7 Gejala Sesak Nafas & Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, sesak nafas boleh berlaku secara kronik. Sesak nafas juga boleh datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah mendapat rawatan. Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengetahui gejala-gejala sesak nafas ini beserta rawatan supaya perkara yang lebih teruk dapat diatasi.

 

Oleh itu, hal ini perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.

 

sesak nafas

  1. Sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism(darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru) .
  2. Sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, kemungkinan andamenghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
  3. Sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
  4. Bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, kemungkinan andamengalami kegagalan jantung (heart failure).
  5. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
  6. Bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, kemungkinan anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
  7. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak kemungkinan andamengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).

 

Selalunya pesakit akan dirawat seperti biasa bagi mereka yang sesak nafas. Iaitu pesakit akan diberikan gas oksigen melalui tiub.

Jika keadaan terlampau teruk berserta bacaan oksigen yang rendah, pesakit akan ditidurkan dan tiub akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu pesakit. Rawatan spesifik sesak nafas bergantung kepada punca masalah tersebut.

Sebagai contoh:

  • Jangkitan paru-paru:Pesakit selalunya akan diberikan antibiotik
  • Pulmonary embolism:Pesakit akan diberikan ubat cair darah untuk mencairkan darah yang menyumbati saluran paru-paru
  • Asma:Selalunya pesakit akan diberikan ubat pam untuk membuka saluran pernafasan yang sempit.
  • Serangan sakit jantung:Pesakit akan diberikan ubat cair darah untuk mencairkan darah beku yang menyumbati salur darah
  • Lemah jantung:Pesakit yang mengalami lemah jantung sering kali akan mempunyai air yang berlebihan di dalam badan. Pesakit akan diberikan ubat untuk melawaskan air kencing supaya kurangnya air dalam badan. Oleh itu, ia tidak akan terkumpul di dalam paru-paru
  • Penyakit Gastrik:Selalunya pesakit akan diberi ubat alkali untuk meneutralkan asid dalam perut

 

Akhir sekali, sekiranya sesak nafas anda berterusan dan menjadi semakin serius, anda perlulah segera berjumpa dengan doktor atau yang lebih pakar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dan ingin mencari produk untuk mengurangkan masalah sesak nafas klik di sini.

 

Kredit:

  1. diagnosa.com
  2. myhealth.gov.my

 

 

6 Kesilapan Yang Selalu Dibuat Sehingga Hujung Rambut Bercabang.

Kesilapan hujung rambut bercabang atau dikenali sebagai trichoptilosis adalah keadaan dimana hujung rambut membelah berpunca daripada kimia pada batang rambut. Apabila diperhatikan dengan teliti, hujung rambut ini terasa kering, rapuh, sehingga nampak terurai menjadi dua bahagian.

 

Credit:  Maskulin.com 

Cara menghilangkan rambut bercabang

Satu-satunya cara menghilangkan rambut bercabang adalah memotong bahagian hujung rambut. Perlu diingatkan bahawa mencabut hujung rambut yang terurai menjadi dua akan membuatkan rambut menjadi lebih rosak. Oleh itu, cara terbaik mengatasi masalah ini adalah memotong bahagian hujung rambut sama ada di kedai atau secara sendiri.

Penggunaan gunting yang tajam juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan rambut bercabang.Jadi, anda perlulah menggunakan gunting yang tajam sekiranya ingin memotong rambut sendiri. Penggunaan gunting yang tumpul akan membuatkan rambut anda menjadi rosak dan tidak sekata.

Selain itu, anda juga boleh minta pendapat daripada pekerja di salon atau doktor pakar yang menguruskan bahagian rambut.

