Ini 10 Minuman Sihat Dan Menyegarkan Untuk Ibu Hamil

Kebanyakan ibu hamil mesti minum air secukupnya atau yang disarankan adalah 8-12 gelas sehari bergantung kepada individu (air putih sahaja tau, kalau air manis 12 gelas sehari nanti ibu-ibu kena diabetis pulak). Jom bincangkan tentang 10 Minuman sihat Menyegarkan untuk ibu hamil.

 

Sepanjang hamil, tubuh ibu akan bergantung pada air untuk mendapatkan khasiat tambahan. Disini kami akan kongsikan 10 minuman sihat dan menyegarkan untuk ibu hamil. Almaklumlah ibu hamil ni asyik panas je memanjang.

 

  1. Air Kosong / Air Masak

Bila bercakap tentang minum air kosong, mesti ramai yang mengeluh. Banyak sangat alasan seperti nanti kerap ke tandas, air kosong tak sedap dan paling popular tak sempat minum.

Semasa hamil, badan anda memerlukan lebih banyak air untuk menangani permintaan badan anda. Air adalah penting untuk sel-sel darah yang sihat dan untuk mengekalkan hidrasi badan. Air juga merupakan komponen utama susu ibu, dan penting bagi pengeluaran susu yang baik. Ini dalah waktu terbaik untuk anda minum air kosong.

 

  1. Air Kelapa

Air kelapa merupakan sejenis minuman isotonik semula jadi yang mempunyai magnesium dan kalium, oleh itu ia membantu mengelakkan dehidrasi (nyahhidrat). Air kelapa juga melegakan keletihan dengan mengembalikan garam semula jadi dalam badan yang hilang apabila anda berpeluh. Ia adalah pilihan yang sangat sihat untuk melegakan dahaga ketika mengandung.

Bagi ibu hamil yang susah nak membuang air besar, air kelapa sangat bagus untuk pencernaan kerana kandungannya yang rendah lemak dan kalori, yang juga dapat mengelakkan daripada berat badan bertambah.

 

  1. Lemonade

Jus limau atau lemonade mengekalkan hidrasi badan dan membekalkan vitamin C yang membantu badan anda menyerap zat besi dengan lebih berkesan. Anda boleh meminumnya bila-bila masa atau disajikan bersama hidangan makanan. Dan jika anda mengalami mabuk hamil, jus limau atau lemonade dengan daun pudina dan halia boleh menjadi minuman alternatif yang lazat.

Manfaat Lemonade

Nak lagi senang, mudah dan cepat, ibu-ibu boleh terus beli serbuk lemonade yang ada dijual dipasaran seperti Lemonade Xpresh . Lemonade Xpresh ini juga adalah minuman sihat dan menyegarkan untuk ibu hamil. Banyak kebaikan Lemonade Xpresh ni tau.

 

  1. Jus Segar

Jus segar dari limau manis, oren, tembikai dan tembikai wangi adalah minuman yang sesuai untuk cuaca panas. Jika anda minum jus segar yang baru diperah, ia penuh dengan semua nutrien daripada buahnya. Jika anda membeli jus dari kedai, pastikan ia mempunyai label “100% jus”. Jika tidak, minuman itu mungkin mengandungi gula tambahan dan perisa tiruan.

 

  1. Minuman Bersusu

Produk susu kaya dengan kalsium, protein dan vitamin B-12. Dalam cuaca panas, susu skim sejuk, lassi dan susu mentega sesuai untuk menyegarkan dan mengekalkan hidrasi badan. Susu kocak atau “smoothie” buah-buahan yang dibuat menggunakan susu, dadih, ais dan buah-buahan ini penuh dengan mineral dan nutrien. Semua ini menghidratkan badan anda selain merupakan makanan ringan yang sihat di antara waktu makan. Walau bagaimanapun, bincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah tak toleransi laktosa.

 

  1. Jus Sayur Buatan Sendiri

Jika anda mempunyai masalah mendapatkan sayuran yang mencukupi dalam diet anda, cuba minum sayur-sayuran anda. Pada waktu siang yang panas, jus sayur-sayuran sejuk memang lazat. Ia juga akan menyegarkan dan memberikan anda nutrien.Baca lebih lanjut mengenai cara-cara mudah untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

  1. Moktel Buah-buahan

Membantu anda mendapatkan beberapa nutrien yang anda dan bayi anda perlukan. Buah yang sesuai untuk digunakan termasuk strawberi, laici, dan limau.

 

  1. Air Dengan Buah-buahan Beku

Anda boleh menjadikan segelas air kosong lebih menyegarkan dengan menambah buah-buahan beku seperti oren, lemon, kiwi, pic, aprikot dan plum, bukannya ketulan ais sahaja. Buah beku juga kelihatan berwarna-warni terapung-apung di dalam air yang jelas dan ia menyejukkan minuman anda sambil memberikan sedikit rasa buah apabila ia mencair..

