Tahukah anda? Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan individu itu mengalami kesukaran untuk tidur dan cenderung untuk berjaga sepanjang malam. Golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada keadaan ini dan kebiasaannya mereka akan mudah terjaga daripada tidur yang hanya sebentar sahaja.

Credit: Liputan6.com
Insomnia boleh diklasifikasikan kepada jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Selain itu, ia juga boleh dikelaskan mengikut keterukan dan kekerapan kondisi ini berlaku. Insomnia jangka masa pendek selalunya berlaku dalam tempoh beberapa hari ke beberapa minggu dan akan hilang dengan sendirinya. Manakala, insomnia jangka masa panjang pula akan berlarutan sehingga beberapa bulan atau lebih lama.
Ini adalah petua yang boleh ibu-ibu lakukakn sekiranya anak anda sukar untuk tidur pada waktu malam atau insomnia:
- Bangunkan bayi pada waktu ibu biasa terjaga.
Biasanya ibu-ibu akan bangun pada waktu pagi untuk memulakan aktiviti seharian. Jadi jangan biarkan bayi anda bangun lambat, walaupun malam tadi bayi anda sudah berjaga sampai ke pagi. Kejutkan bayi. Lakukan beberapa aktiviti dengan si manja bermula dari masa anak anda bangun sehingga petang.Jika ibu-ibu membiarkan bayi anda tidur waktu pagi, ini akan menyukarkan ibu pada belah malam nanti.
- Mandikan bayi.
Selepas beberapa minit bangunkan bayi anda, mandikan bayi dengan menggunakan air yang bersih. Ini akan membantu bayi anda rasa segar. Selain itu, ia juga membantu bayi anda rasa lebih selesa. Jangan lupa pakaikan pakaian siang supaya bayi tidak kepanasan.
- Bermain dengan bayi.
Bermainlah dengan bayi sekerap yang mungkin pada waktu siang, walaupun bayi sedang tidur nyenyak. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan anatara bayi dengan ibu. Selain itu, ini juga dapat membantu tumbesaran bayi anda. Selepas itu, menyusulah ikut jadual seperti biasa.
- Suasana bising dan terang.
Buka langsir dan buatlah kerja-kerja biasa ibu-ibu buat. Buka TV atau radio, tidak mengapa jika bising.Hal ini dapat melatih bayi tidur dengan nyenyak dan tidak mudah terjaga apabila terdengar bunyi.
Kebiasaan bayi sekarang tidak diajar tidur dalam keadaan bising dan terang. Hal ini, menyebabkan bayi selalu terjaga dan terus menangis kerana tidur mereka terganggu.
- Aktiviti malam hari.
Pada sebelah malam, elakkan bermain dengan bayi. Tutup lampu yang telah dibuka. Gunakan pencahayaan yang sedikit. Ibu-ibu juga harus bertenang dan senyap. Bergerak dan cakap secara perlahan-lahan.
Untuk tips tambahan, ibu juga boleh menggunakan cara-cara seperti mandikan bayi anda dengan air suam serta lapkan dengan menggunakan kain yang bersih. Seterusnya, buat urutan i love you dibahagian perut dan belakang badan bayi untuk membantu bayi anda lebih relax dan tenang untuk tidur.
Akhir sekali, ibu-ibu perlulah banyak bersabar dalam membesarkan hal anak-anak. Elakkan daripada stres yang melampau. Hal ini akan menyebabkan kesihatan anda terjejas.
Jika anda mengalami masalah bayi sukar tidur yang sama, boleh klik link di sini.
Kredit:



