Skip to main content
search
0

Apa itu essential oil ? Minyak pati atau essential oil adalah sebatian yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan. Essential oil memberi aroma dan rasa tumbuhan tersebut, atau lebih dikenali sebagai “esen”. Sebatian aromatik yang unik memberikan setiap essential oil ciri khasnya tersendiri. Essential oil diperoleh melalui proses penyulingan (melalui wap atau air) atau kaedah mekanikal, seperti cold press. Setelah bahan kimia aromatik diekstrak, ia digabungkan dengan minyak pembawa untuk menghasilkan produk yang siap digunakan. Minyak pembawa digunakan untuk mencairkan essential oil supaya dapat digunakan ke permukaan kulit anda. Ini kerana essential oil kuat dan boleh menyebabkan kerengsaan apabila disapu terus ke kulit anda.

Sebilangan besar minyak pembawa tidak wangi atau sedikit wangi dan tidak mengganggu sifat terapeutik minyak pati. Mereka boleh digunakan sendiri atau dengan minyak lain untuk memberi kesegaran kepada kulit anda. Cara pembuatan minyak adalah penting, kerana essential oil yang diperoleh melalui proses kimia tidak dianggap sebagai essential oil yang sebenar. Essential oil paling sering digunakan dalam amalan aromaterapi, di mana ia dihidu melalui pelbagai kaedah. Awas, essential oil tidak boleh ditelan.

Bahan kimia dalam essential oil dapat berinteraksi dengan badan anda dengan beberapa cara. Apabila dioleskan pada kulit, bahan kimia daripada tumbuhan diserap oleh kulit anda. Menghidu aroma dari essential oil dapat meransang bahagian sistem limbik anda, yang merupakan bahagian otak anda yang berperanan dalam emosi, tingkah laku, deria bau, dan ingatan jangka panjang Menariknya, sistem limbik banyak terlibat dalam membentuk kenangan. Ini dapat menjelaskan mengapa bau-bauan kebiasaannya dapat mencetuskan kenangan atau emosi.

Sistem limbik juga berperanan dalam mengendalikan beberapa fungsi fisiologi separa sedar, seperti pernafasan, degupan jantung, dan tekanan darah. Sebilangan orang turut mendakwa bahawa essential oil boleh memberi kesan fizikal pada tubuh anda. Walau bagaimanapun, ini masih belum dapat disahkan dalam kajian. Terdapat lebih daripada 90 jenis essential oil, masing-masing mempunyai keunikan bau tersendiri serta potensi kesihatan. Berikut adalah senarai 10 minyak pati popular dan tuntutan kesihatan yang berkaitan dengannya:

 

  • Peppermint: digunakan untuk meningkatkan tenaga dan membantu pencernaan
  • Lavender: digunakan untuk menghilangkan tekanan
  • Sandalwood : digunakan untuk menenangkan saraf dan membantu fokus
  • Bergamot : digunakan untuk mengurangkan tekanan dan memperbaiki keadaan kulit seperti ekzema
  • Rose: digunakan untuk memperbaiki mood dan mengurangkan kegelisahan
  • Chamomile: digunakan untuk meningkatkan mood dan relaksi
  • Ylang-Ylang: digunakan untuk merawat sakit kepala, mual, dan keadaan kulit
  • Tea Tree : digunakan untuk melawan jangkitan dan meningkatkan imuniti
  • Jasmine : digunakan untuk mengatasi kemurungan, libido
  • Lemon : digunakan untuk membantu pencernaan, mood, sakit kepala, dan banyak lagi

 

Banyak syarikat mendakwa bahawa minyak mereka “tulen”. Walau bagaimanapun, istilah-istilah ini tidak ditakrifkan secara universal dan oleh itu mempunyai sedikit keraguan. Memandangkan ia adalah produk industri yang tidak terkawal, kualiti dan kandungan minyak pati memberi perbezaan yang besar. Ikuti petua berikut untuk memilih essential oil berkualiti tinggi:

  • Keaslian: Cari minyak yang hanya mengandungi sebatian tumbuhan aromatik, tanpa bahan tambahan atau minyak sintetik. Minyak asli biasanya menyenaraikan nama botani tumbuhan (seperti Lavandula officinalis) daripada istilah seperti “minyak pati lavender.”
  • Kualiti: Essential Oil sebenarnya adalah minyak yang paling sedikit diubah oleh proses pengekstrakan. Pilih essential oil bebas bahan kimia yang telah diekstrak melalui penyulingan atau cold press mekanikal.
  • Reputasi: Beli jenama yang mempunyai reputasibaik dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.Klik disini untuk mendapatkan essential oil by Asmak.
    Kredit : healthline
Ebook PERCUMA - Petua Hilangkan Batuk Bayi Berkahak
50 Perkara Kebanyakan Ibu Tak Tahu
Semoga Bermanfaat

Leave a Reply

Close Menu