 

  1. Teh Ais

Dalam cuaca panas, teh ais mungkin lebih menyegarkan daripada yang panas. Hirisan lemon yang ditambah pada teh ais juga boleh melegakan mabuk hamil. Namun begitu, perlu diingat bahawa teh mengandungi kafein, oleh itu berpada-padalah meminumnya. Ketahui lebih lanjut mengenai jumlah kafein yang selamat diambil ketika hamil.

Kurangkan Manis Dalam Minuman

Kesemua 10 minuman yang sihat dan menyegarkan untuk ibu hamil ini jangan diamalkan selalu ya, kalau sekali sekala tidak mengapa. Nanti kalau berat badan naik, gula naik, kena marah dengan cik misi pulak.

Jadi, perbanyakkanlah minum air putih atau air masak. Kalau kurang minum air ni menyebabkan sembelit, rasa letih, sakit kepala dan dehidrasi yang serius mungkin akan membawa maut.

Kepada yang ingin mencuba produk berpantang, boleh klik link di sini.

10 Minuman sihat Menyegarkan

 

Sumber:

Alraudhah

TheAsianParent

12 Perkara Penting Untuk Orang Yang Mengalami Masalah Keguguran Rambut

 

Credit: hellodoktor

Tahukah anda rambut akan gugur dalam 100 helai sehari ?

Rambut akan memanjang lebih kurang 6 inci dalam masa setahun. Rambut ataupun bulu tidak memanjang dengan cepat disebabkan aktivti mencukur. Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa:

  • Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 – 6 tahun
  • Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
  • Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 – 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya

Selain itu, rambut juga akan gugur lebih kurang 100 helai sehari. Jika ia lebih daripada bilangan tersebut, ianya adalah sesuatu yang tidak normal.

Punca dan Sebab Keguguran Rambut

Berikut merupakan beberapa faktor yang dikatakan memain peranan penting dalam proses keguguran rambut.Antaranya:

  1. Hormon: Hormon merupakan salah satu punca atau faktor yang sangat penting. Sekiranya rambut anda gugur lebih dari 100 helai sehari, ia berkemungkinan hormon anda tidak stabil.
  2. Genetik: Mereka yang mempunyai ibu atau bapa yang mengalami masalah botak dan keguguran rambut akan mempunyai risiko yang sama. Hal ini kerana, genetik adalah penyakit yang berketurunan.
  3. Tekanan, penyakit dan juga kelahiran anak boleh menjadi asbab keguguran rambut yang sementara
  4. Ubat: Seperti kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser juga boleh menyebabkan rambut gugur. Mengikut pakar perubatan dalam bidang onkologi, tidak semua ubat yang digunakan dalam kemoterapi mempunyai kesan buruk pada rambut, ada juga ubat yang hanya menipiskan rambut dan tidak menggugurkan ia. Selain itu, ubat tekanan darah tinggi dan juga ubat perancang keluarga juga boleh menyebabkan keguguran rambut yang sementara.
  5. Melecur: Melecur dikawasan kepala boleh menyebabkan masalah botak kerana folikel pada bahagian kulit telah pun mati.
  6. Produk kosmetik: Penggunaan shampoo yang selalu, pewarna rambut, peluntur warna rambut akan menyebabkan rambut menjadi rapuh dan senang gugur.
  7. Diet: Pengambilan diet yang rendah protein boleh menyebabkan protein di dalam badan berkurangan dan folikel tidak mampu menghasilkan rambut. Ini kerana keratin di dalam rambut itu berasal daripada protein.

 

Tips untuk mengelakkan rambut gugur

    • Elakkan menyikat rambut ketika basah kerana rambut yang basah sangat mudah gugur. Biarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum menyisir kemas.
    • Elakkan penggunaan pengering rambut atau pengerinting rambut kerana haba yang panas boleh membuatkan rambut kita menjadi rosak
    • Kurangkan penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan rambut. Sebaliknya, gunakan produk berasaskan sumber semulajadi.
    • Elakkan pemakaian perapi rambut hingga terkena kulit kepala. Hal ini akan membuatkan rambut nampak lebih nipis dan “berat”.
    • Untuk mengelakkan rambut terus gugur, anda juga boleh memotong rambut sehingga pendek

 

Akhir sekali, sekiranya keguguran rambut masih kerap berlaku, segera berjumpa dengan pakar untuk rawatan selanjutnya.

Kepada yang mempunyai masalah  seperti di atas boleh klik link di sini.

 

Kredit:

  1. https://thediagnosa.com/rambut-gugur-punca-jenis-rawatan/
  2. https://my.theasianparent.com/perniagaan-kejam-pil-gugurkan-janin
Shopping cart close