 

Cara merawat rambut agar tidak bercabang

1. Rutin memotong rambut

2. Berhati-hati ketika rambut dalam keadaan basah

3. Kerap memakai masker rambut

4. Pilih alat pengering rambut yang berkualiti

 

6 Kesilapan Yang Selalu Anda Buat Sehingga Hujung Rambut Bercabang

1. Tidak menggunakan perapi rambut

Perapi rambut adalah sangat penting untuk menutup rambut yang mungkin terbuka apabila mencuci rambut. Cuticles rambut yang terlindung akan kurang mengalami kerosakan akibat terdedah kepada air, mengurangkan kerapuhan rambut sekaligus membuatkan rambut anda tidak bercabang.

 

2. Tidak trimmed rambut secara berkala

Rutin menggunting hujung rambut secara berkala sebenarnya dapat mengurangkan risiko hujung rambut yang bercabang. Anda perlu trimmed rambut setiap 6 minggu untuk membuang hujung rambut yang rosak dan tidak bermaya.

 

3. Menggunakan alat pendandan rambut dengan kerap

Penggunaan hair dryer atau pengering rambut dengan kerap boleh menyebabkan rambut anda mudah rapuh dan bercabang akibat daripada haba panas daripada alatan tersebut. Cara yang terbaik adalah anda perlulah menggunakan pelindung rambut sama ada berbentuk spray atau cecair sebagai pelindung.

 

4. Menggunakan banyak bahan kimia pada rambut

Teknik meluruskan (rebonding), kerinting (perm), mewarnakan ataupun bleaching pada rambut akan menyebabkan rambut anda terdedah kepada bahan kimia. Penerimaan bahan kimia pada rambut merupakan punca utama rambut mudah bercabang ataupun rapuh. Sebaiknya, kekalkanlah original rambut anda dan lakukan rutin penjagaan rambut yang betul.

 

5. Rambut terdedah dengan cuaca panas

Rambut yang kerap terdedah dengan sinaran matahari lebih berisiko tinggi untuk rosak dan bercabang. Cahaya matahari yang panas akan menyebabkan kulit kepala dan rambut anda menjadi lebih kering. Jika anda ingin melakukan aktiviti di luar dan berisiko terdedah kepada matahari, keraplah memakai pelindung kepala seperti topi dll.

 

6. Kurang minum air putih

Akhir sekali, Sangat penting untuk anda minum lebih banyak air putih untuk kesihatan mahupun diet seimbang. Selain itu, badan anda akan memperolehi semua nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan rambut yang kuat dan bersinar. Semoga bermanfaat!

 

Sekiranya anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas boleh klik link ini.

Credit:

  1. https://hellosehat.com/penyakit-kulit/perawatan-rambut/rambut-bercabang/#gref
  2. https://www.xtra.com.my/oh-lawa/6-kesilapan-yang-selalu-anda-buat-sehingga-hujung-rambut-bercabang/

 

Ibu Bapa Perlu Tahu Cara Mandikan Si Manja Yang Baru Lahir.

Mandian bukan sahaja boleh merehatkan si manja, tetapi ia juga boleh memberi ibu bapa peluang untuk mengeratkan ikatan dan bermain selepas seharian sibuk melakukan pelbagai perkara. Sama seperti urutan bayi, mandian hangat juga boleh menjadi cara yang baik bagi membantu menyediakan si manja untuk tidur. Sebelum memandikan bayi, cara mandikan bayi baru lahir ialah isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia.

Cara mandikan bayi baru lahir haruslah betul, Ini adalah kerana daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan. Sinki dapur boleh menjadi tempat yang bagus untuk memandikan si manja (pastikan kepala paip dipusing ke arah lain dan tuala lembut atau alas busa diletakkan di dasar sinki) atau anda boleh menggunakan besen mandi plastik kecil yang diletakkan di dalam besen mandi besar supaya mudah untuk anda memegang si manja.

