5 Tips Memilih Barang Mandian Untuk Bayi Yang Berkulit Sensitif

Barang Mandian Untuk Bayi

Bahagianya sambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Sebolehnya ibu ayah mahu beri segala yang terbaik untuk si comel. Sebaika buka mata, tidur sampailah saat memandikan ibu akan pilih yang selamat dan tidak menyakitkan kulit bayi.

 

Ini kerana, bayi yang baru lahir ini kulitnya 30 peratus lebih sensitif dari orang dewasa. Penting untuk ibu lebih berhati-hati pilih barang penjagaan untuk kulit bayi. Dari losyen badan, mandian malah syampu yang selamat bebas kimia. Waktu memandikan bayilah paling penting untuk ibu pilih mandian terbaik untuk bayinya. Tidaklah nanti kulit bayi merah merengsa disebabkan tidak tahan dengan tindak balas bahan penjagaan bayi yang tidak sesuai.

 

Penting pilih mandian yang selamat

Memandangkan kulit bayi ini ekstra sensitive malah setengahnya mengalami masalah ekzema. Terutama pada bahagian muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan lutut.

 

Penting untuk ibu mencari mandian bebas sabun, malah tidak memedihkan mata. Mandian yang mengandungi hypoallergenic dan tanpa toksik inilah paling sesuai untuk kulit alergi bayi. Dalam masa yang sama membantu mengelakkan risiko kerengsaan.

 

  1. Pilih Sabun Bayi Sensitif Khusus Untuk Kulit Bayi

Sabun yang kasar boleh menyakitkan kulit bayi dan menyebabkan kemerahan. Oleh itu, pilihlah sabun bersifat lembut serta bebas toksik dan bahan kimia bagi melindungi kulit sensitif bayi. Kulit bayi juga tidak perlu disental dengan kuat seperti kulit dewasa. Organ kulitnya yang masih nipis dan sensitif perlu penjagaan khusus dengan sabun lembut khas untuk bayi.

 

  1. Tidak Perlu Pilih Sabun Bayi Yang Berbuih

Cara penjagaan kulit bayi dan dewasa jauh bezanya disebabkan oleh sifatnya yang berlainan. Kulit bayi hanya perlu sabun lembut bebas bahan kimia berbahaya tanpa buih-buih yang banyak. Bahan kimia yang ada pada buih sabun dikhuatiri dapat memudaratkan kesihatan kulit bayi lebih-lebih lagi jenis kulit yang sensitif.

 

  1. Elakkan Sabun Dengan Pewangi

Para ibu bapa dinasihatkan untuk memakai sabun bebas pewangi kerana bau sabun yang terlalu wangi mungkin membuatkan bayi kurang senang ketika mandi. Pewangi yang ada pada sabun juga berisiko untuk mengandungi bahan kimia berbahaya untuk kulit sensitif si manja.

 

Tidak perlu sabun wangi-wangi untuk bayi. Bau semulajadi bayi sahaja sudah sangat menenangkan sehingga teringat-ingat bila kita tiada di sampingnya.

 

  1. Gunakan Sabun Hypoallergenic Untuk Bayi Bermasalah Kulit

Sekiranya bayi mengalami masalah kulit seperti kering, dan ekzema, merawatinya dengan memakai rangkaian produk yang mengandungi hypoallergenic ketika mandi. Pembersih jenis ini terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena alahan pada kulit akibat sabun bayi tertentu. Hasilnya, simptom penyakit kulit bayi dapat dikurangkan.

 

  1. Baca Label Produk

Ibu bapa perlu tahu komponen dalam sabun sebelum menggunakannya pada anak sebagai langkah berjaga-jaga. Elakkan sabun yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti glycol, propylene dan paraben. Sabun yang terbaik untuk kulit sensitif adalah yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti badam, susu, madu dan minyak zaitun.

 

Pemilihan Produk Yang Sesuai Amat Penting

Bayi yang sedang membesar mempunyai sistem imun yang sedang berkembang. Oleh itu, kulit yang bertindak sebagai lapisan pelindung pertama badan perlu dijaga rapi untuk kesihatan bayi. Sebenarnya, mandi dengan air bersih dengan sedikit sabun sahaja sudah memadai. Penggunaan sabun dan pembersih juga tidak boleh terlalu kerap kerana rutin ini akan membuatkan kulit bayi mudah kering.

 

Namun begitu, sekiranya bayi mula menunjukkan tanda-tanda masalah kulit seperti kulit kering, ruam lampin, dan eczema, perhatian khusus perlu diberikan. Dapatkan rujukan doktor untuk cadangan produk terbaik berdasarkan kondisi kulit bayi.

 

Anda boleh dapatkan produk Babycare Asmak dengan klik disini



Sumber :
pantangplus.com
mingguanwanita.my

7 Khasiat Buah Lemon Yang Perlu Anda Tahu

Buah lemon mempunyai pelbagai khasiat yang baik yang tidak dapat dinafikan lagi. Buah lemon adalah sejenis buah sitrus yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara kita. Jika disoal, pasti majoriti tahu kewujudan buah ini, namun adakah anda sedar akan kebaikan yang terkandung dalam buah ini?

Walaupun tiada kajian khusus tentang kebaikan air lemon, tapi terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan lemon dan juga air kosong mempunyai banyak khasiatnya.

Oleh itu, jom baca artikel ini untuk mengetahui khasiat-khasiat khusus yang terkandung dalam buah lemon.

Khasiat Buah Lemon

Kredit: siraplimau.

Antara 7 khasiat buah lemon adalah:

1. Lemon kaya dengan vitamin C

Vitamin C merupakan sejenis antioksidan yang boleh membantu tubuh badan kita untuk melawan penyakit. Selain itu, vitamin C juga terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga membantu pemulihan sel-sel dalam tubuh badan.

