Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung – 8 Tip Untuk Mengekalkan Kesihatan Rambut

Nama pun mahkota setiap wanita kan, mesti kena jaga sebaiknya  Bukan wanita yang freehair sahaja kena jaga rambut, wanita bertudung lagi lah kena jaga. Jangan sebab kepala bertutup, anda tidak perlu jaga kesihatan rambut. Penjagaan rambut sama penting macam anda jaga muka juga.

Anda bekerja dari pagi hingga petang pakai tudung. Sudah semestinya rambut anda bertutup dan tak boleh ‘bernafas’. Bila rambut dah tertutup sepanjang hari, ia juga menyebabkan kekeringan dan rambut gugur. Tetapi jangan risau, ikuti 8 tip untuk mengekalkan kesihatan rambut bagi wanita bertudung supaya rambut sentiasa segar, lebat, berkilau, kuat & terurus sehingga waktu petang.

 

1. Kenali jenis rambut

Setiap orang mempunyai jenis rambut yang berbeza. Rambut korang jenis lurus, kerinting atau ikal mayang? Amat penting untuk anda tahu jenis rambut supaya anda boleh tentukan cara penjagaan rambut yang terbaik.

 

2. Ketahui masalah rambut dan produk yang sesuai

Terdapat banyak jenis masalah rambut dan kulit kepala seperti rambut kering, nipis, tidak bermaya, rapuh dan yang paling tidak boleh elak adalah rambut gugur. Stress kan bila pakai tudung tapi kepala gatal-gatal lepas tu banyak kelemumur dan rambut yang gugur.

Kenalpasti masalah yang anda hadapi. Selepas sudah tahu masalah rambut anda, cuba cari produk rambut yang sesuai. Jika anda tidak pasti dengan sesuatu produk tu, cuba yang trial set dahulu. Jika tidak sesuai, anda boleh cuba produk lain.

 

3. Berunding pakar rambut

Sebaiknya anda pergi berjumpa dengan pakar rambut sekurang-kurangnya dua bulan sekali untuk mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar tersebut. Lebih Baik anda membuat dahulu ujian rambut dan kulit kepala anda.

 

4. Tak perlu cuci hari-hari

Anda boleh cuci rambut secara berkala, contohnya selang sehari atau bila rasa kulit kepala dah mula berminyak. Sambil-sambil anda cuci itu, urut dan gosok kulit kepala perlahan-lahan menggunakan jari.

Kadang-kadang bila anda cuci rambut pada waktu pagi dan tidak sempat untuk keringkan, selepas itu terus ikat dan pakai tudung, Perkara itu boleh membuatkan rambut anda rosak dan berbau.

 

5. Guna serum & perapi

Jika rambut anda melepasi paras bahu, pastikan menggunakan perapi selepas syampu rambut untuk rawat hujung rambut yang kering. Elakkan perapi dari terkena pada kulit kepala.

Dan jangan menggunakan terlalu banyak perapi, ini menyebabkan rambut akan jadi berat dan berminyak.

 

6. Jangan bungkus rambut

Hampir semua orang selalu bungkus rambut selepas mandi. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tabiat itu tidak baik untuk rambut kerana rambut akan jadi kerinting dan bercabang.

Sebaiknya anda keringkan rambut dengan cara gosokkan rambut secara lembut menggunakan tuala microfiber. Kemudian biar rambut kering sendiri. Selepas kering, baru anda boleh sikat.

 

7. Jangan ikat rambut terlalu ketat

Lagi satu perkara penting yang anda kena tahu adalah jangan ikat rambut terlalu ketat atau terlalu tinggi. Pakailah anak tudung yang selesa dan lembut untuk tutup anak rambut anda.

Cara ni untuk mengelakkan anda rasa pressure atau sakit kepala semasa bertudung dan membolehkan rambut anda tumbuh dengan baik.

 

8. Air, vitamin dan protein yang cukup

Rahsia untuk mendapatkan rambut yang segar dan sihat adalah mengambil nutrisi harian yang mencukupi. Lebihkan minum air mineral, makan makanan yang sihat dan berkhasiat dan jangan lupa ambil vitamin untuk rambut.

Barulah rambut anda kekal cantik dan bersinar!

 

Mudah sahaja untuk menjaga rambut. Tambahan pula bagi yang bertudung. Tidak perlu lagi pergi ke salon rambut. Semoga tip ini berguna untuk anda semua.

 

 

Sumber: https://ohbulan.com/8-tips-penjagaan-rambut-untuk-korang-yang-berhijab-tak-susah-pun/

Cara Melebatkan Rambut Dengan Cepat untuk Lelaki – Guna 7 Bahan ini

Masalah rambut gugur atau rambut nipis semestinya satu masalah besar bagi ramai orang tidak kira lelaki atau wanita. Ianya berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak betul, cara penjagaan rambut yang salah, produk rambut yang terlebih banyak bahan kimia, cuaca yang tidak menentu, tekanan dan banyak lagi.

Kadang kala ianya buatkan lagi tekanan pada diri apabila melihat keadaan rambut yang gugur teruk dan menipis. Bahkan pelbagai tonik dan produk rambut yang telah dicuba dengan bilangan wang yang banyak turut dilaburkan semata-mata untuk melebatkan rambut.