  1. Bermulalah dengan beberapa inci air suam sahaja. Air mandi si manja haruslah bersuhu antara 32 hingga 37 darjah Celcius. Selepas mengisi besen atau tab mandi, pastikan anda mengacau air dengan tangan supaya tidak ada kawasan yang panas.
  2. Sebelum memasukkan si manja ke dalam air mandi, periksa suhu air menggunakan bahagian dalam pergelangan tangan anda untuk memastikan ia tidak terlalu panas
  3. Gunakan satu lengan untuk menyokong belakang badan, kepala dan tengkuk si manja dan masukkan bayi anda ke dalam mandian dengan perlahan-lahan. Teruskan menyokong si manja menggunakan sebelah tangan dan mandikannya dengan tangan yang satu lagi.
  4. Bersihkan sekeliling mata si manja dengan bebola kapas yang dilembapkan dengan air yang bersih dan suam. Gunakan bebola kapas yang baharu untuk setiap mata dan sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata ke arah luar. Kemudian, dengan menggunakan kain pencuci yang lembut, lap sekeliling mulut, hidung dan seluruh muka si manja, dari bahagian tengah menghala ke arah luar. Lap celah-celah lipatan lehernya dan jangan lupa bahagian belakang telinganya!
  5. Bagi bayi yang lebih kecil, basahkan kain pencuci bayi dengan air suam dan gunakan pembersih lembut yang dirumus khas untuk bayi, seperti Set Asmak Baby Care. Jika si manja mempunyai rambut yang lebat, anda boleh mencuba syampu yang lembut, seperti ABC Baby Wash (Head to toe). Jangan takut untuk mencuci bahagian lembut (dipanggil ubun-ubun) di kepala si manja.
  6. Cuci kawasan lampin akhir sekali. Bagi bayi perempuan, bersihkan bahagian kemaluan dengan mencuci dari depan ke belakang. Untuk bayi lelaki, cuci zakar dan bahagian kemaluan, juga dari depan ke belakang dan keringkan dengan teliti. Untuk kanak-kanak lelaki yang tidak bersunat, jangan tarik kulupnya ke belakang.
  7. Biarkan si manja meluangkan sedikit masa di dalam bekas mandian untuk menikmati air yang suam itu. Siram badannya dengan air mandian yang suam itu untuk memastikan si manja tidak kesejukan. Berhati-hati dengan air yang mengalir terus dari paip kerana kadangkala suhu air boleh berubah secara tiba-tiba.
  8. Pegang si manja dengan meletakkan tangan anda di sekeliling dadanya di bawah lengannya, sandarkan kepalanya ke dada anda dan angkat si manja keluar dari bekas mandian dan balut badannya dengan tuala dengan segera.
  9. Keringkan si manja dengan rapi terutamanya di celah-celah lipatan kulitnya. Lembapan yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Lap kulitnya hingga kering untuk mengelakkan kerosakan kulit.
  10. Sebelum memakaikan pakaian, sapukan pelembap bayi yang lembut, seperti ABC Baby Lotion yang antioksidan dan menjadikan kulit lebih lembut.

Jika anda ingin mencuba Set Asmak Baby Care,boleh klik di sini.

Kredit:

1.Myhealth 

2. johnsonsbaby 

Info Yang Ibu Perlu Tahu Sebelum Menyediakan Makanan Pejal Pertama Pada Anak.

Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan, bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan. Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu sudah pasti tiada pengalaman menyediakan makanan pejal buat si comel. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar makanan si kecil sihat dan berkhasiat.

Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran.

Menurut Dr Pravin Vasanthan, bayi memerlukan makanan pejal kerana susu badan saja tidak cukup untuk membekalkan khasiat pada tubuh anak. Jika bayi tidak diberikan makanan pejal selepas 6 bulan,bayi akan mengalami kekurangan zat makanan seperti zat besi. Bahkan ia juga akan menjejaskan perkembangan bayi dari segi minda dan fizikalnya.

Ketika menyediakan makanan pejal bayi 6 bulan, lihat juga tanda-tanda ini. Ia membuktikan bayi sudah bersedia menerokam makanan pejal selain dari minum susu ibu.