Tambahan pula, buah lemon juga mengandungi vitamin A, beta-karotena, folat, kalsium dan potassium yang baik untuk badan anda.

2. Amalan minum air lemon baik untuk kulit

Air adalah sangat penting untuk membuatkan badan kekal terhidrat. Jika kita minum air yang cukup, kulit akan menjadi lebih lembap dan sihat. Pengambilan air yang kurang akan buatkan wajah menjadi kering dan lesu.

Badan kita juga memerlukan vitamin C untuk membuat kalogen. Kolagen adalah sejenis protein yang baik untuk kulit. Kolagen dapat memperlahankan tanda-tanda penuaan seperti mengurangkan kedutan pada permukaan wajah. Kolagen juga terkandung dalam buah lemon ini.

3. Bantu anda kekal terhidrat

Anda perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Amalan ini dapat membuatkan anda rasa lebih segar dan bersemangat pada waktu pagi. Sebagai permulaan, cuba amalkan minum air lemon suam ketika anda baru bangun tidur.

4. Bantu turunkan berat badan

Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambil lebih banyak kalori.

Selain itu, amalan ini juga membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Disebabkan itu, keinginan anda untuk makan akan berkurang dan akhirnya anda mengalami penurunan berat badan.

5. Air lemon bantu sistem pencernaan anda

Air lemon mengandungi asid yang boleh membantu sistem pencernaan anda. Lemon juga mengandungi sejenis fiber yang dipanggil pektin. Pektin ialah sejenis prebiotik yang dapat membantu untuk kesihatan perut yang lebih baik.

6. Kurangkan risiko batu karang

Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon juga mampu mengurangkan risiko batu karang. Ia mampu menghalang pembentukan kebanyakan jenis batu karang yang selalunya terbentuk daripada kalsium oksalat.

7. Membantu sistem penghadaman

Antara masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita adalah masalah sembelit. Tahukah anda kandungan serat larut dan serat tidak larut di dalam buah lemon memberi kesan dan khasiat yang baik terhadap pergerakkan usus?

Pengambilan serat yang mencukupi antara 25 g ke 30 g sehari mampu untuk mengatasi masalah sembelit.

Akhir sekali, terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan yang terkandung dalam buah lemon ini. Dapatkan nasihat dan pandangan pakar dan pekerja kesihatan sebelum mengamalkan apa-apa jenis perubatan agar tidak mendatangkan mudarat terhadap kesihatan anda.

Jika anda mengalami masalah sistem penghadaman dan memerlukan alternatif, sila klik link di sini.

Kredit:

  1. rootofscience.com
  2. hellodoktor.com

5 Jenis Sakit Perut Yang Perlu Anda Ketahui

Sakit perut adalah rasa ketidakselesaan yang berlaku di antara bahagian dada dan juga pelvis. Terdapat 5 jenis sakit perut yang perlu anda ketahui dan seringkali terjadi. Sesetengah orang menggelarnya senak perut. Ia biasanya tidak berpanjangan dan selalunya tidak serius. Tetapi, ia juga boleh menjadi sangat serius dan berpanjangan sekiranya ia kerap berlaku. Antaranya 5 jenis sakit perut ialah:

 

Jenis sakit perut

Kredit: Beutynesia

  1. Pedih Ulu Hati

Kebiasaannya, pedih ulu hati ini terjadi akibat senak perut atau perut yang terlalu penuh dengan makanan dan menyebabkan pencernaan sukar untuk membuat proses rutin mereka.

  1. Haid atau Senggugut

Senggugut adalah rasa sakit perut ketika datang period atau haid. Sesetengah wanita akan merasa senak perut kerana perubahan hormon semasa haid. Ia juga boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan.

  1. Gastrik atau Radang Perut

Gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.

  1. Sembelit

Mereka yang mengalami sembelit bermaksud mereka akan mengalami pembuangan air besar yang sukar kerana najis yang keras dan kekerapan pembuangan air besar dalam seminggu pun akan semakin berkurangan.

  1. Apendik atau Apendititis

Simptom awal yang biasa dialami ialah rasa sakit di sekitar kawasan pusat dan kemudiannya bergerak ke bahagian bawah kanan abdomen. Ia boleh menjadi lebih teruk apabila inflamasi di apendiks merebak ke tisu-tisu yang berhampiran terutamanya dalam lapisan abdomen anda.

Apakah tanda-tanda bahaya?

  • Kecederaan pada abdomen yang baru berlaku
  • Kesakitan yang tiba-tiba dan teruk di bahagian perut (abdomen)
  • Amat sakit di bahagian perut semasa mengandung atau sewaktu disyaki mengandung
  • Sakit yang berterusan atau semakin teruk
  • Sakit perut beserta rasa loya, muntah dan demam
  • Sakit perut beserta rasa kembung atau sembelit
  • Sakit apabila sebahagian atau seluruh bahagian perut (abdomen) disentuh
  • Najis atau muntah yang mengandungi darah

Akhir sekali, sekiranya sakit teruk abdomen yang berlaku secara tiba-tiba buat pertama kali menunjukkan keadaan yang serius. Maka,jumpalah doktor dengan segera. Selain itu, sakit perut kronik yang berulang memerlukan penyiasatan dan rawatan lanjut oleh itu dapatkan bantuan dan nasihat daripada doktor anda.

Sekiranya anda mengalami masalah sakit perut seperti diatas, boleh dapatkan Minyak Herba Asmak. Ia akan membantu melegakan kesakitan tersebut.

Sila tekan link disini.

 

Kredit:

  1. thediagnosa.com
  2. hellodoktor.com
  3. theasianparent.com
  4. myhealth.gov.my
Shopping cart close