Keperluan bayi semasa kelahiran perlu lah disediakan dan tidak asing lagi mengujakan pasangan ibu dan bapa. Namun terkadang perkara ini menyebabkan segala persiapan bersalin dan menyambut bayi dibeli secara berlebihan. Jangan risau. Pembaziran ini dapat dielakkan dengan mengikuti beberapa senarai cadangan keperluan asas seperti di bawah. Barangan-barangan lain juga boleh dilengkapkan kemudian apabila si comel telah berada di dakapan anda.
1. Pakaian Bayi
Mulakan dengan hanya beberapa helai sahaja kerana tumbesaran bayi pada ketika ini sangat pantas. Pakaian bayi sesuai ditambah seiring dengan tumbesaran mereka dan pastikan ianya 100% daripada kain kapas.
Cadangan bilangan pakaian bayi adalah: 3 baju lengan panjang dan pendek, 3 seluar panjang dan pendek, 2 helai bib bayi, 2 pasang stokin dan sarung tangan,2 helai penutup kepala atau topi, barut dan kain bendung.
2. Keperluan Menyusu Anak
Keperluan berikut adalah disarankan sekiranya anda memilih untuk meyusu badan: baju dalam khas menyusu, pengepam susu, bekas simpanan susu, botol serta puting susu, bekas rendalam stim, berus botol, penghangat botol, pad dan krim payudara.
Bag pendingin bagi menyimpan susu yang dipam di pejabat juga boleh disediakan sekiranya anda bekerja. Jika anda memilih susu formula pula, anda perlu sediakan susu formula, termos air panas, bekas susu dan bekas air masak.
3. Kelengkapan Mandi Bayi
Tuala, minyak urut bayi seperti Minyak Herba Asmak, krim ruam bayi, kapas muka dan putik kapas adalah merupakan kelengkapan asas mandi untuk bayi. Tuala mandi disarankan untuk cari tuala yang lembut dan sekoranya tuala berhud, lebih mudah untuk membendung bayi. Selain itu, besen mandi bayi juga boleh dimasukkan dalam senarai namun anda boleh memanfaatkan sinki di rumah jika ianya cukup selesa,.
Set mandian juga boleh dilengkapkan dengan adanya pengetip kuku, penyedutt hidung, termometer dan sikat.Kulit bayi sangat bersih dan tidak perlu kepada sebarang mandian khas. Anda disarankan untuk mencari mandian tanpa sabun yang mempunyai kadar pH5.5.
4. Keperluan Menyalin Lampin
Menyalin lampin adalah sekerap 10-12 kali dalam sehari. Pilihan di tangan ibu bapa sama ada ingin memilih lampin pakai buang atau kain. Lampin pakai buang hanya pek bersaiz S diperlukan dan saiz yang lebih bersesuaian hendaklah dibeli mengikut pembesaran bayi. Untuk pilihan lampin kain ianya bukan sahaja menjimatkan kerana boleh dipakai berulang kali namun ianya jua lebih mesra alam sekitar.
Sediakan juga: Lapik kalis airr yang mudah dilap, tisu basah dan krim ruam.
5. Keperluan Tidur Bayi
Ibu yang menyusukan anak boleh menjadikan katil mereka untuk bayi mereka atau sekiranya anda memilih untuk menyediakan katil khas, pilihlah cot bayi yang boleh bertukar menjadi katil. Penyediaan seperti: tilam khas bayi, bantal, sarung bantal dan selimut khas untuk bayi yang lembut dan ringan, atau kelambu juga boleh disediakan jika dirasakan perlu.
6. Keperluan Perjalanan
Stroller yang boleh ditukar kepada tempat duudk khas kereta juga diperlukan untuk keselamatan bayi. Jika anda memilih baby pram, pastikan ia boleh diubah kepada posisi berbaring penuh. Tempat duduk khas terpakai juga boleh digunakan dan apa yang anda perlu pastikan ialah keselamatan barangan tersebut dan berfungsi baik sepenuhnya.
7. Keperluan Ibu
Keperluan asas untuk ibu pula yang perlu dibawa ke hospital termasuk: selipar jepun,stokin tebal, pad khas bersalin atau pad biasa, baju kain kapas yang longgar serta serap peluh.
Cadangan keperluan ini mungkin berbeza bergantung kepada pasangan ibu bapa masing-masing. Sedikit sebanyak diharap agar dapat membantu pasangan ibu bapa yang ingin membuat persiapan untuk kelahiran bayi anda nanti. Sedikit tips mudah, adakan wishlist dan kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Mereka tentu ingin menghadiahkan sesuatu nanti, sekaligus pembaziran dapat dilelakkan. Selamat berbahagia menyambut ahli keluarga yang baru!
Sekiranya ingin mendapatkan set mandian lengkap bayi keluaran Asmak, klik sini.
Kredit: TheAsianParent