7 Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi Secara Semulajadi

Salah satu perkara yang boleh buat bayi meragam tak henti adalah kembung perut. Buntu jadinya ibu ayah. Jadi kali ini kami kongsikan cara untuk menghilangkan kembung perut bayi yang mungkin boleh membantu anda. Yang menariknya, hanya perlu gunakan cara semulajadi saja, malah barang-barang ini boleh didapati di dapur saja.Masalah kembung perut ini memang boleh buat bayi rasa sangat tidak selesa.

 

Kita sebagai orang dewasa pun rasa sangat tidak selesa apabila kembung perut, serba tak kena jadinya. Apatah lagi bayi yang tidak tahu untuk menyatakan apa yang mereka rasa, jadi bila rasa tak selesa mereka hanya tahu menangis saja. Bayi yang mengalami masalah perut kembung akan menangis setiap masa akibat kesakitan. Sudah pasti sebagai ibu, anda akan berasa sangat susah hati. Tak keruan jadinya bila anak menangis kerana kembung perut. Malah perut mereka pun nampak tegang semacam. Antara cara untuk hilangkan bayi kembung perut adalah seperti berikut.

 

 

  1. Tuam perut bayi dengan lada hitam

 

Jika bayi anda sering menangis akibat kembung perut, anda boleh tuam perutnya dengan lada hitam. Caranya, ambil secubit lada hitam dan masukkan dalam sehelai sapu tangan. Ikat. Kemudian panaskan lada hitam tadi dengan menekap pada seterika panas.

 

Apabila suhunya agak suam, tuamkan ke perut bayi. Tekan perlahan-lahan untuk memecahkan angin yang terkumpul dalam perut yang menjadi punca bayi kembung perut. Buat sekerap yang boleh. Pastikan suhu tuam tidak terlalu panas hingga menyebabkan kulit bayi anda melecur.

 

  1. Tuam perut bayi dengan halba

 

Selain lada hitam, anda juga boleh bungkus halba didalam sapu tangan, panaskan dan tuam ke perut bayi.

 

  1. Sapukan minyak angin

 

Menyapu minyak angin ke perut bayi dapat mengurangkan masalah kembung perut yang dialaminya. Ia membantu mengeluarkan angin dari perut dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan yang dialami oleh bayi anda. Tapi pastikan anda cuba sedikit demi sedikit dahulu dan pastikan bayi tidak ada sebarang alahan dengan minyak yang digunakan.

 

  1. Urutan mengeluarkan angin

 

Ini adalah lima teknik urutan yang boleh anda cuba untuk mengeluarkan angin bagi menghilangkan kembung perut bayi.

 

Teknik lambai dan panggil. Caranya :

Letakkan ibu jari anda pada pusat bayi tanpa bergerak. Manakala untuk empat jari yang lain, gerakkan seperti anda sedang melambai dan tarik ke arah anda seperti sedang memanggil orang untuk datang kepada anda.

 

Teknik kayuh dan tekan. Caranya:

Lipatkan kaki bayi anda ke atas dan kayuhkan. Kemudian anda tolak kedua-dua kaki bayi ke dalam sehingga terasa bayi anda membalas tolakan anda.

 

Tapak Kaki. Caranya:

Urut tapak kaki bayi anda dari tumit hingga ke jari dengan menggunakan kedua-dua ibu jari anda. Kemudian tolak jari-jari bayi anda ke atas.

 

Keting dan Peha. Caranya:

Pegang keting dan peha bayi anda dengan kedua tangan. Pulas seperti anda sedang memerah baju. Buat dalam arah berlawanan. Tangan kanan pusing arah jam, sementara tangan kiri bergerak arah lawan jam.

 

Belakang badan bayi. Caranya:

Letakkan bayi dalam posisi meniarap, urut belakang bayi ke arah anda dalam gerakan menurun. Lalukan jari anda pada tulang belakang bayi secara perlahan.

 

  1. Pakaikan barut

 

Berbarut merupakan tradisi lama yang sememangnya membantu untuk menghilangkan kembung perut pada bayi. Anda boleh pilih barut biasa atau barut gantung. Sapukan minyak panas sebelum barutkan bayi anda.

 

6.Pakaikan bedung

 

Selain barut, bedung juga mampu mengurangkan kembung bayi dan memberikan keselesaan supaya bayi mudah tidur.

 

  1. Gunakan kipas siling

 

Pengunaan kipas meja akan menyebabkan bayi anda mudah kembung. Ini kerana, apabila menggunakan kilas meja, kipas akan ditumpukan ke arah bayi anda dan angin akan menuju secara direct ke arah bayi. Jika anda menggunakan kipas siling, angin akan tersebar ke seluruh bilik, bukannya fokus terus kepada bayi anda.

 

Ingin mencuba Minyak Herba Asmak untuk mengatasi masalah kembung perut bayi? Klik disini.

 

Kredit : The Asian Parent 

Ini punca dan cara mengatasi masalah bayi tidak membuang

 

Mommy mesti pernah alami bila baby tidak membuang banyak hari kan? Samalah seperti saya bila baby tidak membuang. Selera menyusu macam biasa, tidur pun tidak terganggu, hampir seminggu baby tidak membuang susah hati dibuatnya. Sebenarnya, jika baby tidak membuang berhari-hari lamanya, bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Punca utama bayi tidak membuang boleh dipastikan melalui cara penyusuan bayi itu sendiri.  Jika bayi memang menyusu badan sepenuhnya, masalah tidak membuang ini adalah normal. Sebenarnya banyak petua yang boleh kita gunakan dan banyak punca dan cara mengatasi masalah bayi tidak membuang.

