Urutan Boleh Rawat Bayi Kembung Perut?

Orang tua-tua selalu cakap kalau bayi mengalami masalah kembung perut, elok diurut bahagian tersebut. Benarkah urutan boleh rawat bayi kembung perut ?

Pakar Kanak-Kanak, Dr Foo Chee Hoe memberikan penjelasan tentang masalah kembung perut dikalangan bayi.

Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan.

Oleh kerana ruang dalam abdomen (Abdominal Cavity) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam Abdomen (usus, perut, hati, limpa, pundi air kencing), Abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.

Adakah Kembung Perut Normal?

Biasanya kita mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’, iaitu keadaan di mana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak selesa tanpa sebab yang spesifik, dan kemudian akan kembali normal selepas itu.

Ini berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, kejadian ini semakin kurang dan bayi membesar dan menyusu dengan baik. Sekiranya demikian, ibu bapa tidak perlu gelisah mengenai masalah ini.

Sebab-Sebab Perut Kembung?

  1. Cara menyusu dengan botol yang tidak betul – terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung. Bayi juga seharusnya disendawakan (burp the baby) selepas menyusu.
  2. Bayi menangis terlalu banyak, terlalu aktif kerana ‘overstimulation’ pada hari tertentu boleh menyebabkan kembung perut.
  3. Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas.

Adakah Urutan Berkesan?

Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (sapukan Minyak Herba Asmak) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.

Masalah Serius Yang Perlu Dipertimbangkan

Namun, apabila berhadapan dengan bayi yang kembung perut, kita perlu memastikan ia bukan kerana disebabkan oleh masalah yang serius. Walaupun abdomen (perut) bayi adalah kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut. Sekiranya rasa sangat kembung dan keras, ini kemungkinan besar menunjukkan masalah usus.

Pemeriksaan Doktor Yang Teliti Adalah Penting Untuk Mengesan Masalah-Masalah Seperti

  1. Masalah usus tersumbat/terbelit (intestinal obstruction). Bayi juga muntah selalu dan tidak buang air besar ataupun kentut untuk jangka masa yang lama.
  2. Masalah usus besar yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana masalah saraf (Hirschprung’s disease) – bayi juga sembelit dalam masalah ini.
  3. Alahan susu – sekiranya bayi adalah alahan kepada protien susu lembu ataupun laktosa (cow’s milk protien allergy / lactose intolerance), ia boleh menyebabkan kembung perut dan cirit-birit, Berat bayi juga tidak naik dan mengalami dehidrasi. Susu yang berdasarkan formula khas yang sesuai perlu dicari.
  4. Masalah organ lain seperti hati yang bengkak, limpa yang bengkak, masalah buah pinggang dan saluran air kencing boleh menyebabkan abdomen kelihatan kembung.

Cara-Cara Lain Yang Membantu Semasa ‘Colic’

  1. Mendukung bayi anda semasa menangis ataupun membendungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap. Jangan keterlaluan merangsangkan bayi semasa menangis (overstimulate).
  2. Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu.
  3. Cara alternatif / tradisional – sapu Minyak Herba Asmak. Ada juga yang menggunakan ‘gripe water’ yang mengandungi sodium bikarbonat yang dipercayai boleh melegakan. Namun, ia masih dijual sebagai ubat tradisional yang tidak melalui kaijan terperinci untuk membuktikan keberkesanannya. Ia tidak diiktiraf oleh FDA sebagai ubat khusus untuk ‘colic’.
  4. Cuba tukar formula susu sekiranya syaki ada alahan susu.
  5. Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normalwalaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan terdapat cara-cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar. Namun, adalah sangat penting kita tidak terlewat mendapatkan  perhatian doktor sekiranya masalah kembung perut adalah disebabkan oleh penyakit yang serius. Tanda-tanda yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.

Asmak ada altefnatif lain untuk anda cuba ketika ingin rawat bayi kembung perut. Minyak Herba Asmak membantu melegakan masalah kembung perut. Untuk info lebih lanjut, boleh klik di sini

 

Sumber : majalahpama

Contest Review Dan Menang

REVIEW DAN MENANG

*Bermula 20/10/2019 sehingga 20/11/2019,* anda berpeluang untuk memenangi hadiah berikut:

1. *HADIAH KESELURUHAN Wang Tunai
RM2 ,000,barangan dan Pakej Percutian dalam negara + duit poket.

