mencari produk yang boleh membantu melegakan batuk kahak? Klik di sini.

Sumber:
Bidadari

ekzema

Tip Menghilangkan Ekzema Pada Bayi

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Sumber: pagesfromserendipity.com

Apa Penyebab Ekzema?

  • Keturunan.
  • Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
  • Infeksi virus.
  • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
  • Lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

Apakah Tanda-Tanda dan Gejala Ekzema?

  • Bengkak kecil yang berair.
  • Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok.
  • Kawasan tumpuan ialah di bahagian muka, bahagian berlipat seperti leher, telinga dan pada kulit kepala.
  • Kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi.
  • Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik.

Sebagai langkah rawatan, ibu bapa boleh lakukan ini di rumah supaya dapat mengawal ekzema yang dihadapi si kecil daripada menjadi lebih teruk.

  1. Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk.
  2. Elakkan permaidani. Sekiranya ada, pastikan ianya sentiasa dibersihkan & bebas habuk.
  3. Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  4. Elakkan memelihara binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah buat sementara waktu sehingga ekzema si kecil sembuh.
  5. Sapu pelembap. Pelembap kulit yang di perbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
  6. Kuku si kecil haruslah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
  7. Sentiasa memakai pakaian daridada fabrik kapas, nipis dan longgar. Elakkan dari fabrik yang kasar.
  8. Elakkan mandi air panas/suam.
  9. Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  10. Elakkan mengelap dengan cara menggosok, sebaliknya hanya melalukan dan menekan lembut sahaja kulit anak untuk mengelakkan kelembapan semula jadi kulitnya hilang.

Berikut adalah beberapa langkah rawatan yang mudah dilakukan, sebaiknya ibu bapa bawalah si kecil anda berjumpa doktor pakar kulit untuk mendapatan rawatan dan diagnosis terlebih dahulu.

 

Anda ingin mencari produk yang sesuai untuk membantu melegakan masalah ekzema? Klik di sini.

Sumber:

Shopping cart close