Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku dalam kalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa. Bagaimanapun, jangan fikir masalah ini hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak saja, sebaliknya orang dewasa juga boleh mengalaminya. Jom kenali 5 bahan rawatan semulajadi bantu atasi ekzema. Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang boleh menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika bertambah teruk.
Ada beberapa jenis ekzema seperti atopic eczema, seborrheic eczema, statis eczema, dyshidrotic eczema, allergic contact dermatitis dan juvenile plantar dermatosis. Setiap jenisnya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Dianggarkan 1:20 orang dewasa menghidap atopic eczema.
Kulit kering menyebabkan rasa kegatalan dan kemerahan pada bahagian yang tertentu. Kulit menjadi luka dan berair apabila digaru. Kadang-kadang menimbulkan gelembung kecil berisi cecair di bawah permukaan kulit. Kulit menjadi tebal (lichenified), bersisik dan warnanya menjadi lebih gelap apabila kerap digaru.
Ianya kerap berlaku dalam kalangan ahli keluarga penghidap ekzema, asma dan allergic rhinitis (resdung). Ini menunjukkan pengaruh faktor genetik sebagai penyebab ekzema.
Punca sebenarnya masih belum dikenal pasti tetapi dipercayai membabitkan reaksi sistem imun yang overactive terhadap sesuatu penyebab iritasi kulit di persekitaran.
Ada juga sesetengah individu mendapat ekzema apabila terdedah kepada elemen persekitaran tertentu seperti bahan pencuci, bahan kimia, tumbuhan, binatang dan sebagainya. Malah, ia boleh menjadi teruk apabila sesetengah individu mengalami stres fizikal atau psikologi yang keterlaluan.
Berikut adalah beberapa bahan yang boleh digunakan:
- Gel lidah buaya
Terdapat pelbagai kegunaan gel yang berasal dari tumbuhan lidah buaya ini. Salah satu fungsi umumnya adalah untuk melegakan ekzema. Gel ini mempunyai ciri-ciri antibakteria, antimikrobial, meningkatkan sistem imun dan penyembuhan luka. Anda boleh membeli gel lidah buaya ini dari farmasi tetapi anda perlu berhati-hati dengan kandungan lain yang terdapat di dalamnya seperti pewarna, pewangi, alkohol atau bahan pengawet.
- Minyak kelapa
Minyak kelapa mengandungi asid lemak yang sihat yang boleh menambah kelembapan pada kulit, sekaligus baik untuk individu dengan masalah kulit kering dan ekzema. Anda boleh menyapu minyak kelapa, selepas mandi atau beberapa kali dalam sehari untuk melembapkan kulit. Pastikan anda turut menyapunya sebelum tidur untuk memastikan kelembapan kulit sepanjang malam.
Pastikan anda menggunakan minyak kelapa ‘dara’ atau ‘cold pressed’ – kaedah pengekstrakan minyak yang tidak menggunakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit. Individu yang mempunyai alahan kepada kelapa, tidak patut menggunakan minyak kelapa.
- Cuka epal
Cuka epal dipercayai dapat memberikan keseimbangan kepada tahap keasidan kulit dan melawan bakteria. Perkara paling penting dalam penggunaan cuka adalah untuk mencairkan (dilute) cuka terlebih dahulu dengan cara mencampurkan sesudu cuka bersama segelas air, jika tidak, cuka boleh menyebabkan luka terbakar atau kecederaan lain. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakannya dengan cara balutan basah iaitu dengan meletakkan campuran cuka yang telah dicairkan ke atas kapas.
Selain itu anda boleh menggunakan kain kasa dan letakkan ia pada bahagian kulit yang bermasalah dan lindunginya atau tutupnya dengan kain yang bersih. Anda juga boleh memilih cara mandian dengan mencampurkan dua cawan cuka ke dalam tab mandian panas dan rendam selama 15-20 minit. Selepas itu bilas badan dengan air yang bersih. Sapu pelembap pada badan beberapa minit selepas mandi.
- Minyak matahari
Berfungsi untuk meningkatkan ciri pelindung kulit dan membantu mengekalkan kelembapan serta mempunyai fungsi antikeradangan. Anda boleh menyapu minyak ini kepada kulit individu dewasa sebanyak dua kali sehari, dengan salah satu sapuan dilakukan selepas mandi dalam keadaan kulit masih basah. Tetapi jika anda mengetahui bahawa anda alah kepada biji bunga matahari, elakkan penggunaan minyak ini.
- Madu
Merupakan agen antibakteria dan antikeradangan semula jadi kerana dapat membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan fungsi imun yang bermakna dapat membantu melawan jangkitan. Madu dapat membantu mencegah jangkitan semasa melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan bagi individu yang mengalami ekzema serta mengurangkan gejala keradangan kulit. Anda boleh mencuba kaedah ini dengan menyapu sebatian madu ke bahagian yang bermasalah.
Amalan pantang makanan tertentu sering dipraktikkan tetapi ia tiada faedahnya sekiranya ekzema bukan berpunca daripada alahan kepada makanan. Bukan semua penghidap ekzema mempunyai alahan kepada makanan. Setiap individu adalah berbeza dan bukan semua pesakit ekzema perlu berpantang.
Untuk mencegah ekzema pada bayi, penyusuan ibu amat digalakkan secara eksklusif sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan pertama dalam kalangan bayi dalam keluarga yang cenderung mendapat asma, ekzema dan alergi kerana ia didapati boleh menurunkan kadar ekzema.
Bedak Asmak juga mampu membantu melegakan masalah seperti Ekzema. Jom dapatkan sekarang! Klik disini.
Sumber : BeritaHarian , HelloDoktor