Gejala bersin boleh terjadi kepada semua manusia tidak kira peringkat umur. Bersin merupakan mekanisma pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan yang menyebabkan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu. Hidung akan menjadi tersumbat dan berair apabila terdedah kepada habuk selain kerap bersin sebaik bangun tidur terutama pada waktu pagi akibat sensitiviti terhadap cuaca. Bersin yang terlalu kerap adalah petanda anda mungkin mengalami masalah hidung sensitif atau lebih biasa dikenali sebagai sinus dalam kalangan masyarakat.
klik sini untuk dapatkan produk resdung Asmak.
Alahan terhadap habuk berpunca daripada hama habuk. Hama dapat hidup dan membiak dengan sangat pantas di kawasan yang panas dan lembab dengan suhu sekitar 25℃. Hama akan mati sekiranya kelembapan kawasan tersebut kurang daripada 50%. Selain itu, alahan boleh terjadi dengan kehadiran kulapok iaitu kulat yang menghasilkan spora terapung di udara. Mereka yang mempunyai alahan akan terkesan jika menyedut spora ini ketika bernafas. Debunga yang berasal daripada pokok, bunga, rumput dan rumpai juga merupakan komponen habuk dan boleh menjadi punca kepada alahan. Seterusnya, haiwan peliharaan juga merupakan salah satu faktor pencetus kepada alahan.
Gejala alahan ini amat mudah untuk dikenal pasti. Antara tanda-tandanya ialah :
- Bersin
- Hidung berair
- Gatal pada muka (mata,dahi dan hidung)
- Mata menjadi merah dan berair serta gatal
- Batuk
- Gatal pada lelangit atau kerongkong
- Kulit bawah mata menjadi bengkak dan berwarna biru
- Sakit dan tekanan pada muka
Bagi mereka yang menghidap asma, anda akan mengalami gejala :
- Kesukaran bernafas
- Rasa ketat atau sakit pada dada
- Bunyi berdehit ketika menghembuskan nafas
- Kesukaran untuk tidur akibat batuk, sukar bernafas atau berdehit
Bagi anda yang mengalami alahan terhadap habuk pastikan anda berjumpa dengan doktor sekiranya bersin anda disertai dengan :
- Sakit kepala
- Hidung tersumbat serta sesak nafas
- Bersin disertai gatal mata, sukar bernafas dan ruam badan.
- Mengalami demam
Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan minum banyak air. Kadar pengambilan air yang dicadangkan setiap hari adalah 8 gelas sehari. Basuh tangan dengan kerap kerana jika anda selsema virus boleh merebak melalui sentuhan tangan. Kurangkan pendedahan kepada bahan alergi dan dapatkan rawatan dari doktor.
Antara tips untuk mengurangkan alahan :
- Jauhi haiwan peliharaan yang berbulu
- Elakkan dari merokok dan asap
- Cuci karpet dengan penyedut hampagas secara berkala.
- Tukar atau cuci penapis udara secara berkala
- Jangan guna penyapu untuk mencuci rumah, gunakan hampaga
Klik sini untuk cuba produk Minyak Herba Asmak bagi mengatasi masalah batuk dan produk Asmak Herbs bagi mengatasi masalah alahan/resdung.
Kredit
Macam mana nak jadi agent jual barangan Asmak
Hai puan, terima kasih kerana berminat menjadi sebahagian dari keluarga Asmak. Puan boleh whatsapp ke nombor 019-970887 ya.