2. *Tempat Pertama  Tunai RM500 dan Barangan bernilai RM200
3. *Tempat Kedua:* Tunai RM300 dan Barangan bernilai RM150
4. *Tempat Ketiga  Tunai RM200 dan Barangan bernilai RM100
5. *1 Hadiah khas like terbanyak : RM150
6. *10 hadiah saguhati Wang Tunai RM100.*
7. *10 hadiah saguhati Barangan.*

Pakej percutian akan dibuat cabutan.

Cara untuk menyertai :

1. Tuliskan post atau buat video review/pengalaman berkaitan produk Minyak Herba Asmak yang anda pernah gunakan di Facebook anda.

2. Tag nama pengedar yang anda beli dengannya (WAJIB) dan masukkan hashtag #ReviewMinyakHerbaAsmak untuk memudahkan pencarian Review anda.

3.Posting anda tersebut hendaklah disetkan Public / Umum dan post bersama gambar (digalakkan).

4.Screenshot post anda di post ini beserta link

5. Anda berpeluang menyertai contest ini selagi belum sampai tarikh tamat.Contest tamat pada 20.11.2019 pukul 3pm.

5. Pemenang akan dipilih dan akan dimaklumkan di page ini.

7.Anda perlu share post review anda ke seberapa banyak group. Untuk mendapatkan lebih banyak like, share secara konsisten setiap hari.

Anda boleh menyertai dua kategori – tulisan atau video.
Video – video terbaik akan menerima hadiah khas.

Jom, cuba buat review sekarang! ?

Pastikan jujur tau.Kalau review negatif,PM kami ye ?

**************************

Jemput sebarkan supaya lebih ramai tahu tentang contest ini.

Hadiah keseluruhan wang tunai bernilai RM2000,pakej percutian dan barangan menanti pengguna produk Minyak Herba Asmak.

Contest Review dan Menang Hadiah Istimewa

Review dan Menang Hadiah Istimewa

Kami sedang mencari ibu-ibu yang ada mana-mana akaun /medium di bawah yang aktif

– Facebook
– Instagram
– Blogger
– Youtuber

untuk menyertai program Review dan Menang Hadiah Istimewa dari kami.

Syaratnya anda mestilah belum pernah cuba produk Asmak atau bukan pengguna setia bagi yang pernah cuba.

Anda hanya perlu mempunyai engagement yang sederhana.Jika engagement tinggi ianya bonus buat anda.

Contoh jika di Facebook dan Instagram, anda mempunyai purata like 30 ke atas setiap kali post (minimum 30)

Untuk setiap review yang anda akan buat, kami akan berikan produk secara PERCUMA untuk anda cuba dahulu.

Selepas membuat review, sila letakkan link di post ini dan kami akan membuat penilaian untuk mencari pemenang.

Bagi yang tak menang, anda tetap akan menerima hadiah penghargaan dari kami. Best kan?

Jom sertai sekarang.

Bermula 25hb Oktober – 25hb Disember 2019.

Penilaian terbaik akan dikira melalui cara penulisan dan jumlah engagement, salah satu atau keduanya.

Apa yang anda perlu lakukan cuma guna produk Minyak Herba Asmak, rasakan sendiri dan tulis.

WAJIB tag fb page Asmak by Mhamsb. Itu sahaja.

Mudah kan?

Jom

Untuk menyertai, anda perlu berikan nama penuh, alamat, no telefon, link akaun/medium yang digunakan (akan disemak terlebih dahulu layak atau tidak)

Sila whatsapp Admin Norma ye

http://wasap.my/60134949577

Petua Untuk Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-Kanak – Lakukan 5 Cara Mudah Ini

Kanak-kanak mudah diserang batuk dan selesema. Batuk kahak berpunca daripada beberapa jenis penyakit termasuklah jangkitan atau alahan habuk, asap, wangian dan bulu haiwan. Terdapat beberapa petua hilangkan batuk berkahak

Selain itu, cuaca yang terlalu sejuk atau panas turut menjadi punca. Badan akan lebih mudah dijangkiti virus, bukan hanya kanak-kanak bahkan juga dewasa. Kebiasaannya, 3 hari pertama keadaan batuk berkahak terjadi sangat kerap. Namun akan mulai reda dalam beberapa hari seterusnya.