 

Susu badan mempunyai nutrien yang lengkap yang diperlukan untuk bayi. Kebanyakan nutrien ini diserap oleh badan bayi dan ini menyebab bahan buangan yang dihasilkan tidak seperti bayi yang mengambil susu formula.  Jadi, mommy tidak perlu risau jika tidak berak berhari-hari lamanya.  Sebaliknya, jika bayi dah mula mengambil susu formula atau dah mengambil makanan pejal, mungkin bayi ada potensi untuk kena sembelit apabila tidak berak berhari-hari. Mommy boleh membantu bayi apabila dia kelihatan resah dan tidak selesa selepas beberapa hari tidak membuang. Ketahui punca dan cara mengatasi nya.

 

Bila Mommy perlu risau jika bayi tidak membuang?

 

Bayi yang baru lahir selalunya akan membuang selepas menyusu, sekurang-kurangnya 6 kali sehari. Ini kerana usus bayi masih berkembang pada awal usia kelahiran dan mampu berfungsi dengan baik. Namun begitu, dalam lingkungan usia 2 bulan ke atas, ususnya berkembang dan menjadi lebih matang dan bahagian badan pencernaannya juga dah mampu menyerap lebih nutrien. Ini menyebabkan waktu bayi membuang najis juga menjadi lebih lama daripada sebelumnya. Selalunya, bayi mampu mengadaptasi dengan perubahan ini dan ia bukanlah masalah besar.  Selain daripada faktor nak membesar, bayi juga boleh menghadapi masalah tidak berak kerana susu formula yang diambilnya. Susu formula daripada sumber lembu cenderung untuk membuatkan bayi sembelit tetapi khasiat kalsium dan vitamin yang ada pada susu lembu baik untuk bayi.

 

Walaupun kebanyakan masalah susah berak ini boleh diadaptasi oleh kebanyakan bayi, Mommy juga haruslah sentiasa peka dengan keadaan bayi. Jika bayi ada menunjukkan tanda-tanda seperti berikut, mungkin Mommy perlu dapatkan nasihat pakar:

 

  • Si manja tidak selesa dan menangis semasa membuang air besar
  • Najisnya keras dan kehitaman
  • Ada tompokan darah pada najis si manja
  • Si manja tidak berak lebih daripada 10 hari
  • Suhu badan si manja meningkat dan muntah-muntah
  • Abdomennya kembung dan mengeras
  • Tak kentut dan sentiasa muntahkan susu yang mama bagi
  • Tak aktif dan lembik

 

Cara mengatasi masalah bayi tidak membuang.

 

  1. Banyakkan minum air masak

Sembelit sering berlaku akibat kekurangan air dalam badan. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, ajar mereka untuk minum air masak. Ingatkan mereka untuk minum sekurang-kurangnya sekali setiap jam. Jika Mommy keluar rumah, bawa bekal air masak. Untuk bayi bawah 6 bulan, jika sembelit, susukan dengan kerap.

 

  1. Tukar susu formula

Jika bayi baru lahir dan hanya menyusu badan, Mommy tidak perlu risau jika mereka tidak membuang air besar selama beberapa hari. Biasanya sembelit tidak berlaku disebabkan susu badan. Teruskan menyusu badan seperti biasa.

 

Namun, sekuranya bayi Mommy menyusu susu formula, mereka lebih mudah untuk mengalami sembelit. Cuba kurangkan kepekatan susu ketika membancuh atau tukar kepada jenama lain. Sesetengah jenis susu formula mungkin tidak sesuai dengan anak anda. Minta nasihat doktor untuk memastikan susu tersebut sesuai untuk bayi Mommy.

 

  1. Buah-buahan berserat

Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas dan menyusu susu formula, Mommy boleh berikan mereka makanan separuh pepejal  yang kaya dengan serat seperti lobak merah segar yang dikisar.

 

  1. Urutan

Urutan sememangnya sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit bayi. Sebelum mengurut bayi, ini adalah persediaan yang perlu anda lakukan:

 

  • Duduk di atas katil atau lantai berkarpet lembut dengan tuala di hadapan Mommy. Mommy juga boleh meletakkan tuala di atas meja untuk mengurut bayi semasa Mommy berdiri tuala membantu menyerap minyak yang berlebihan.
  • Mengekalkan suhu bilik yang selesa. Semasa musim sejuk, pastikan bahawa bilik yang panas dan semasa musim panas pastikan terdapat peredaran mencukupi udara sejuk dan segar di dalam bilik. Bayi yang terasa panas dengan cepat dan cenderung untuk marah.
  • Pencahayaan di dalam bilik adalah penting dan gunakan sebanyak mungkin cahaya semula jadi.
  • Pilih minyak urut yang khusus dibuat untuk bayi. Minyak Herba Asmak sangat sesuai digunakan untuk mengurut bayi.
  • Mommy boleh memilih untuk mengurut bayi dengan atau tanpa lampin, Mengurut tanpa lampin boleh meningkatkan risiko terlebih minyak secara tidak sengaja, tetapi ia juga dapat memastikan bahawa mommy mengurut setiap bahagian tubuhnya.

 

Jadi jika bayi Mommy dah berhari-hari tidak membuang, Mommy tidak perlu panik dan terus bawa ke hospital untuk dirawat. Pantau dulu keadaan bayi dan teruskan menyusu. Susu badan adalah susu terbaik untuk bayi. Begitu juga susu formula. Asalkan ia sesuai dengan bayi dan tidak mengganggu sistem penghadamannya. Pasti ada penawar yang Mommy boleh cuba.

 

Semoga bermanfaat!

 

Kredit: bidadari.my

kelabmama.com

Shopping cart close