Mommy mesti pernah alami bila baby tidak membuang banyak hari kan? Samalah seperti saya bila baby tidak membuang. Selera menyusu macam biasa, tidur pun tidak terganggu, hampir seminggu baby tidak membuang susah hati dibuatnya. Sebenarnya, jika baby tidak membuang berhari-hari lamanya, bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Punca utama bayi tidak membuang boleh dipastikan melalui cara penyusuan bayi itu sendiri. Jika bayi memang menyusu badan sepenuhnya, masalah tidak membuang ini adalah normal. Sebenarnya banyak petua yang boleh kita gunakan dan banyak punca dan cara mengatasi masalah bayi tidak membuang.
Susu badan mempunyai nutrien yang lengkap yang diperlukan untuk bayi. Kebanyakan nutrien ini diserap oleh badan bayi dan ini menyebab bahan buangan yang dihasilkan tidak seperti bayi yang mengambil susu formula. Jadi, mommy tidak perlu risau jika tidak berak berhari-hari lamanya. Sebaliknya, jika bayi dah mula mengambil susu formula atau dah mengambil makanan pejal, mungkin bayi ada potensi untuk kena sembelit apabila tidak berak berhari-hari. Mommy boleh membantu bayi apabila dia kelihatan resah dan tidak selesa selepas beberapa hari tidak membuang. Ketahui punca dan cara mengatasi nya.
Bila Mommy perlu risau jika bayi tidak membuang?
Bayi yang baru lahir selalunya akan membuang selepas menyusu, sekurang-kurangnya 6 kali sehari. Ini kerana usus bayi masih berkembang pada awal usia kelahiran dan mampu berfungsi dengan baik. Namun begitu, dalam lingkungan usia 2 bulan ke atas, ususnya berkembang dan menjadi lebih matang dan bahagian badan pencernaannya juga dah mampu menyerap lebih nutrien. Ini menyebabkan waktu bayi membuang najis juga menjadi lebih lama daripada sebelumnya. Selalunya, bayi mampu mengadaptasi dengan perubahan ini dan ia bukanlah masalah besar. Selain daripada faktor nak membesar, bayi juga boleh menghadapi masalah tidak berak kerana susu formula yang diambilnya. Susu formula daripada sumber lembu cenderung untuk membuatkan bayi sembelit tetapi khasiat kalsium dan vitamin yang ada pada susu lembu baik untuk bayi.
Walaupun kebanyakan masalah susah berak ini boleh diadaptasi oleh kebanyakan bayi, Mommy juga haruslah sentiasa peka dengan keadaan bayi. Jika bayi ada menunjukkan tanda-tanda seperti berikut, mungkin Mommy perlu dapatkan nasihat pakar:
- Si manja tidak selesa dan menangis semasa membuang air besar
- Najisnya keras dan kehitaman
- Ada tompokan darah pada najis si manja
- Si manja tidak berak lebih daripada 10 hari
- Suhu badan si manja meningkat dan muntah-muntah
- Abdomennya kembung dan mengeras
- Tak kentut dan sentiasa muntahkan susu yang mama bagi
- Tak aktif dan lembik
Cara mengatasi masalah bayi tidak membuang.
- Banyakkan minum air masak
Sembelit sering berlaku akibat kekurangan air dalam badan. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, ajar mereka untuk minum air masak. Ingatkan mereka untuk minum sekurang-kurangnya sekali setiap jam. Jika Mommy keluar rumah, bawa bekal air masak. Untuk bayi bawah 6 bulan, jika sembelit, susukan dengan kerap.
- Tukar susu formula
Jika bayi baru lahir dan hanya menyusu badan, Mommy tidak perlu risau jika mereka tidak membuang air besar selama beberapa hari. Biasanya sembelit tidak berlaku disebabkan susu badan. Teruskan menyusu badan seperti biasa.
Namun, sekuranya bayi Mommy menyusu susu formula, mereka lebih mudah untuk mengalami sembelit. Cuba kurangkan kepekatan susu ketika membancuh atau tukar kepada jenama lain. Sesetengah jenis susu formula mungkin tidak sesuai dengan anak anda. Minta nasihat doktor untuk memastikan susu tersebut sesuai untuk bayi Mommy.
- Buah-buahan berserat
Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula, Mommy boleh berikan mereka makanan separuh pepejal yang kaya dengan serat seperti lobak merah segar yang dikisar.
- Urutan
Urutan sememangnya sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit bayi. Sebelum mengurut bayi, ini adalah persediaan yang perlu anda lakukan:
- Duduk di atas katil atau lantai berkarpet lembut dengan tuala di hadapan Mommy. Mommy juga boleh meletakkan tuala di atas meja untuk mengurut bayi semasa Mommy berdiri tuala membantu menyerap minyak yang berlebihan.
- Mengekalkan suhu bilik yang selesa. Semasa musim sejuk, pastikan bahawa bilik yang panas dan semasa musim panas pastikan terdapat peredaran mencukupi udara sejuk dan segar di dalam bilik. Bayi yang terasa panas dengan cepat dan cenderung untuk marah.
- Pencahayaan di dalam bilik adalah penting dan gunakan sebanyak mungkin cahaya semula jadi.
- Pilih minyak urut yang khusus dibuat untuk bayi. Minyak Herba Asmak sangat sesuai digunakan untuk mengurut bayi.
- Mommy boleh memilih untuk mengurut bayi dengan atau tanpa lampin, Mengurut tanpa lampin boleh meningkatkan risiko terlebih minyak secara tidak sengaja, tetapi ia juga dapat memastikan bahawa mommy mengurut setiap bahagian tubuhnya.
Jadi jika bayi Mommy dah berhari-hari tidak membuang, Mommy tidak perlu panik dan terus bawa ke hospital untuk dirawat. Pantau dulu keadaan bayi dan teruskan menyusu. Susu badan adalah susu terbaik untuk bayi. Begitu juga susu formula. Asalkan ia sesuai dengan bayi dan tidak mengganggu sistem penghadamannya. Pasti ada penawar yang Mommy boleh cuba.
Semoga bermanfaat!
Kredit: bidadari.my