Ini 7 Cara Merawat Ruam Lampin Bayi Di Rumah

Ruam lampin pada bayi merupakan perkara yang memang tidak dapat dielakkan terutama bagi bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Ada sesetengah bayi jika dipakaikan krim ruam lampin, ia akan beransur pulih, tetapi ada juga bayi yang semakin teruk jadinya. Keadaan itu menyebabkan mereka rasa tidak selesa dan akhirnya meragam tidak henti.

 

Antara beberapa punca yang boleh menyebabkan ruam lampin adalah, keadaan di mana lampin tersebut bersentuh atau bergeser dengan kulit. Punca lain adalah, lampin yang dipakaikan terlalu ketat atau dibiarkan terlalu lama sehingga menjadi ruam di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

 

Biasanya ruam ini mudah sembuh dengan penukaran lampin secara kerap dan ibu bapa juga perlu sentiasa pastikan kawasan tersebut sentiasa kering. Tetapi ada juga bayi yang menghadapi masalah ruam lampin yang sukar untuk dirawat.

 

Bagaimana ruam lampin terjadi?

Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit. Ia juga mungkin disebabkan oleh:

i. Kulit terdedah air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama

i. Alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang

iii. Alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh lampin kain

iv. Permukaan lampin terlalu keras

 

Segera dapatkan rawatan doktor jika ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran. Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil. Bayi anda demam. Bayi anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa. Wujudnya benjolan atau bintik-bintik. Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala. Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu.

 

Cara merawat ruam lampin
Apakah rawatan yang sesuai untuk ruam lampin bayi?

Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida. Gunakan air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali selepas membuang air kecil atau besar. Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakan pengudaraan dan mengeringkan kulit mati. Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat. Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.

 

Ruam lampin boleh dicegah dengan cara ini

Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin daripada terjadi adalah dengan memastikan kawasan lampin bayi anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.

 

  1. Periksa lampin bayi anda secara kerap

Periksa lampin bayi secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor. Jangan biarkan hingga lampin penuh baru anda tukar. Ia akan menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi anda dan menyebabkan bayi anda menderita ruam lampin.

 

  1. Gunakan air suam, sabun lembut

Berhati-hati ketika membersihkan bahagian punggung bayi anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dan sabun pencuci yang sesuai untuk bayi.

 

  1. Pastikan kulit bayi kering

Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain. Jika kulitnya basah, ia akan menyebabkan permukaan lampin lembap.

 

  1. Krim ruam lampin zink oksida

Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit bayi anda sebelum anda pakaikan lampin.

 

  1. Elakkan penggunaan seluar plastik

Elak penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik. Plastik tidak mempunyai ruang udara yang baik dan tiada pengaliran udara.

 

  1. Elak tisu basah beralkohol

Elakkan penggunaan tisu basah yang mengandungi alcohol.

 

  1. Cuba tukar sabun, krim ruam lampin

Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan juga sabun yang digunakan. Bayi anda mungkin tidak sesuai dengan krim atau sabun yang digunakan.

 

Sekiranya anda mengalami masalah ini dan ingin mencuba produk Bedak Asmak, boleh rujuk halaman ini.

Sumber: TheAsianParent

6 Faktor Yang Menyebabkan Slip Disc Dipandang Remeh Oleh Masyarakat

‘Prolapse intervertebral disc (PID)’ atau lebih dikenali sebagai Slip Disc merupakan antara masalah utama dan kerap berlaku dalam kalangan pesakit yang mengalami masalah tulang belakang. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.

Slipped disc adalah penyakit yang melibatkan masalah pada cakera intervertebral (Intervertebral disc). Dimana berlaku pengalihan Nucleus Pulposes dari lokasi normal yang terletak di tengah tengah disk. Perkara ini yang akan menyebabkan berlakunya himpitan pada saraf dikawasan tulang belakang.

Cakera intervertebra terletak diantara tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah ketinggian dan menjadikan tulang belakang fleksibel. Ia dikelilingi oleh lapisan fiber yang dikenali sebagai ‘Annulus fibrosus’ dan di dalamnya mempunyai ‘Nucleus polpopsus’. Koyakkan pada Annulus fibrosus akan menyebabkan nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang

faktor slip disc

Terdapat beberapa faktor risiko yang dapat membawa kepada masalah ini.Antaranya:

  1. Obesiti

Berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang tinggi pada cakera intervertebra tersebut. Tekanan tersebut yang menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera.

  1. Otot yang lemah.

Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot mereka berisiko tinggi untuk slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.

  1. Umur

Hal ini kerana penyakit slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.

  1. Kehidupan yang tidak aktif.

Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana hanya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.

  1. Mengangkat objek yang berat

Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.

  1. Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba.

Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.

Masalah slip disc sememangnya memerlukan perhatian dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami slip disc dan ingin mencari alternatif lain yang mana anda boleh mencuba Fresh N Cool,anda boleh klik di sini.

Kredit

1. thediagnosa

2. ifixphysiotherapy

3. physiogo

4.doctoroncall

Shopping cart close