Sebagai ibu bapa kita berikhtiar dan berdoa semoga anak cepat sembuh. Jika keadaan masih tiada perubahan malah semakin teruk segeralah ke hospital. Berikut petua hilangkan batuk berkahak dengan 5 cara mudah yang boleh ibu bapa amalkan.

Petua Hilangkan Batuk BerkahakMadu Asli

Petua hilangkan batuk berkahak ialah kajian mendapati meminum madu bagi menghilangkan batuk berkahak pada anak lebih efektif berbanding penggunaan ubat. Madu mengandungi antioksidan yang mempu memerangi radang dalam badan. Berikan anak setengah sudu teh madu asli sebanyak 4-5 kali setiap hari. Namun, anak di bawah usia dua tahun tidak dibenarkan meminum madu kerana boleh menjejaskan kesihatannya.

 

Petua Hilangkan Batuk Berkahak

Air Suam

Petua hilangkan batuk berkahak seterusnya menyembuhkan jangkitan. Air suam juga membantu meredakan tekak yang gatal-gatal dan rasa tidak selesa disebabkan oleh sinus yang mengering. Ajar anak untuk minum 6-8gelas air suam setiap hari terutama sepanjang dirinya tidak sihat.

 

Jus Lemon

Kajian mendapati jus lemon atau air perahan lemon membantu mengatasi batuk berkahak pada anak di samping menyembuhkan jangkitan di saluran pernafasan. Berikan satu sudu teh jus lemon setiap tiga jam. Berikan anak segelas air putih selepas meminum jus lemon kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

 

Madian Lemon

Letak hirisan lemon ke dalam air mandian. Bau lemon dipercayai membantu mengeringkan hingus. Aromanya juga cukup menenangkan.

 

Petua Hilangkan Batuk Berkahak

Kunyit

Terkenal dengan antibiotik semula jadi sama seperti bawang putih. Tumbuk kunyit sehingga lumat kemudian sapu pada dahi dan batang hidung anak. Buat dengan yakin, dengan izin-Nya selesema akan sembuh.

Selamat Mencuba 🙂

Sekiranya anda sedang mencari produk untuk membantu melegakan batuk & selesema, klik sini.

Sumber : Nona

Cara Penjagaan Ekzema Bermula Dari Rumah – Rawatan Yang Anda Boleh Amalkan

Sekiranya anak anda menghidap ekzema, perkara penting yang anda perlu titip beratkan adalah penjagaan semasa di rumah dan bukannya ubat semata-mata.

Ekzema tidak mempunyai penyembuhan, namun ia boleh dikawal jika diuruskan dengan baik.

Berikut merupakan cara rawatan yang anda boleh amalkan untuk pesakit ekzema:

  1. Mandi air suam.
  2. Menggunakan pelembap dalam masa 3 minit mandi untuk “mengunci” kelembapan.
  3. Sapu pelembap kulit.
  4. Pakai baju diperbuat daripada kapas atau jenis kain lembut.
  5. Gunakan sabun lembut atau pembersih bukan sabun semasa mencuci.
  6. Keringkan badan anak dengan udara atau perlahan-lahan menepuk kulit kering dengan tuala, dan bukannya menggosok kulit selepas mandi.
  7. Elakkan perubahan suhu dan aktiviti yang membuat anak berpeluh.
  8. Belajar dan ambil tahu tentang pencetus ekzema anak anda.
  9. Gunakan pembersih udara dalam rumah.
  10. Pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk elak risiko kulit digaru.

 

 

Sumber: https://my.theasianparent.com/rawatan-ekzema

Cara Menghilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat – 8 Tip Untuk Menghilangkan Angin

Kita boleh rasa angin dalam badan banyak apabila terasa badan jadi sangat lemah dan loya. Perut kembung boleh berlaku disebabkan oleh angin yang disimpan di dalam usus yang disekat dan tidak berupaya untuk keluar sehingga anda boleh berasa loya dan perut terasa kembung. Cara Menghilangkan Angin Cepat adalah seperti di bawah.