Apa kata anda cuba kaedah gunakan 7 bahan semulajadi di dalam rumah anda yang mampu melebatkan rambut anda dengan cepat, mudah & jimat ini kerana ianya sangat efektif. Malah, sihat dan selamat  untuk kulit kepala kerana tiada sebarang bahan kimia, 100% dari bahan organik. Cubalah!

Lidah Buaya

Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang terkandung di dalam daun tersebut dan sapukan rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.

Jus Oren

Kupas kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat. Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.

Telur

Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.

Avocado

Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan. Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedua-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.

Minyak Kelapa

Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari. Lakukan urutan membulat dan tidak terlalu kuat tekanannya. Setelah itu, lindungi rambut dengan tuala tebal yang sudah direndam bersama air panas. Biarkan ia selama setengah jam dan cuci dengan menggunakan syampu. Ulangi kaedah ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.

Daun Inai

Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Kisar sehingga ia menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam. Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam. Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersama perapi. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.

Anda sedang mencari produk penjagaan rambut? Klik di sini.

Sumber:

cara tradisional merawat resdung

Cara Tradisional Merawat Resdung – Amalkan Petua-Petua Mudah

Resdung atau sinus merupakan sejenis penyakit di mana rongga sinus mengalami keradangan yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Jika anda sering mengalami gejala seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gatal-gatal hidung, demam, letih serta berasa sakit kepala pada waktu pagi, anda mungkin salah seorang penghidap resdung.

Rawat segera sebelum terlambat dan cuba amalkan cara tradisional merawat resdung ini dengan menggunakan bahan yang ada di dalam rumah anda. In Shaa Allah Berkesan.

Hidrasi

Antara cara tradisional merawat resdung yang pertama ialah minum banyak air mineral tanpa diberi gula. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

Sedut Wap Air Hangat

Rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh tutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

Tuam Muka Dengan Air Panas

Cara tradisional merawat resdung lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Panaskan air sehingga mendidih, tunggu air sedikit suam, celupkan tuala ke dalam air, perah airnya dan tuamkan tuala di bahagian muka anda. Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

Lidah Buaya

Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Caranya ialah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya secara teratur.

Limau Nipis Dan Daun Pandan

Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 biji buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perahan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air sahaja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Setelah selesai, cuci wajah anda dengan air biasa.

Amaran! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu andai ragu-ragu.

Kunyit Atau Halia

Kunyit mempunyai sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia ialah ia boleh menenangkan perut anda.

Cuka Epal Dan Madu

Petua menghilangkan resdung seterusnya adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epala dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

Anda mencari produk yang boleh membantu melegakan resdung? Klik di sini.

Sumber:

Cara Penjagaan Rambut Kering Dan Kembang – Ikuti Tip Ini Untik Mengatatasi Rambut Kering Anda

Bagi yang mengalami masalah rambut kering sudah pasti rambut akan kelihatan kering dan kembang. Ada beberapa cara penjagaan untuk mengatasi masalah rambut kering ini, malah ia juga boleh dilakukan hanya di rumah dengan cara yang lebih mudah dan jimat.

Kurangkan Kepanasan Pada Rambut

Rambut yang kering biasanya berlaku disebabkan panas yang berlebihan pada rambut. Jika anda biasa menggunakan pengering rambut, hentikan segera penggunaanya kerana pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi lebih kering. Cuci rambut menggunakan air dingin dan bukannya air suam. Bagi anda yang tidak berhijab, gunakan topi sebagai pelindung rambut saat anda keluar di siang hari.

Elakkan Mencuci Rambut Setiap Hari

Mencuci rambut setiap hari boleh membuatkan minyak pelindung yang ada pada rambut hilang sehingga membuatkan rambut menjadi kering. Berikan jarak waktu sehari untuk anda mencuci rambut. Apabila selesai berenang, segera membilas rambut agar klorin dari dalam kolam yang melekat pada rambut dapat dibersihkan. Sikat rambut anda ketika basah dan bukannya ketika rambut kering. Ini bagi mengelakkan rambut gugur.

Gunakan Syampu Yang Lembut

Bagi anda yang miliki rambut kering, cubalah menggunakan syampu bayi yang bersifat lembut. Bahan kimia yang ada pada syampu umumnya bersifat keras sekali gus merosakkan struktur dan akar rambut terutamanya bagi pemilik rambut kering.

Rawat Rambut Dengan Minyak

Tip merawat rambut kering yang tidak kurang pentingnya ialah penggunaan minyak untuk perawatan rambut. Campuran minyak kelapa dan pati minyak lavender yang dihangatkan boleh digunakan untuk merawat rambut kering. Selain itu, penguunaan madu pada kulit kepala atau rambut juga boleh dijadikan alternatif untuk merawat rambut kering. Jangan lupa untuk membilasnya setelah dibiarkan seketika sesuai dengan waktu yang dianjurkan.

Potong Hujung Rambut Secara Teratur

Memotong hujung rambut secara teratur, minimum dua bulan sekali dapat mencegah terjadinya rambut bercabang. Rambut bercabang juga merupakan antara penyumbang pada rambut kering.

Walaupun bagaimanapun merawat rambut kering harus diimbangi dengan pengambilan makanan yang bernutrisi untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Minum air putih secukupnya, makan makanan dengan gizi ynang seimbang serta mengambungi vitamin dan mineral yang baik untuk rambut. Hasilnya, rambut anda akan tampil berkilau dan menawan.

Anda sedang mencari produk penjagaan rambut? Klik di sini.

Sumber:

Shopping cart close