  1. Menunjukkan minat Ketika anda ibu ayah makan
  2. Sering buat pergerakan lidah seperti sedang mengunyah.
  3. Masukkan jari ke dalam mulut sebagai tanda lapar
  4. Membuka mulut Ketika anda cuba menyuap sesuatu ke mulutnya

Nutrisi yang diperlukan bayi pada usia enam bulan

  1. Protein

Protein membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein diperoleh dari ikan laut seperti ikan salmon, ayam dan daging.

  1. Lemak

Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak yang diperoleh daripada ikan sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.

  1. Karbohidrat

Karbohidrat adalah sumber tenaga pertama yang diperlukan bagi bayi yang diperoleh daripada susu ibu. Bagi bayi enam bulan, jumlah karbohidrat yang diperlukan adalah 68.8 gram sehingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.

  1. Vitamin dan mineral

Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.

Jika anak anda mengalami masalah perut kembung dan cara merawatnya,boleh baca artikel ini.

Kredit:

1.hmetro

2.theAsianparent

Ini Tutorial Bedung Bayi Yang Betul Khas Untuk Kaum Ibu

Bedung bayi atau membuat balutan kepada bayi  yang baru lahir boleh membantunya untuk tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja untuk terjaga.

Sejak zaman dahulu,amalan membedung bayi menggunakan sehelai kian dianggap penting bagi membolehkannya rasa selamat serta mengelakkan gangguan oleh refleks penyentakan badan.

Berbedung adalah untuk bayi yang sangat muda bermula seawal daripada kelahiran sehingga ketika mereka mula menunjukkan tanda-tanda yang mereka berkebolehan untuk meniarap atau berguling (biasanya 4 hingga 6 bulan tetapi kadang-kadang lebih muda daripada tempoh tersebut)

Bagaimanakah cara membedung bayi yang betul?

bedung bayi

  1. Bentangkan sehelai kain benang kapas yang lembut di atas satu permukaan rata dan lipatkan sudut kanannya kira-kira 15cm ke bawah.
  2. Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya di atas kain tersebut.
  3. Tarik sudut terdekat pada tangan kirinya sambil menutupi badannya. Kemudian, masukkan bahagian depan pada bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.
  4. Tarik sudut hujung bawah ke atas hingga mencecah bawah dagunya.
  5. Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri.

Ada juga sesetengah bayi yang suka tangan mereka bebas bergerak. Jika si kecil mula meronta dan kelihatan tidak selesa, cuba lepaskan tangan mereka dengan cara hanya membedung bayi pada bahagian bawah ketiaknya.

Perkara penting yang perlu dipertimbangkan Ketika bendung bayi.

1.Posisi tidur si manja

Bagi mengurangkan risiko kematian bayi (sindrom kematian bayi mendadak), ibu bapa perlu meletakkan si manja tidur di belakangnya setiap kali di tempat tidur

2.Memastikan ada sedikit ruang

Menurut pakar,apabila kaki dan pinggul bayi tidak dapat bergerak dengan bebas,ia berupaya meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia.

3.Kemaskan bahagian atas bedung

Ibu perlu memastikan bahagian lengan si manja dibedung dengan kemas serta dililit rapi. Ini adalah sangat penting sekiranya kain bedung bahagian atas terbuka,tanpa disedari ia boleh menjadi factor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome)

4.Pilih jenis kain bedung yang selesa

Kesesuaian fabrik dengan suhu negara di Malaysia

5.Elakkan membedung bayi dalam tempoh terlalu lama

Justeru,amalan membendung bayi merupakan kaedah tradisional yang membungkus bayi dengan kemas supaya dirinya berasa lebih aman dan selamat.Dengan Teknik betul,si manja akan mendapat manfaatnya.Namun jika tersalah cara,boleh menyebabkan hip dysplasia.

Jika anak anda mengalami masalah batuk kahak, boleh baca artikel ini.

Kredit

  1. theAsianparents
  2. Hellodoktor

 

 

 

Shopping cart close