Gas berlebihan yang terdapat di dalam perut di mana gas senyap dalam penghadaman anda membuat perut anda kembung dan anda biasanya akan cuba untuk mengeluarkannya melalui angin atau burps. Selain daripada perut kembung, angin dalam badan juga boleh menyebabkan penurunan semangat kerja kerana sebahagian badan mengalami kesakitan reumatik dan berasa sangat tidak bertenaga, yang ditandakan dengan kenaikan suhu badan. Selain dari itu, cara menghilangkan angin cepat adalah dengan mengamalkan Vitamin C.

Cara Menghilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat | Asmak

1. Makan Vitamin C

Siapa tahu ternyata Vitamin C boleh buang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat. Vitamin C adalah sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan badan. Sudah begitu banyak produk dalam pelbagai syarikat menwarkan Vitamin C tersedia di farmasi.

Cara Menghilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat | Asmak

2. Ambil Ubat-Ubat Herba

Anda pasti memikirkan ubat-ubat  herba adalah satu cara semulajadi, tetapi komposisi produk ubat-ubatan herba kini juga meluas dan di masukkan ke dalam perubatan sederhana. Banyak bahan-bahan herba dijadikan sebagai ubat-ubatan penyakit yang spesifik dan salah seorang daripada itu boleh menghilangkan angin dalam badan. Ubat herba sudah tersedia dalam bentuk cecair dan tablet di farmasi.

Cara Menghilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat | Asmak

3. Ambil Halia

Ini adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional yang sedap, kerana kini banyak halia sudah dalam pelbagai jenis seperti minuman halia,  halia merah yang terlarut dalam air suam, ada juga susu halia yang rasa lebih lazat dibandingkan dengan ubat-ubatan kimia. Tetapi jika anda suka halia semulajadi juga tidak menjadi masalah dan lebih berkesan untuk membuang angin dalam badan.

Cara Menghilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat | Asmak

4. Ambil Bawang Putih

Selain daripada perasa pada masakan, bawang putih menjadi petua buang angin dalam badan. Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu membuang angin dalam badan dengan cepat. Dengan memakan bawang putih, boleh membuang angin dalam badan. Orang tua yang mempunyai bayi yang mengalami angin masuk atau kembung biasanya membalutkan bawang putih sekitar bahagian-bahagian badan dan menggosokkanya.

Cara Menghilangkan Angin Cepat

5. Minum Rebusan Daun Betik

Ternyata bahawa meminum air rebusan daun betik boleh juga hilangkan angin dalam badan. Caranya dengan rebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air. Biarkan air yang bercampur dengan daun betik dan minum rebusan air dalam keadaan suam. Walaupun pahit, petua ini lagi mujarab.

Cara Menghilangkan Angin Cepat

6. Makan Sup Hangat

Inilah petua buang angin dalam badan yang sedap, iaitu dengan memakan sup hangat apabila kita mengalami angin dalam badan. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang disebakan dari mendapat angin supaya anda berasa lebih segar.

7. Bekam

Bekam juga merupakan salah satu cara menghilangkan angin cepat. Teknik bekam dilakukan  dalam beberapa cara. Satu cara dengan alat khas yang menghisap udara supaya menarik bahagian kulit anda yang dipercaya untuk menarik angin dalam tubuh melalui liang-liang kulit badan. Ada juga menggunakan kaca dan bomba untuk mengurangkan tekanan udara dalam kaca supaya bahagian kulit akan tertarik. Untuk mengeluarkan darah dan angin, dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan cara menindik bahagian tubuh yang di bekam dengan jarum atau hanya dilakukan bekam. Menindik bahagian tubuh dengan jarum juga sebagai akupunktur yang ditambah pula dengan teknik bekam berkhasiat juga untuk memulihkan stamina dan boleh menghilangkan penyakit tertentu.

8. Bersenam

Ramai tidak tahu juga bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau gerakan supaya badan terasa lesu dan kaku. Bilakah anda hanya kerap lakukan pergerakan sederhana seperti berjoging atau berjalan kaki semata-mata, atau dengan Gimnastik kecil sekurang-kurangnya anda keluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan anda.

Sekiranya anda mengalami masalah di atas klik link di sini atau di sini.

Sumber:
Maskulin

Shopping cart close