Salah satu perkara yang boleh buat bayi meragam tak henti adalah kembung perut. Buntu jadinya ibu ayah. Jadi kali ini kami kongsikan cara untuk menghilangkan kembung perut bayi yang mungkin boleh membantu anda. Yang menariknya, hanya perlu gunakan cara semulajadi saja, malah barang-barang ini boleh didapati di dapur saja.Masalah kembung perut ini memang boleh buat bayi rasa sangat tidak selesa.
Kita sebagai orang dewasa pun rasa sangat tidak selesa apabila kembung perut, serba tak kena jadinya. Apatah lagi bayi yang tidak tahu untuk menyatakan apa yang mereka rasa, jadi bila rasa tak selesa mereka hanya tahu menangis saja. Bayi yang mengalami masalah perut kembung akan menangis setiap masa akibat kesakitan. Sudah pasti sebagai ibu, anda akan berasa sangat susah hati. Tak keruan jadinya bila anak menangis kerana kembung perut. Malah perut mereka pun nampak tegang semacam. Antara cara untuk hilangkan bayi kembung perut adalah seperti berikut.
- Tuam perut bayi dengan lada hitam
Jika bayi anda sering menangis akibat kembung perut, anda boleh tuam perutnya dengan lada hitam. Caranya, ambil secubit lada hitam dan masukkan dalam sehelai sapu tangan. Ikat. Kemudian panaskan lada hitam tadi dengan menekap pada seterika panas.
Apabila suhunya agak suam, tuamkan ke perut bayi. Tekan perlahan-lahan untuk memecahkan angin yang terkumpul dalam perut yang menjadi punca bayi kembung perut. Buat sekerap yang boleh. Pastikan suhu tuam tidak terlalu panas hingga menyebabkan kulit bayi anda melecur.
- Tuam perut bayi dengan halba
Selain lada hitam, anda juga boleh bungkus halba didalam sapu tangan, panaskan dan tuam ke perut bayi.
- Sapukan minyak angin
Menyapu minyak angin ke perut bayi dapat mengurangkan masalah kembung perut yang dialaminya. Ia membantu mengeluarkan angin dari perut dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan yang dialami oleh bayi anda. Tapi pastikan anda cuba sedikit demi sedikit dahulu dan pastikan bayi tidak ada sebarang alahan dengan minyak yang digunakan.
- Urutan mengeluarkan angin
Ini adalah lima teknik urutan yang boleh anda cuba untuk mengeluarkan angin bagi menghilangkan kembung perut bayi.
Teknik lambai dan panggil. Caranya :
Letakkan ibu jari anda pada pusat bayi tanpa bergerak. Manakala untuk empat jari yang lain, gerakkan seperti anda sedang melambai dan tarik ke arah anda seperti sedang memanggil orang untuk datang kepada anda.
Teknik kayuh dan tekan. Caranya:
Lipatkan kaki bayi anda ke atas dan kayuhkan. Kemudian anda tolak kedua-dua kaki bayi ke dalam sehingga terasa bayi anda membalas tolakan anda.
Tapak Kaki. Caranya:
Urut tapak kaki bayi anda dari tumit hingga ke jari dengan menggunakan kedua-dua ibu jari anda. Kemudian tolak jari-jari bayi anda ke atas.
Keting dan Peha. Caranya:
Pegang keting dan peha bayi anda dengan kedua tangan. Pulas seperti anda sedang memerah baju. Buat dalam arah berlawanan. Tangan kanan pusing arah jam, sementara tangan kiri bergerak arah lawan jam.
Belakang badan bayi. Caranya:
Letakkan bayi dalam posisi meniarap, urut belakang bayi ke arah anda dalam gerakan menurun. Lalukan jari anda pada tulang belakang bayi secara perlahan.
- Pakaikan barut
Berbarut merupakan tradisi lama yang sememangnya membantu untuk menghilangkan kembung perut pada bayi. Anda boleh pilih barut biasa atau barut gantung. Sapukan minyak panas sebelum barutkan bayi anda.
6.Pakaikan bedung
Selain barut, bedung juga mampu mengurangkan kembung bayi dan memberikan keselesaan supaya bayi mudah tidur.
- Gunakan kipas siling
Pengunaan kipas meja akan menyebabkan bayi anda mudah kembung. Ini kerana, apabila menggunakan kilas meja, kipas akan ditumpukan ke arah bayi anda dan angin akan menuju secara direct ke arah bayi. Jika anda menggunakan kipas siling, angin akan tersebar ke seluruh bilik, bukannya fokus terus kepada bayi anda.
Ingin mencuba Minyak Herba Asmak untuk mengatasi masalah kembung perut bayi? Klik disini.
Kredit : The Asian Parent